Episode 48🌼

11.8K 759 322
                                    

Perlahan-lahan Tuan Syafwan mendudukkan Abell dilantai beralas karpet itu. Setelah memastikan isterinya selesa Tuan Syafwan mengucup dahi Abell penuh cinta. Pipi tembam isterinya diusap-usap perlahan, mata mereka saling bertatapan. Orang-orang disekeliling memerhati dengan senyuman suka. Suka melihat cara Tuan Syafwan melayan isterinya.

"Do i really need to do this?"

Tanya Tuan Syafwan dengan kaki berlutut dihadapan isterinya. Sayu sahaja dia menatap mata Abell. Abell tersenyum.

"Macam yang saya cakap tadi. Tak kira lah Abang kahwin dengan dia ke tidak saya akan selalu percayakan Abang. Saya percaya yang hati Abang hanya untuk saya"

Terdiam Tuan Syafwan. Abell memang sayangkan dia sampai sanggup percayakan dia dalam hal seperti ini. Memang lah hati dia akan selalu setia untuk isterinya tapi melihat ketulusan Abell mempercayainya sedalam ini tambah dia mencintai Abell. Dan tambah susah dia untuk melepaskan gadis ini.

"Of course Love. Like i said, you're mine, Only You in my heart"

Dengan kata-kata itu jatuhlah air mata Tuan Syafwan. Dia mengucup pipi tembam merah Abell.

"Nak ambil wudhu kejap dah batal"

Tersengih-sengih Tuan Syafwan. Yelah dah cium-cium isteri dah batal lah. Abell ketawa terbahak-bahak bahu Tuan Syafwan dipukul.

"Aihhh tulah gatal lagi"

"Kamu gatal gatal gatal~"

Nyanyi Tuan Syafwan sambil hujung hidung Abell dimainkan dengan jari telunjuknya.

Bertambah tawa Abell mendengar Tuan Syafwan menyanyikan lagu yang sedang viral di tiktok itu. Sah laki aku ada tiktok.

"Dah pergi ambil air wudhu sana"

Abell menolak suaminya. Tuan Syafwan menoleh menghadiahkan isterinya senyuman sebelum berjalan kedapur untuk mengambil air wudhu.

"Kau ok?"

Tanya Hani risau. Dia tahu disebalik tawa dan senyum sahabatnya itu mesti dia sedih kerana suaminya harus menjadi suami seseorang selain dirinya.

"Of course aku sedih Madu. Tapi nak buat macam mana ni jalannya"

"Tapi tak apa aku kuat!"

Abell membuat gaya seperti bodybuilder. Hani tergelak kecil. Pipi Abell yang semakin menemban itu ditarik.

"Eih aku goreng pau ni kang"

"Sakit sakit sakit!"

Semua orang mengambil tempat ditempat mereka masing-masing. Majlis akad nikah bakal berlangsung. Hasni keluar dari biliknya bersama Mak Uda dan Hasna yang tersenyum bangga. Memang tidak dapat dinafikan yang kecantikan Hasni memang sangat menambat hati. Lembut, ayu bersih. Itulah rupanya. Well dia dulu pernah dinamakan bidadari kampung jadi tidak heran lah.

Hasni duduk diatas pelamin yang sudah terpasang indah diruang tamu rumahnya. Dengan malu-malu Hasni mencuri pandang Tuan Syafwan yang duduk dihadapan Tok kadi. Dahinya berkerut sejenak. Abell yang duduk dibahagian wanita yang tidak jauh darinya dipandang juga. Terkejut dia bila melihat baju pasangan itu sama. Baju Tuan Syafwan tidak sama sepertinya tapi sama dengan isteri pertamanya.

Entah kenapa Hasni terasa marah di hati. Bajunya diremas kuat. Hasna yang terpasang kelakuan adiknya itu terus dengan pantas mengusap-ngusap dada Hasni.

"Baik lah boleh kita mulakan?"

Tanya Tok kadi. Semua tetamu mengangguk kecuali Tuan Syafwan yang dari tadi hanya diam termenung memandang kebawah.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now