Tuan Syafwan & Abell🌼

12.4K 636 137
                                    

Tuan Syafwan yang baru sahaja balik dari kerja itu masuk kedalam rumah sambil tangannya menarik tali leher yang meliliti lehernya kebawah. Dengan keluhan garau lelaki itu merebahkan dirinya ke sofa bujang yang terletak rapi di ruang tamu mewah miliknya.

Ruang tamu yang disinari dengan lampu chandelier itu dipandang kanan dan kiri. Jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Hari ini dia balik lambat dikeranakan kerja yang bertumpuk dipejabat. Ariz sedang sibuk menguruskan majlis nikahnya bersama Hani. jadi disebabkan itu kerjanya agak berlambak dari biasa.

"Semua mesti dah tidur"

Tuan Syafwan bangun dari duduknya. kakinya melangkah ke tangga. Bilik Laira dan Lailah dibuka. Dia masuk kedalam bilik anak-anak gadisnya yang berusia 4 tahun itu. Tersenyum dia melihat Lailah yang terbongkang tidur sampai menampakkan perutnya. Laira pula cantik sahaja tidur beralaskan tangan dipipi. Rapi betul. Lelaki itu membetulkan baju Lailah. Dinaikkan baju anak kecil itu ke atas supaya tidak masuk angin.

Mungkin terasa sesuatu yang bergerak, Lailah terbangun dari tidurnya.

"Shush shush Babygirl why?, Tidur lah"

Lailah bangun sambil tangan kecilnya menggosok-gosok mata besarnya yang diwarisi oleh sang Mama tercinta. Mata bulat bersinar bersama bulu mata panjang itu sangat sejuk mata memandang.

"Ayah"

"Yes my daughter?"

Lama sahaja Lailah merenung mata Ayahnya. Tindakan Lailah membuat Tuan Syafwan terdiam ditempatnya. Anak gadis ini bangun dari baringnya. Dengan tangan kecil itu dia menekup pipi Ayahnya.

"Why do you make Mama cry?"

Tuan Syafwan berkerut aneh. Menangis?. Abell menangis?.

"Before going to sleep Lailah nampak Mama menangis sambil dodoikan Lailah. Dia cakap I'm sorry I can't be the perfect mother for you all. Kenapa Mama cakap macam tu? Bagi kami Mama dah cukup sempurna"

Tuan Syafwan tersenyum dengan kata-kata anak gadisnya yang bijak itu. Pipi gebu kemerahan itu dicium lama. Rambut panjang separas bawah bahu itu diusap.

"I'm not the one who making her cry. That's right. Mama is perfect to us. But Mama didn't believe that. She still feel insecure because a mother's feelings, they always want to become more than a perfect mother for their child"

"Why?"

"Because that's how mother is. They want to make her child happy. Happier than herself"

Lailah terdiam. Muncungnya kedepan panjang, kelihatan matanya sedikit berkaca. Tuan Syafwan memeluk tubuh kecil anak gadisnya itu.

"Lailah nak buat Mama happy?"

Lailah mengangguk laju.

"Then Lailah dan Laira kena selalu sayang Mama, kena selalu tolong Mama.  Dan Lailah dan Laira kena selalu mencintai Mama sepenuh hati. Boleh?"

Dengan pantas Lailah mengangguk. Setitis air matanya jatuh. Tuan Syafwan meleraikan pelukan mereka. Air mata Lailah dihapus menggunakan ibu jarinya. Dahi anak gadisnya itu dicium sebelum dia membaringkan Lailah semula ke katilnya. Kelihatan mata Lailah sayu-sayu ngantuk.

"Lailah janji. Lailah akan sayang dan cintakan Mama dan Ayah sampai mati... Kalau Laira tak sayang dan tak cintakan Mama dan Ayah... Lailah ketuk kepala dia dengan mangga"

Tergelak halus Tuan Syafwan mendengar mangga dari mulut anaknya. Teringat dia pertemuan pertama kali dia dan Abell yang tersadai di atas pokok mangga.

Melihat sang anak sudah terkulai tidur kembali. Tuan Syafwan mencium dahi Lailah lalu bangun berjalan menuju ke katil seorang lagi anak gadisnya. Dahi Laira turut dicium lama.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now