Episode 35🌼

12.7K 696 264
                                    

"Abell?"

"Abell?"

"Nur Rossabell!"

Terhinjut bahu Abell bila Prof Raiden menjerit namanya kuat ditelinga. Oi mak pekak telinga aku!.

"Prof ni tak yah lah jerit macam pondan kat telinga saya, kalau pekak nak ganti?"

Cebik Abell marah, tangannya kembali bergerak menyusun file yang disuruh Raiden tadi. Macam biasa lah aku kan kuli babu dia dekat University ni.

"Awak tu yang dari tadi termenung je, mak buyung tak elok termenung jauh"

Abell dipandang dari ekor mata. Perut yang agak membuncit itu dipandang, comel.

"Siapa cakap?, Doktor saya tak ada pun cakap macam tu"

"Saya ni professor saya tahu lah"

Balas Raiden padahal dia pun main hentam sahaja lah labu.

"Prof kan Professor dalam segi business apa kena mengena dengan Ibu mengandung?"

Mengeras badan Raiden, ceh minah ni bijak betul.

"Prof..."

Raiden mengangkat kepalanya sedikit tanda kenapa?.

"......."

Aik asal senyap je? Tergigit gigi ke?, Bila tiada satu pun suara keluar kedengaran keluar dari mulut Abell, Raiden menoleh memandang Mak buyung itu. Abell dengan mata sayunya memandang kebawah.

"Kenapa?"

"Hum? Ahhh tak ada apa lah, saya dah buat keputusan. Terima kasih Prof"

Raiden blur, haaa terima kasih untuk?.

"Untuk apa?"

"Tak ada apa, waktu saya termenung tu saya tengah buat sesuatu keputusan, terima kasih sebab dah teman saya buat keputusan"

Senyuman Abell berikan. Walaupun begitu Raiden tahu mesti ada yang tidak kena, dia perasan Abell tidak seaktif biasa. Gadis itu kelihatan lemah dan selalu senyap. Mesti ada apa-apa ni.

Tapi yang peliknya...

Sejak bila dia bantu minah ni buat keputusan?!, Ahhh minah ni mengandung ke tak mengandung sama je gilanya.

_____

"Assalamualaikum"

Tuan Syafwan masuk menanggalkan kasut kerjanya sebelum masuk kedalam rumahnya yang sudah berbau makanan yang menyelerakan itu.

"Abang!"

Abell berlari anak-anak rebina kearah suaminya. Tuan Syafwan melebarkan lebar tangannya membuka dakapannya luas, Abell dengan senyuman terus masuk kedalam dakapan sasa suaminya itu. Haruman kelakian Tuan Syafwan dihirup dalam, sejak mengandung ni dia suka betul bau badan suaminya. Bau bau jantan!!!.

"Kenapa Happy sangat ni?"

Abell menggeleng kepalanya yang tersembab didalam dada tegap Tuan Syafwan. Lelaki itu tergelak kecil. Dengan mudahnya dia mengangkat Abell menuju ke sofa, kedua kaki Abell spontan memeluk erat pinggang suaminya. Ini kalau jatuh nanya beb.

"Abang dah makan?"

"Belum"

Tuan Syafwan duduk disofa dengan Abell didalam pangkuannya, leka di dalam pelukan masing-masing. Diam tidak bersuara hanya suara nafas yang kedengaran.

"Abell restukan"

Mengeras tubuh Tuan Syafwan. Bahu Abell ditolak lembut mahu melihat wajah isterinya itu. Mata gadis itu sudah bertakung air mata. Tangan Abell naik menekup pipi suaminya.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now