Episode 24🌼

15.1K 778 122
                                    

"Abell? Kenapa tak makan nasi tu?"

Pelik Puan Hana dari tadi melihat Abell pergi kuis-kuis nasi goreng dipinggannya itu, tak luak luak dari tadi dia tengok.

"Ah-ahhh tak lah Ummi Abell kenyang"

Mendengar kata-kata Abell Tuan Syafwan dengan cepat menoleh memandang isterinya. Kenyang? Perasan dari semalam bini aku ni tak makan apa-apa. Makan angin ke canne ni?.

"Kau ok ke tak ni?, Dari semalam lagi aku tengok kau macam lemah je?"

Risau Tuan Syafwan. Dahi Abell diperiksa panas ke tidak. Tak panas pula.

"Abell o-"

"Kamu berkau aku dengan isteri kamu Syafwan?"

Ahhh mula dah Mak Uda menyampuk. Abell memutarkan matanya.

'Sibuk betul lah makcik sorang ni ada juga satu periuk nasi goreng ni aku sumbat dekat mulut celupar dia tu'

Bisik hati Abell geram. Derhaka sejenak.

Apa tak nya dari tadi lagi mulut Mak Uda tak berhenti pok pek pok pek, tak penat ke asyik bercakap?. Mana button pause? Nak pause kejap mulut Mak Uda ni.

"Ahhh ahhh, Kenapa Mak Uda?"

Tuan Syafwan meletakkan sudunya dipinggan lalu tangannya menongkat dagu. Mak Uda dipandang dengan senyuman penuh makna, makna yang hanya dia sahaja tahu.

"Tak lah, nampak macam tak harmonis kamu panggil dia aku kau. Macam hubungan terpaksa"

Eihhh naik geram dan meluat Abell mendengarnya. Panggilan pun jadi issue ke?!, Apa masalah dia ni sebenarnya?!.

Hasni yang dari tadi disebelah Maknya mula tidak selesa. Rasa nak sahaja lari masuk bilik tapi tak nak lah dia biadap. Mahu kena hentam dengan Mak Uda.

Mendengar kata-kata Mak Uda, Tuan Syafwan tersenyum mereng, kepalanya disengetkan ke tepi, masih lagi dengan tangan menongkat dagu ke meja. Mak Uda dipandang dengan senyuman selamba sinisnya.

"Ehhh Mak Uda ni. Kami panggil kau aku dekat luar je tapi kalau kat dalam bilik apa lagi malam uhm banyak lah panggilan manis yang keluar dari mulut kami. Apa lagi bila Abell dekat bawah saya dekat at- UHMP! UHMP!"

Pakcik gatal ni memang mulut tak ada insurance keselamatan betul!. Tunggu kau aku belikan nanti.

Ditekup kuat mulut Tuan Syafwan oleh Abell sebelum banyak lagi kata-kata yang tidak mahu mereka dengar keluar dari mulut berbisa lelaki itu.

Hasni ketawa kecil sambil menutup mulutnya, yelah perempuan kena kawal gelak tak sopan.

Mak Uda pula hanya menjeling pasangan itu tajam.

"APA?!"

"Abang ni boleh tak jadi senonoh sikit?!. Satu saat je boleh?"

Bebel Abell. Ish laki aku ni ada juga aku stepler mulut dia ni kang, ke aku pagar je?.

"Alah betul lah, kau pun suka bila aku kat bawah kau, siap jerit la- AHHHH!"

Geram Abell. Betis suaminya dicubit kuat. Uhm ada lah kesan purple tu nanti. Tak apa nanti kita sapu minyak minyak gamat ye abang?.

Puan Hana menggeleng kepala sambil tersenyum. Gembira dia melihat hubungan rapat Abell dan Tuan Syafwan. Nampak macam pasangan serasi. Jealous i tengok. Ehhh lupa i pun ada laki lah.

"Ahhh ni kamu tidur sini lagi kan Syafwan?"

Tanya Mak Uda selamba macam tidak pernah buat salah semalam. Tuan Syafwan menggeleng kepalanya tanda tidak.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now