Episode 30🌼

15.8K 803 143
                                    

Tidak berhenti jari jemari Dato Arsalan bekerja di keypad komputer ribanya. Yelah agak sibuk sebab dia membuat keputusan untuk bekerja dari rumah kerana mahu meluangkan masa dengan Puan Raisya untuk 2 minggu ini.

Merasa tangannya sudah mula penat, Dato Arsalan berehat sebentar. Nak patoh jari oden, oden SAYA ye bukan oden family mart tu.

Wanita yang sedang tidur disebelahnya itu dipandang, sudah seminggu Puan Raisya berada di sisinya dia sangat bahagia dan sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengembalikan isterinya ke dakapannya.

Ralit menatap wajah isteri, tiba-tiba senyuman terukir dibibir Dato Arsalan bila tiba-tiba sahaja kenangan saat pertama kali mereka berjumpa terlintas difikiran.

Flashback

"Ye ye aku aku on the way, sabar lah aku baru balik dari bank ni"

Ujar Arsalan kepada seseorang yang sedang membebel di dalam talian telephone bimbitnya.

"ENCIK OWNER KERETA MASERATI HITAM!. TOLONG LAH JANGAN BLOCK BASIKAL BURUK SAYA NI!"

Terhenti langkah Arsalan bila tiba-tiba mendengar suara seseorang bersuara. Siapa pula yang melalak tengah hari panas ni?.

"ENCIK OWNER MASERATI HITAM NOMBOR PLATE A.R.S.A.L.A.N 5!, AWAK BLOCK BASIKAL SAYA!!!!"

"Owh shit"

Bila mendengar nombor platenya terang menerang disebut, Arsalan terus dapat tangkap yang itu adalah keretanya. Aduh boleh pula dia terlupa yang tadi sebelum masuk ke bank dia terpaksa block orang. Habis lah nak.

"Ahhh maaf maaf cik ni kereta saya"

Sampai sahaja ke keretanya dia sudah melihat seorang gadis bercekak pinggang dihadapan keretanya. Jujur dia kata gadis itu kelihatan ayu, berbaju kurung Johor pink lembut dan tudung bawal cream sempurna menutup kepalanya. Aduh bidadari ke ni?.

"Encik, ni dalam sejarah tahu?, Maserati block basikal. Kalau basikal saya ni kelajuan dia macam F1 tak pe lagi. Ni tak! Hayat dia pun macam hidup segan pergi lah mati!"

Tidak henti Gadis itu membebel dengan tangan-tangan ikut bergerak. Comel.

"Maafkan saya cik, saya pergi bank sekejap tadi"

Ujar Arsalan sambil matanya tidak henti memandang wajah bersih gadis itu. Dah lah pipi tembam,bibir pula kemerahan. Aduh Ummi hati anakmu telah tertawan!.

"Encik ni saya dah lambat nak delivery kuih ni tahu?!. Tak pasal-pasal orang tu cancel order dia"

Geram gadis itu, tangannya diangkat menunjukkan sebuah beg plastik besar bertulis 'Kafe kampung'.

Melihat nama di plastik beg itu Arsalan menoleh kepalanya kekanan. Sebuah kedai kuih muih traditional terletak cantik disitu, owh mungkin tempat gadis ini bekerja.

"Maaf lah ye cik, uhmm apa kata saya beli semua kuih cik ni. Tak apa cakap je berapa"

Bersinar mata gadis itu mendengar kata-kata lelaki dihadapannya itu. Haaa kalau macam ni kan bagus tak payah aku penat-penat nak mendayuh basikal.

"Betul encik nak beli?"

Yelah takut juga mamat ni tipu dia mahu nahas dia kena bebel dengan boss.

"Iya saya cik, saya beli"

Senyuman Arsalan berikan, dompet yang berada didalam kot bajunya itu dikeluarkan.

"Berapa?"

"21 ringgit malaysia, kalau boleh encik jangan bagi duit besar-besar macam warna purple-purple ye? jangan tahu?, Saya malas nak masuk kedai bagi balance"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now