Episode 58🌼

12.8K 772 300
                                    

Tangan kekar berurat Tuan Syafwan menggeletar kuat dikeranakan cemas yang teramat. Abell sudah lebih dari 3 jam didalam bilik rawatan. Semua ahli keluarga sudah pun tiba menunggu dihadapan bilik pembedahan. Tuan Zahir yang baru sahaja tadi dapat panggilan dari Puan Raisya terus bergegas datang, sekarang ini dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mereka menunggu dengan penuh kesabaran. Tunggu dan tunggu namun tiada langsung kabar berita baik dari doktor.

"Macam mana boleh jadi macam ni?!"

Marah mengusai diri Tuan Syafwan. Baru sekejap dia tinggal isterinya ini yang jadi?!. Tuan Syafwan sangat terkejut melihat keadaan Abell yang kejang dan berlumuran darah tadi

"Kau sabar Afwan, kau tak boleh baran macam ni, bini kau tengah berlawan dekat dalam tu jadi baik kau sabar dan berdoa"

Merasa marah dengan kata-kata Ariz, Tuan Syafwan berjalan mendekati Ariz dan terus mengaut ganas kolar baju Ariz.

"Astaghfirullahalazim Syafwan!"

Syafwani bangun dari tempatnya cuba untuk meleraikan cengkaman kuat tangan Tuan Syafwan di kolar baju Ariz.

"KAU TAK TAHU APA YANG AKU RASA LAH SIAL!. APA PERASAAN KAU BILA ORANG YANG SAYANG, BILA PEREMPUAN YANG BERGELAR ISTERI KAU TIBA-TIBA KEJANG DAN BATUK BERDARAH!, APA KAU RASA?!"

Ariz terdiam tidak bersuara. Dia hanya menundukkan pandangannya ke bawah. Tuan Syafwan beristighfar seketika. Kolar baju Ariz dilepas ganas. Ariz membetulkan kolar bajunya kembali rapi. Pertama kali seumur hidupnya melihat Tuan Syafwan semarah ini. Lelaki itu seperti sudah tidak keruan. Bajunya penuh dengan lumuran darah kerana mengangkat dan mendukung Abell tadi. Rambut yang tadinya segak rapi kini berselerak basah dikeranakan peluh. Tuan Syafwan kelihatan sangat rapuh.

"Tuan Syafwan?"

Pantas Tuan Syafwan menoleh bila mendengar namanya dipanggil seseorang. doktor yang merawat Abell di dalam keluar untuk memberitahu sesuatu. Semua ahli keluarga bangun dari duduk mereka menunggu berita yang akan keluar dari mulut doktor itu.

"Iya saya"

Tuan Syafwan menatap wajah lelaki yang bergelar doktor itu. Dia cuba mencari sesuatu dari riak wajah doktor itu. Mencari jawapan tentang keadaan isterinya.

"Boleh saya bercakap hanya kita berdua?"

Doktor itu tidak mahu ahli keluarga lain terkejut dengan apa yang dia akan sampaikan jadi lebih baik hanya dia dan Tuan Syafwan sahaja yang berbicara.

"Maaf Doktor tapi pesakit yang doktor rawat itu adalah anak perempuan tunggal saya. Saya harap doktor boleh bagitahu kami semua disini"

Tegas Dato Arsalan bersuara. Puan Raisya yang lemah dibahu Dato Arsalan dari tadi mengangguk setuju dengan apa yang suaminya katakan.

Doktor menarik nafas dalam sebelum dia memberitahu apa yang terjadi dengan Abell di dalam. Dengan mata yang agak sayu doktor itu memandang ke semua ahli keluarga. Seketika mereka mula merasa resah.

"Saya rasa Tuan Syafwan awak kena buat report polis"

Mengerut dahi Tuan Syafwan aneh. Report polis? Kenapa sampai nak kena babitkan polis?.

"Kenapa ye Doktor?"

Mereka semua menunggu doktor itu dengan perasaan ingin tahu.

"Kes isteri Tuan Syafwan ni bukan kes biasa tapi ini kes pencubaan membunuh"

Tergamam semua orang disitu. Hani yang hampir rebah itu dengan cepat ditangkap oleh Ariz. Puan Raisya menangis kuat di dalam dakapan Dato Arsalan. Dato Arsalan juga turut tercengang dengan berita yang disampai kan doktor itu.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now