Episode 3🌼

19.7K 1K 191
                                    


"Sape awak cakap anak teruna tua?"

Dipandang gadis dihadapannya itu dengan tangan dicekakkan di pinggang, aku anak teruna tua?!,

"Alah betul lah pakcik kan single since birth"

"Owhhh single since birth anak teruna tua lah?"

Abell berfikir sejenak dengan mata dinaikkan keatas,

"Lebih kurang lah, plus pakcik pun 30 dah kan?"

Baru sahaja lelaki itu mahu membalas tetapi dia terhenti selepas mendengar umurnya,

"What ever pendek"

Terlompong mulut gadis itu bila dipanggil pendek,

"Sampai hati cakap aku yang 1'63 ni pendek dia tu je yang terlebih tinggi humph"

Abell memutarkan matanya, sampai hati cakap macam tu,

Pap

Pap

Pap

Bunyi tumbukan punching beg kedengaran kuat ditaman tepi rumah bunglow itu, Tuan Syafwan dengan gagahnya menembuk punching beg itu berkali-kali tanpa henti,

Abell yang baru sahaja balik dari gerai untuk membeli barang terpandang Tuan Syafwan yang berpeluh kacak, dengan senyuman senget Abell bersandar didinding rumah sambil memeluk tubuh tidak dilupakan beg plastic oren digenggaman,

"Hot gak pakcik ni, uish tengok lah belakang badan tu berotot rawrrr abe~"

Terpesona Abell melihat Tuan Syafwan yang membelakanginya, kelihatan jelas badan belakang berotot kekar Tuan Syafwan,

"Kalau dah siap pandang tu jangan lupa bayar"

Terpeleset badan Abell dari dinding mendengar Tuan Syafwan, alamak mamat ni tahu aku kat belakang dia ke?,

Abell menggaru tudungnya yang tidak gatal itu, aduh gasak kantoi tengok antertu orang pagi tadi bukan main kutuk lagi kau,

"Kau beli apa tu?"

Tanya Tuan Syafwan sambil membuka punching gloves nya, Abell yang dari tadi cuba untuk mengalihkan pandangan terpandang badan depan Tuan Syafwan, terkebil-kebil gadis itu melihat tattoo Puma terukir hitam didada lelaki itu,

Dengan kening yang berkerut Abell cuba untuk melihat tattoo tersebut dengan lebih jelas,

"Jijik ke?"

Jijik?, Dengan cepat Abell memandang muka Tuan Syafwan dengan muka toyanya,

"Pakcik najis je?"

Terpinga Tuan Syafwan bila dirinya ditanya dia najis ke?,

"Asal kau tanya macam tu?"

"Tak lah buat apa saya nak jijik dengan pakcik kalau pakcik bukan najis kan?"

Jawab Abell selamba badak,

Tuan Syafwan yang mendengar balasan selamba Abell mendengus lembut,

"Kau ni kuat melawan kan?"

"Eh tak lah saya cakap je saya tak jijik dengan pakcik kenapa saya nak jijik hanya setakat tattoo ni?"

Tuan Syafwan terdiam, biasanya setiap wanita yang mengenalinya terutama perempuan berhijab mesti akan jijik akan dirinya yang bertattoo apatah lagi bila dia menceritakan masa silamnya,

"Pakcik, seberapa banyak pun dosa pakcik saya ni bukan Tuhan untuk menghakimi pakcik, dosa pakcik dosa pakcik lah, dosa saya pun saya tak habis taubat lagi"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now