Episode 54🌼

12.5K 708 194
                                    

Seorang wanita didalam lingkungan 30 an berjalan kearah meja soleknya. Laci meja solek itu ditarik, sekeping gambar seorang lelaki yang sedang tersenyum lebar diambil. Wanita itu lalu berjalan kearah katilnya, dia duduk di birai katil bersize king itu.

Gambar lelaki kacak itu ditatap lama tanpa sebarang expresi. Riak wajahnya seperti sudah mati, seperti sudah kebas dengan perasaan.

Lelaki digambar itu kelihatan muda dan segak. Lelaki itu sedang berdiri sambil tersenyum sambil menunjukkan sekeping gambar dengan bangga.

"Kenapa awak pergi dulu Irfan?"

Gambar lelaki bernama Irfan itu dibawa kedadanya. Dia peluk erat gambar lelaki itu, dia tidak sedar yang air mata sudah jatuh berkali-kali.

"Saya cintakan awak Hasni apa pun yang jadi saya akan tetap bersama awak, jika cinta kita tidak boleh berbunga di dunia kita berdoa lah semoga Allah mengizinkan cinta kita berbunga di syurga Nya"

Tergelak kecil Hasni bila mengingat kembali kata-kata lelaki itu. Hatinya dicengkam erat sakit dengan perasaan menahan rindu.

"Kenapa awak tinggalkan saya?, Saya nak cinta kita berbunga di dunia dan di syurga Nya, tapi kenapa awak tinggalkan saya?"

Hanya itu yang dapat keluar dari mulut Hasni. Dia tidak dapat bersuara lagi. Esakan-esakan kuat bergema di bilik condominiumnya.

_____

"Uwek! Uwek!"

"WUAHHHH!"

Tuan Syafwan yang baru sahaja siap mandi itu terus bergegas keluar dari bilik air dengan hanya tuala melilit pinggangnya. Ni kalay sekali tarik serius nampak benda yang tidak ingin dilihat.

"Kenapa ni?!"

Termengah-mengah Tuan Syafwan menarik nafasnya. Abell yang sedang mendukung Laira itu menoleh memandang suaminya dengan mata sudah penuh dengan air mata. Teresak-esak gadis itu menangis.

"Abang~, Laira tak nak berhenti menangis~ AHHHH!"

Tepuk dahi Tuan Syafwan melihat kerenah isterinya yang bukan seperti mak orang itu. Nafasnya ditarik dalam lalu dihembus halus. Abell dan Laira yang menangis kuat itu di dekatinya. Laira diambil dari mamanya. Baru sekejap Tuan Syafwan memeluk Laira, Laira sudah berhenti menangis. Mungkin suka dengan kehangatan lelaki itu yang tidak memakai baju kecuali tuala.

Terlompong mulut Abell. Ehhh budak ni diam pula?!.

"Ish Laira ni Mama tak nak kawan Laira"

Abell buang muka merajuk dengan Laira. Laira lena didalam pelukan Ayahnya. Tuan Syafwan tersenyum halus melihat Abell yang membuang tubuh dan muka ketepi itu. Ish mak orang ni comelnya dengan bun tinggi dia tu dengan stoking dengan pilis kat dahi ish comel nya nak je dia gomol.

Mereka sudah pulang dari hospital beberapa hari lalu. Sekarang ini Abell sedang dalam berpantang. Kerana mahu meneman sang isteri yang sedang dalam pantang,Tuan Syafwan bekerja dari rumah kerana mahu menjaga anak-anak gadis dan isterinya.

Setelah selesai mendodoikan Laira Tuan Syafwan meletakkan Laira disebelah Lailah yang sedang nyenyak tidur tanpa kerenah. Biasanya adik yang banyak kerenah ini kakak pula berkerenah. Aih anak comelnya awak.

 Aih anak comelnya awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ONLY YOUWhere stories live. Discover now