Episode 34🌼

12.3K 695 237
                                    

"kau minta lah apa je Uda, duit,rumah,saham, aku bagi tapi tolong jangan minta macam ni"

Tuan Amyrul merayu kepada Mak Uda yang sombong berdiri memeluk tubuh itu. Hasni sudah menggeletar, dia takut, nak bantah takut derhaka kepada Maknya, nak terima dia tidak sanggup untuk menyakiti orang di sekelilingnya. Kenapa boleh jadi sampai macam ni?.

"Plan aku dari mula bawak Hasni belajar tinggi-tinggi tu untuk dia boleh sama level dengan Syafwan, lepas dia jadi doktor aku rasa dah boleh lah dia kahwin dengan Syafwan tapi eih datang pula perempuan dibuang keluarga ni"

"MAK UDA!"

Mak Uda menjeling mata keatas apabila Tuan Syafwan menengkingnya.

"Kau kena ingat Amyrul, kau hidup disebabkan jasa aku dengan arwah"

Tuan Syafwan tersentap, kalau dia tahu akan jadi seperti ini dia tidak akan menerima pertolongan Mak Uda dahulu.

11 tahun lalu Tuan Amyrul mengalami penyakit buah pinggang yang teruk. Kedua-dua buah pinggang Tuan Amyrul rosak sampai mereka harus menggantikan buah pinggang itu dengan buah pinggang yang baru.

Tapi yelah mana nak dapat 2 buah pinggang yang serasi?. Setahun mereka mencari buah pinggang untuk Tuan Amyrul namun gagal. Mereka hampir berputus asa kerana kondisi buah pinggang Tuan Amyrul sudah sekarat.

Di tempat lain, Pak Uda iaitu suami kepada Mak Uda dan ayah kepada Hasni dan Hasna sakit tenat dikeranakan barah otak. Doktor pun sudah memberitahu mereka yang hidup Pak Uda tidak lama.

Dikeranakan hidupnya yang tidak akan lama itu Pak Uda membuat keputusan, setelah nafasnya terhenti jikalau buah pinggangnya sesuai ambil lah buah pinggangnya dan berikan lah kepada Tuan Amyrul, Tapi dengan atas keputusan Mak Uda, kalau Mak Uda tidak benarkan maka tidak boleh.

Mak Uda yang melihat kondisi Tuan Amyrul itu pun bersetuju. Tidak lama kemudian Pak Uda menghembuskan nafas terakhirnya. Seperti yang diamanahkan, Mak Uda menyuruh Doktor untuk memeriksa dahulu buah pinggang Pak Uda sebelum dipindahkan ke Tuan Amyrul, dan Alhamdulillah kedua buah pinggang Pak Uda sesuai dengan Tuan Amyrul.

Dengan itu sampai lah sekarang keluarga Hamilton berhutang nyawa dengan keluarga Mak Uda.

"Uda..."

Puan Hana cuba memujuk, Abell yang sudah berlenang air mata itu dipandang. Kesiannya menantu aku.

"Aku NAK Hasni jadi Isteri Syafwan"

Ditekan ayat Nak itu. Tuan Amyrul menanggalkan kaca matanya pelapis hidung dipicit buntu.

"Korang kena ingat, jasa korang jasa nyawa. Tanpa restu aku Amyrul tak akan dapat lah buah pinggang Hafiz tu"

Tuan Syafwan menggempalkan penumbuknya sehingga terlihat jelas urat-urat ditangannya.

"Lagipun aku tidak tahu kenapa korang ambil budak ni jadi menantu, yelah keluarga Arsyad yang terkenal tu pun buang dia kenapa korang sibuk nak ambil budak tak guna ni?, Dia TAK layak masuk dalam keluarga kamu"

Sakitnya Ya Allah. Hati Abell sangat sakit sekarang ini. Mungkin ke disebabkan hormon ibu mengandung dia rasa lebih sensitive dari biasa. Dadanya yang sakit itu diremas kuat. Kepalanya diangkat perlahan, Tuan Syafwan yang berdiri tegak dihadapannya itu dipandang.

"Mak Uda jangan hina isteri Afwan mak Uda, layak ke tak layak Afwan yang pilih dia, itu bermakna dia LAYAK, seburuk apa pun latar belakang dia Afwan akan tetap pilih dia"

Jatuh air mata Abell mendengar kata-kata dalam suaminya.

Mak Uda memutar matanya, aih drama betul ayat.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now