Episode 23🌼

14.3K 777 130
                                    

"Hasni"

Tuan Syafwan memandang Hasni. Gadis itu kelihatan ayu memakai abaya bewarna cream dan tudung labuh bawah dada. Sangat-sangat lah ayu dan sejuk mata memandang. Sepupunya itu sudah besar rupanya rasa macam baru semalam je mereka berdua main lari-lari di depan rumah.

"Bila Abang sampai?"

Ujar Hasni sambil berjalan mendekati meja. Dulang air yang dibawa dari dapur tadi diletakkan ke meja. Air biasa je jus epal kotak.

"Baru tadi"

Hasni tersenyum.

Sedang dia meletakkan satu-satu cawan ke meja tiba-tiba kepalanya tertoleh kearah Abell yang sedang duduk disebelah Puan Hana. Abell yang dari tadi terpesona dengan keayuan Hasni terpinga tidak berkutik. Hasni menghadiahkan wanita itu senyuman sopan nan ayu nya.

"Awak mesti Abell kan?"

Abell mengangguk laju seperti anak kecil, wahhh ara ara one chan tegur kita lah.

"Manis orangnya pandai Abang Syafwan pilih"

Puji Hasni menjeling mata ke Tuan Syafwan dengan senyuman. Lelaki itu bangga mengangkat kening, well taste Tuan Syafwan Hamilton kan selalu top class.

"Abell umur berapa?"

Tanya Hasni sambil duduk bersila di dilantai. Matanya tidak lepas menatap wajah Abell, comel orangnya pipi tembam ada lesung pipit sikit sebelah kiri geram.

"Tahun ni 20 kak"

Balas Abell malu-malu. Hujung baju Umminya dikuis-kuis. Puan Hana hanya tersenyum lucu melihat telatah menantunya itu. Aih comel menantu aku ni kau ada?.

"Muda-muda dah kahwin"

"Mak"

Cepat Hasni memberi Mak Uda amaran kerana tiba-tiba sahaja menyampuk pedas.

Abell tertunduk kepala memandang kebawah. Tangannya dikopek-kopek kuat, habit lama. Tuan Syafwan yang melihat keadaan isterinya itu dengan cepat dia mengambil tindakan.

"Ahhh Ummi, Mak Uda Afwan nak rehat dulu lah. Jom Abell teman Abang?"

Cepat Tuan Syafwan mengambil tangan Abell membawanya masuk kebilik yang sudah disediakan oleh Mak Uda. Abell tertunduk-tunduk badan meminta izin untuk pergi. Hasni mengangguk dengan senyuman manis terukir dibibir.

"Rehat lah korang pun sampai malam"

"Terima kasih kak"

Anggukan Hasni berikan.

Mak Uda yang melihat kemesraan pasangan itu terus naik angin. Digempal kuat tangannya sampai memerah.


"Ahhh finnaly bed"

Kekanan kekiri badan Tuan Syafwan bergolek merenggangkan badan yang lenguh itu. Aihhh sedapnya baring kat.

Sedang dia ralit berbaring meregangkan segala otot baru dia teringat, ehhh bini aku mana?.

"Abell?"

Abell berpusing badan menoleh memandang sang suami yang tiba-tiba memanggilnya.

"Kenapa Abang?"

Abell yang sedang mengambil barang dari begnya itu berkerut dahi. Dah kenapa laki aku ni panggil macam aku hilang?.

"Are you ok?"

Lelaki itu tahu yang Abell mesti sedang bersedih sekarang ini. Yelah tengok jelah cara Mak Uda melayan nya macam mana tadi.

"Ok kenapa?"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now