Episode 19🌼

18.5K 822 122
                                    

"Abell pergi dulu Ibu"

Tangan sang ibu di ambil lalu dicium lembut. Rasa sebak hatinya mahu meninggalkan sang ibu dan Atuk, yelah dia sudah bergelar isteri orang jadi dia harus mengikut suaminya. Tapi jangan risau Suga dia bawak hehehe.

"Hati-hati, jaga diri tu elok-elok, dengar cakap suami, jangan lupa call Ibu dan Atuk selalu. Hati-hati nanti masuk U tu ye?"

Risau Ibu dengan anaknya. Yelah kahwin pula diusia muda dia takut Abell akan lalai dengan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri.

"Baik Ibu. Abell akan cuba jadi isteri yang baik dan taat. Abell juga akan belajar dengan teguh!"

Badan molek sang Ibu dipeluk erat.

Pelukkan dengan Ibunya dleraikan, kini dia berada didepan Atuknya. Mata Atuk sudah mula berkaca, terasa tidak sanggup dia mahu melepaskan sang cucu perempuannya pergi.

"Atuk Abell pergi dulu"

Tuan Syafwan yang berdiri disebelah memandang Abell dan keluarga dengan senyuman. Walaupun Abell dibesarkan tanpa seorang susuk seorang Ayah namun dia dibesarkan dengan penuh cinta dan sayang.

"Jaga diri Abell. Kalau si Syafwan ni buat hal pintu rumah Atuk ni akan selalu terbuka untuk kamu, nanti kita tengok run Bts sama-sama"

Tuan Syafwan terteleng kepala ketepi, eih aku pula kena?.

Abell sebak. Dengan cepat dia memeluk Atuknya erat seerat eratnya. Jangan kuat sangat tak nafas si atuk tu kang.

"Atuk~"

Dah mula dah si Abell yang kuat tersentuh. Atuk menepuk-nepuk belakang badan cucunya, tahu sangat dengan perangai cucu nakalnya seorang ini.

Pelukan mereka dileraikan. Abell sudah penuh dengan air mata melihat atuknya.

"Hati-hati ye sayang Atuk?"

"Ok Atuk. Atuk pun hati-hati"

Kini Tuan Syafwan pula bersalaman dan berpelukkan dengan Ibu dan Atuk mertuanya.

"Jaga anak ibu baik-baik ye Afwan?"

"InsyaALLAH Ibu. Selagi Afwan masih bernafas Afwan akan jaga dan sayang Abell sepenuhnya"

Terukir senyuman dibibir Puan Raisya. Tidak salah dia setuju dengan perkahwinan mereka berdua.

"Afwan"

Atuk memanggil dengan suara agak tegas.

"Jaga cucu kesayangan Atuk tu elok-elok. Kalau dah tak nak dia balikkan dia dengan cara baik"

Tersentap Tuan Syafwan seketika dengan kata-kata Atuk.

"InsyaALLAH dengan Izin Allah, Afwan tak akan pulangkan Abell dengan berstatus janda. Afwan akan jaga dia sampai Allah tarik nyawa Afwan"

Atuk mengangguk, bahu tegap lelaki itu ditepuk-tepuk. Bagus cucu menantu aku ni.

"Abell!!!"

Mereka semua menoleh memandang kearah suara itu. Hani sedang berlari menuju kearah mereka.

Termengah-mengah Hani berlari. Eceh padahal rumahnya jengkal dua buah rumah dari rumah Abell.

"K-kau masuk U kan?"

Termengah-mengah Hani mengatur nafasnya.

"Yelah nyah tak kan aku nak Sia sia kan biasiswa tu"

"Bagus. Kau hati2 2 minggu lagi kita jumpa. Aku tinggal dengan dengan Ummi nanti so selalu lah kita jumpa"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now