Episode 4🌼

18.2K 979 100
                                    


Nyam

Nyam

Nyam

Bunyi kunyahan kuat kedengaran dipejabat Tuan Syafwan, Abell dan Hani terduduk bersandar toya di sofa besar bilik pejabat Tuan Syafwan, sudah hampir 1 jam mereka disini menemani lelaki itu berbincang sesuatu dengan Ariz, sudah naik muak makan snek ketam tam tam ni,

"Oi"

Panggil Abell selamba sambil bersandar disofa kepala sofa,

"Ahhh"

Hani menjawab toya, mata tidak lepas memandang Ariz yang sedang berbincang sesuatu dengan Tuan Syafwan,

"Bontot aku dah naik kebas asyik terduduk dekat sini"

"Sama ahhh"

Dua gadis itu memandang Tuan Syafwan dan Ariz tajam,

"Batuk batuk!"

Sengaja Abell berkata-kata mahu mengambil perhatian Tuan Syafwan,

Tuan Syafwan yang sedang melihat file mendongak kepala memandang Abell,

"I think kan ada orang tu nak bawak kita jalan-jalan kan Hani kan?"

Abell memancing Tuan Syafwan,

"Tulah tu"

Hani membalas sambil cemberut bibir,

Tuan Syafwan memutar mata, tahu sangat budak dua ekor tu sedang bercakap tentang dia,

"Kalau lama lagi aku kat sini kan Hani, aku rasa berbisul juga punggung aku ni"

Pfft

Tergelak Ariz menekup mulut mendengar kata selamba dari Abell, gadis itu dipandang sekilas, selamba Abell memandang kearah mereka sambil membuat gaya PEACE✌🏻,

Tuan Syafwan tersenyum miring sambil bersandar disofa leather hitamnya, Abell dipandang dengan senyuman miring,

Abell yang tadi berani kini mengalihkan pandangannya, nervous pulak titew,

'Amboi pakcik Fuwan rawr'

Bisik hati gatal Abell,

"Ariz"

"Ye saya"

Tuan Syafwan memberikan Ariz sebuah file lalu menuding jari kearah Hani,

"Bawak File ni bagi ruby, astu tu bawak Hani beli sushi dekat sushi king dekat bawah"

Terbeliak mata Abell mendengar Tuan Syafwan menyuruh Ariz membeli sushi, natang apa tu?,

"Hani"

Dipanggil anak buahnya dengan suara garau kasar,

"YES BOS JOM ARIZ JOM"

Baru sahaja Abell mahu bertanya sesuatu kepada Hani, Hani sudah pecut lari menarik lengan Ariz keluar dari ruangan pejabat itu, meninggalkan
Abell dan Tuan Syafwan sendirian,

Abell memeluk tubuh sambil bersandar kasar disofa, Melihat Abell yang cemberut itu Tuan Syafwan tersenyum miring,

"Bibir kau tu dengan itik macam tak ada beza"

Tuan Syafwan berdecik sinis, sahaja je nak buat mood Abell tambah buruk,

"Pakcik ni kan!"

Sofa dipukul kuat sekaligus gadis itu berdiri dari tempatnya, dengan langkah yang ganas dan pantas dia berjalan kearah meja pejabat Tuan Syafwan,

ONLY YOUWhere stories live. Discover now