Special part 1🌼

13.9K 733 120
                                    

1 tahun kemudian.

"Assalamualaikum awak"

Batu nisan putih yang bernama Irfan Waqif Bin Othman Waqif itu diusap-usap dengan penuh kelembutan. Lama dia duduk disebelah kubur lelaki yang pernah menjadi suaminya itu. Bacaan surah Yasin sudah dia berikan. Air bunga juga sudah dia tuang. Berjam juga dia duduk disebelah kubur bekas suaminya itu untuk melepas rindu.

Hasni balik kembali ke Malaysia setelah setahun menetap di dubai. Dia bukan menetap selamanya di malaysia, dia hanya datang untuk melawat kubur bekas suaminya dan anaknya Haura.

"Awak tengah main dengan Haura ke?. Jealousnya saya, ciumkan Haura untuk saya boleh?, Cakap dekat dia yang Ummi dia sayang dia sangat-sangat"

Hati Hasni perit bila teringat tentang arwah anak dan arwah bekas suaminya itu. Kalau lah Maknya tidak ego dan pentingkan diri mungkin sekarang dia,Irfan dan Haura sudah menjadi keluarga bertiga yang bahagia. Dan mungkin mereka sudah ada anak lebih dari satu.

"Maafkan saya Irfan, saya tak dapat bersama awak disyurga Nya. Saya dah buat dosa yang sangat besar. Saya aniaya orang yang tidak bersalah semata-mata untuk memuaskan dendam saya"

Dia tahu apa yang dia buat adalah dosa yang besar. Dia menganiaya orang yang tidak bersalah. Dia buta kerana dendam dan marah kepada Mak Uda, masa itu hanya rancangan itu sahaja yang dia dapat fikirkan.

"Lelaki sebaik awak tidak patut dapat isteri sejahat saya"

Irfan adalah seorang lelaki yang sangat baik. Lelaki itu disayangi oleh orang kampung dan teman-temannya di University. Termasuk Hasni, Hasni jatuh cinta dengan sikap kebaikan Irfan. Mereka bercinta buat beberapa bulan sebelum Irfan melamar Hasni.

Irfan dulu pernah masuk meminang datang kerumah Hasni sendiri tapi malangnya dia disambut dengan sangat keji dengan Mak Uda. Wanita itu menghidangkannya air sewaktu dia sedang duduk gugup tapi air itu bukan untuk diminum tapi untuk dituang ke kepala Irfan.

Irfan dikatakan lelaki yang tidak tahu diri,anak yatim miskin dengan Mak Uda. Berbagai lagi cacian yang menyakitkan wanita tua itu keluarkan dari mulut kotornya. Irfan hanya menunduk tidak membalas baginya tidak elok melawan orang yang lebih tua jadi dia hanya menahan.

Hasni yang melihat semua perkara buruk yang Maknya lakukan dia bertekak marah dengan Mak Uda.

Disebabkan cintanya tidak direstui Hasni membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia. Sempat Irfan membantah kerana tidak mahu Hasni derhaka kepada Maknya tapi Hasni tetap mahu menikah dengannya. Akhirnya mereka menikah dan menyewa apartment kecil yang terletak tidak jauh dari collage mereka.

"Awak adalah lelaki yang sangat baik Irfan, sampaikan dulu ramai yang cemburu kerana awak memilih saya"

Flashback

"Sayang!"

Irfan menepuk lembut Hasni yang sedang memasak didapur kecil mereka itu. Diletak dagunya dibahu sang isteri. Tangannya naik melingkar kemas dipinggang ramping sang isteri. Haruman masakan Hasni dihirup penuh menghayati.

"Sedapnya sayang saya ni masak"

Hasni menoleh kebelakang sedikit. Pipi suaminya yang berlaga dengan pipinya itu ditepuk-tepuk lembut. Manjanya dia ni.

"Dah nak masak dah, awak siapkan meja boleh?"

"Ay yay Captain!"

Irfan membuat gaya salut captain kepada Hasni. Dia berlari anak ke meja makan mahu menyiapkan arahan yang diberikan. Pinggan diletakkan nasi secukupnya, sudah selesai di pinggan itu rapi ditempatnya. Cawan dituang air ais kosong. Setelah siap dia duduk dikerusinya menunggu Hasni menghidangkan lauk.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now