Tuan Syafwan & Abell part 2🌼

16.4K 710 75
                                    

"Abang?. Mana anak-anak?. Abang buat apa?. Astu kenapa Abang pakai baju macam tu?"

Abell yang baru bangun dan turun dari biliknya itu terkejut bila melihat kedua anak gadisnya sudah tiada ditempat tidur atau di ruang tamu. Hari ini dia bangun lewat sebab yelah Tuan Syafwan kerjakan dia boleh tahan lama semalam.

Tuan Syafwan yang sedang fokus memasak itu menoleh dengan sudip di tangan kanannya. Naik turun mata Abell melihat gaya suaminya itu. Tuan Syafwan hanya memakai seluar sweat pants tanpa sebarang baju. Hanya apron yang menutupi hadapan badannya. Laki aku ni nak jadi gordon ramsey ke ber apron-apron bagai.

"Kau nampakkan aku tengah masak?. Tanya pula"

Abell memutarkan bebola matanya bila mendengar balasan selamba dari suaminya itu. Butang jalan di kerusi rodanya ditekan. Kerusi roda itu automatic berjalan menuju kearah Tuan Syafwan dengan lebih dekat.

"Yelah saya nampak Abang tengah masak. Saya ni lumpuh bukan buta"

"Gelap sangat tu, nak aku suluhkan?"

"Tak apa lah terima kasih"

Abell cuba mengintai apa yang lelaki itu lakukan. Dari tadi lagi dia tengok gaul gaul. Apa yang dia buat? Dodol ke?. Raya rasanya lambat lagi.

"Abang masak apa?"

Tuan Syafwan tersenyum mereng. Api dapur dimatikan. Abell yang duduk di kerusi rodanya itu dengan mudah di angkat lalu diletakkan ke meja kitchen island. Abell yang hanya memakai kemaja putih suaminya itu kelihatan kecil. Peha gebunya kelihatan bila Tuan Syafwan mengangkatnya. Tanpa rasa malu Tuan Syafwan menepuk peha gebu sang isteri.

"Uhmmm lembut macam bantal"

Sempat dia memicit peha Abell. Wanita itu terjerit kecil sebelum dia menutup mulutnya rapat.

"Abang!. Kenapa gatal sangat ni?!. Semalam tak cukup ke?!"

Tuan Syafwan mengepung Abell dengan meletakkan kedua tangannya di sisi wanita itu. Perlahan-lahan dia mendorong dirinya ke depan sehingga hidung mereka bersentuhan. Apa ni main sentuh-sentuh hidung. Malu lah hidung.

Segaris senyuman nakal terukir dibibir Tuan Syafwan. Perlahan-lahan tangan kanannya bergerak lebih dekat ke sisi peha Abell. Ibu jarinya mengelus-ngelus peha gebu putih itu. Abell sudah kejung perut. Eihhh mamat ni aku tendang kawan tengah-tengah dia kang. Ahhh sama mandul macam aku nanti.

"If it's you Baby. It'll never be enough. The more i devour you. The more i crave for you"

Suara garau lelaki itu membuat Abell naik bulu roma. Tawa kecil keluar dari mulutnya.

"Abang ni. Meremang bulu ketiak saya tengok Abang"

Pecah tawa Tuan Syafwan sambil kepalanya digelengkan. Rambut panjang Abell yang panjang paras pinggang itu disentuh lembut lalu dengan perlahan rambut itu dibawa kebibirnya. Dicium rambut ikal dan lembut itu. Matanya tidak lepas merenung dalam mata Abell.

"Lailah bagitahu aku semalam yang kau nangis"

Abell terdiam. Tangan yang terletak rapi dipehanya itu digempal kuat. Dia tahu Tuan Syafwan tidak suka dia bersendih. Tuan Syafwan hanya mahu dia tersenyum dan bahagia. Minta lah apa sahaja janji senyuman selalu terukir dibibir wanita yang dicintainya ini.

"Lailah, Laira mana?"

"Aku hantar diorang dekat rumah Ibu dan Papa. Now my wife. Mind explain to me why are you crying last night?"

Entah kenapa, bila ditanya seperti itu mata Abell mula berkaca. Tuan Syafwan yang melihat perubahan di raut wajah isterinya itu dengan lembut dia mengelus-ngelus peha isterinya mencuba untuk menenangkan wanita itu.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now