Episode 49🌼

12.3K 774 251
                                    

Meja buffet yang penuh makanan itu Abell pandang dengan penuh nikmat. Matanya berlari-lari memikirkan nak makan apa lepas ni?. Kalau air liur boleh jatuh rasanya dah lama banjir tempat tu.

Sebenarnya ini round ke 5 dia berjalan mengambil makanan. Dekat meja dah ada ayam masak kicap,kambing golek,ayam masak kurma. Sekarang ni dia nak ambil ayam masak merah dan ayam beryani pula. Takut pula makanan tu habis hanya untuk dia seorang. Abell kau lupa ke laki kau kahwin dua?, Dia punya selamba macam anak yang kahwin bukan suami.

"Ahhh sini rupanya kau perempuan tak sedar diri"

Tersenyum sinis Abell mendengar suara yang lama sekali dia tunggu. Akhirnya.

"Ehhh Mak Uda dah makan?"

"Eh mesti lah makanan aku lagi sedap dari dekat sini tahu?"

Anggukan lembut Abell berikan. Tidak langsung terasa dengan kata-kata Mak Uda. Makanan juga masuk perut buang air besar dah hilang.

"Kau ni tak tahu malu kan?"

Ternaik kening Abell.

"Kau dah tahu laki kau nak kahwin hari ni kau suruh dia pakai baju sedondon dengan kau? Kau ni memang buka tebal kan"

Tergelak Abell mendengar kebodohan Mak Uda.

'kalau muka aku tebal muka kau apa? Udang kena rebus?'

Sinis Abell berbicara dalam hati. Geram.

"Mak Uda, apa kata Mak Uda tanya sendiri dengan Abang Fuwan kenapa dia pakai baju tu. Baju dia kotor on the way dari sini jadi adik saya pun pinjamkan lah baju dia"

Tersentap Mak Uda. Cawan yang dipegangnya digenggam kuat. Kalau kaca rasanya dah lama pecah kot.

"Adik?"

"Yelah Mak Uda tak tahu ke?, Tu"

Abell menuding jari ke meja keluarganya. Mereka semua berborak tergelak ketawa sambil memakan makanan kenduri yang diambil tadi.

Mak Uda menoleh memandang kearah yang ditunjuk. Dalam-dalam dia ingat satu-satu wajah yang ada di meja itu.

"Itu keluarga saya. Yang tu Dato Arsalan Arsyad dan sebelah dia tu Ibu saya. Yang sebelah ibu saya tu adalah Atuk saya dan last but not least tiga kembar tak seiras tu adik-adik saya"

Mata yang tadinya sombong kini bertukar terkejut membesar tidak sangka. Bukan ke Abell ahli keluarga Arsyad yang terbuang?. Kenapa mereka semua boleh kembali bersama?, Jadi level Abell lagi tinggi dari Hasni?. Banyak celoteh didalam benak fikiran Mak Uda, takut dia yang anaknya akan tertandingkan.

"Kami dah kembali semula. Dan saya dah letak balik nama Arsyad dinama saya. Sekarang Mak Uda dah tak boleh lah nak cakap saya tak setanding Kak Hasni kan?"

Naik turun dada Mak Uda mendengar Abell menganjingnya dengan senyuman.

"Kau! Dasar sundal"

"Apa sundal?. Kalau saya sundal Mak Uda apa?, Mak Ayam? Ke manusia bertopengkan setan?. Sanggup bagi anak jadi isteri kedua semata-mata sebab harta. Eh tapi Mak Uda tak pakai topeng setan pun memang dah nampak dah muka setan Mak Uda tu"

Tidak langsung Abell gentar dengan makian Mak Uda sebaliknya ini lah yang dia mahu ini lah yang dia tunggu-tunggu, sikit sahaja lagi.

"Mak Uda jangan bangga sangat yang Abang Fuwan dah kahwin dengan kak Hasni. Tengok tu Abang Fuwan bukan duduk makan dengan Kak Hasni pun, dia duduk dengan saya setiap masa"

Memang betul pun Tuan Syafwan tidak langsung meninggalkan sisi Abell. Dimana gadis itu mahu pergi disitu lah dia ikut. Even pergi tandas dia akan tunggu diluar menemani sang isteri. sampai dilihat tetamu namun dia langsung tidak kesah. Yang penting isterinya selamat. Sekarang ini sahaja Tuan Syafwan tidak ada disisinya kerana lelaki itu sedang berbincang hal kerja dengan Ariz.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now