Episode 31🌼

14.7K 789 92
                                    

"SERIUSLY?!"

Terbangun Puan Hana dari duduknya selepas mendengar berita bahagia dari Tuan Syafwan dan Abell. Yeay i dah nak dapat cucu!!!!.

"Good job Syafwan"

Tuan Amyrul menepuk-nepuk bahu tegap Tuan Syafwan, bangga dengan pencapai anaknya. Dah ada kerjaya sendiri, dah ada isteri now dapat pula rezeki cahaya mata, alhamdulillah.

"Thanks Ayah"

"Aku dah nak dapat fruit children wuahhh!"

Syafwani menangis teresak-esak, walaupun niatnya mahu melempang kepala Tuan Syafwan kerana sudah mengandungkan Abell tapi niat itu dibatalkan selepas Puan Hana bagi dia penepuk di kepala tadi, serius weh rasa bergegar otak.

"Lepas ni kau pula"

Sakat Tuan Syafwan senyum sinis memandang Syafwani yang sudah tersentak selepas mendengar komen abangnya itu. The fish?!.

"Sorry aku lambertttt lagi ok?, Macam-macam lagi benda aku nak buat"

Ujar Syafwani sambil mengflip rambutnya kebelakang dengan penuh gayanya. Tidak sedar yang rambutnya sudah selamat menampar muka Tuan Syafwan. Kurang pahit punya adik.

"Wehhh~"

Suara siapa pula yang nangis tu?. Cepat-cepat Abell berpusing kebelakang, lah Madu rupanya. Aip Madu Hani ye buka. madu kawin lain tu.

"Congratulations ~"

Tergedek-gedek Hani berjalan kearah Abell, dengan erat dia memeluk sahabatnya yang baru bergelar ibu itu. Aih macam baru semalam je member aku ni terkencing dalam seluar, cepat betul membesarnya.

"Terima kasih sahabat ku"

Abell menepuk-nepuk badan belakang Hani, gadis itu masih lagi teresak-esak dalam pelukannya. Ni berita gembira ke sedih ni?.

Setelah selesai bercengkerama, mereka semua duduk berbual di ruang tamu, berbual tentang sehari-hari mereka. Tuan Syafwan tidak lepas menyuap Abell dengan bermacam makanan. Katanya nak anak mereka gemuk-gemuk comel.

"Ish abang ni, gemuk lah orang nanti!"

"Tak apa"

"Abang ni bukan anaknya yang gemuk ni maknya yang gemuk nanti!"

Nak tersedak Abell, dari tadi mulutnya disumbat makanan. Dia ingat aku ni lembu ke apa?! Belum sempat 9 bulan dah perut buncit.

"Makan lagi makan!"

"Uhmmm hmmmm!"

Tergelak besar semua orang disitu melihat telatah pasangan harmoni itu. Aih perangai macam budak-budak padahal dah nak jadi mak,bapak budak dah.

"Ahhh ni dah bagitahu Ibu belum kita nak jumpa?"

Tanya Tuan Syafwan, tubir mulut isterinya yang comot itu dilap lembut.

"Ihmmu mhmmh hummmhhh uhhe"

Salah si pakcik ni lah dah tak pasal-pasal nak cakap pun bunyi macam alien tengah tahan cirit.

"Kau cakap apa aku tak faham"

Eih boleh tak nak jual laki aku ni kat shopee kejap?, Nanti nak balik aku beli lah balik.

"UHMMMH HUMMMH UHMMMUH!!!"

Ambik kau bukan mulut je yang bergerak dengan tangan-tangan Abell bergerak keatas kebawah kekanan kekiri. Geram Abell dengan suaminya yang kurang cerdik itu, yelah nak cakap bodoh nanti derhaka jadi cakap jelah kurang cerdik.

"Ibu cakap ok!"

Kuat Abell bersuara selepas selamat menelan makanan yang penuh dimulutnya itu. Selamag lah dikau makanan di dalam perutku.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now