Episode 22🌼

15.7K 773 125
                                    

"alah kenapa sekejap sangat kita honeymoon~"

Omel Abell didalam kereta. Kepalanya dilentokkan kebahu Tuan Syafwan yang sedang bekerja di Tabnya. Nasib Pak Saji ada untuk mengambil mereka kalau tak, tak adanya dia boleh buat kerja macam sekarang.

Tuan Syafwan tersenyum, matanya menjeling memandang Abell yang bermuncung bibir seperti Suga sang itik. Diusap-usap kepala isterinya lembut. Uhmm sejak kahwin ni level manja budak ni makin menjadi-jadi. Tapi level gatal dia pun menjadi-jadi juga, dua kali lima lah.

Mereka baru sahaja tiba di Malaysia hari ini. Honeymoon mereka tidak boleh lama kerana Tuan Syafwan harus cepat kembali ke kursi CEOnya. Ingat jadi CEO senang ke?. Nak honeymoon dengan bini pun ada limit huhuhu.

Sekarang mereka dalam perjalanan balik ke kampung untuk melawat Mak Uda. Puan Hana baru sahaja memberitahu mereka yang Mak Uda sudah sampai ke Malaysia 4 hari lepas. Sebagai anak buah yang baik Tuan Syafwan mahu memperkenalkan Abell kepada Mak Uda sendiri. Banyak jasa Mak Uda kepada keluarga Hamilton. Jasa nyawa.

"Abang"

"Uhm?"

Sahut Tuan Syafwan lembut sambil mengambil tangan Abell lalu dicium tangan tersebut.

"Mak Uda scary tak?"

Tergelak Tuan Syafwan mendengar pertanyaan isterinya. Tab yang dipegang diletakkan kedalam begnya. Kini segala tumpuannya penuh ke Abell.

"Tak Mak Uda tu baik. Banyak jasa dia kepada keluarga aku, so don't worry ok?"

Sebenarnya Abell tidak risau sangat sebab Hani pun ada memberitahunya serba sedikit mengenai keluarga belah Puan Hana. Baik orang-orangnya molek, lemah lembut, tapi tulah selagi belum jumpa kita tak boleh nak menghakimi kan?.

Lama berdiam diri tiba-tiba Abell berkerut dahi.

"Jasa apa yang Abang maksudkan tu?"

Tertanya juga dia. Stenford keluarga orang kaya. Jasa apa yang keluarga Ummi dah buat?.

"Tu nanti aku cerita sebab panjang. Now tidur kau mesti penat"

"Ahhh pendekkan Abang"

Dibuat jarinya tanda secuit bermakna pendekkan lah handsome boy~.

Tuan Syafwan ketawa kecil.

Bibir Abell dikucup lembut sebelum wanita itu diangkat untuk duduk dipangkuannya. Peha Abell ditepuk-tepuk seperti mendodoikan seorang bayi. Yelah ada masa 2 jam lagi nak sampai Johor, sempat nak rehat.

Abell memejamkan matanya yang sudah mulai terasa memberat itu. Alah jasa jussy tu nanti lah kita fikir sekarang kita kedunia mimpi lu. Paper roger!.

_____

Setelah hampir 4 jam berada didalam kereta alhamdulillah mereka kini sudah berada didepan rumah Mak Uda di Johor. Abell yang berdiri memandang rumah kayu bungalow didepannya itu agak terlompong mulut. besar nyah rumah dia!.

matanya ralit memerhati rumah buanglow kayu itu. Sambil mata bekerja tangan Abell juga ikut bekerja menggosok-gosok punggungnya yang terasa kebas. Naik kebas juga lah punggungnya duduk didalam kereta lama sangat, nasib tak berbisul. Macam dejavu pula.

PAP!

"Aip apa gosok bontot tu"

Tuan Syafwan selamba memukul punggung Abell. Tersentak Abell dengan tindakan tidak semengah suaminya itu. Amboi dia ingat bontot aku ni apa? Bantal?.

"Ab-"

"Ahhh Afwan dah sampai pun masuk nak"

Baru sahaja Abell mahu memukul bahu Tuan Syafwan tiba-tiba Mak Uda sudah membuka pintu rumahnya.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now