Episode 41🌼

13K 742 140
                                    

Puan Afia duduk di  lounge hotel yang agak sunyi itu dengan tangan yang menggigil. Dia dapat panggilan dari Puan Raisya pagi tadi berkata mahu berjumpa. Puan Afia tidak pernah membenci Puan Raisya sebaliknya dia kagum dengan kekuatan dan ketabahan wanita itu.

"Afia?"

Tubuh Puan Afia mengeras. Suara yang sudah lama dia tidak dengar. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya menoleh. Puan Raisya berdiri dibelakangnya dengan sangat ayu. Wanita itu selalu ayu dimatanya. Sangat sesuai untuk bergelar isteri kepada Dato Arsalan Arsyad.

"Raisya"

Puan Raisya tersenyum, kepala dianggukan sedikit.

"Jemput duduk"

Puan Afia memperlawa. Puan Raisya duduk dikerusi mewah hotel berhadapan Puan Afia.

Buat beberapa minit dua wanita itu saling berpandangan mata.

"Awak dah balik dengan Arsalan?"

Puan Raisya mengangguk dengan senyuman lembut.

"Terima kasih, awak dah jaga dia dan dah obati hati dia sewaktu saya tiada disamping dia"

Puan Afia menggeleng kepala, senyuman sayu tidak lepas dari bibir wanita itu.

"Saya hanya jaga keperluan dia, hati dia yang terluka tu dia yang jaga sendiri. Dia tidak pernah mengobati hati yang berdarah tu. Dia menunggu untuk awak sendiri yang mengobatinya"

Dato Arsalan memang tidak pernah mengobati hatinya yang terluka kerana dia mahu Puan Raisya sendiri yang datang kedalam dakapanya untuk mengobati hatinya yang terluka sangat parah itu.

"Still terima kasih kerana selalu ada disisi dia selama 15 tahun ni"

Ujar Puan Raisya lembut.

"Terima kasih juga sebab awak dah kembali kedalam dakapan dia. He's nothing without you. He's so fragile without you"

15 tahun Puan Raisya pergi, Puan Afia melihat sendiri betapa rapuhnya seorang Dato Arsalan Arsyad. Walaupun lelaki itu hidup di dunia koperat tapi tanpa sang isteri Nur Raisya disisi lelaki itu bukan sesiapa.

"Now i can leave with ease"

Mendengar ayat Puan Afia yang agak sayu dan sedih itu Puan Raisya merasa aneh.

"Afia saya nak bincang sesuatu dengan awak"

Puan Afia menghadiahkan Puan Raisya senyuman. Senyuman itu sangat lah merobek hati. Senyuman yang memendan kepahitan.

"Awak... Awak nak kita masih bermadu kan?"

Seperti dapat membaca fikiran Puan Raisya. Puan Afia dengan lembut bersuara.

"Ye, saya rela bermadu. Saya tahu awak selama ni disisi dia sebab awak cintakan dia kan?"

Terkedu Puan Afia dengan pertanyaan Puan Raisya itu. Matanya perlahan-lahan berkaca.

"Awak cepat tangkap"

Ujar Puan Afia dengan tawa kecil.

"Jadi awak terima jadi madu saya?"

Puan Afia menatap mata Puan Raisya dalam. Mata wanita itu berkaca. Perlahan-lahan air mata turun membasahi pipinya.

"Maafkan saya. I need to reject that"

"Kenapa?, You admit it, you love him"

Ujar Puan Raisya terkejut dengan penyataan wanita dihadapannya itu.

"Saya cintakan dia. Tak tipu saya sangat cintakan dia. Walaupun dia tak pernah pandang saya, walaupun hanya ada awak didalam hatinya. Tapi saya tak pernah putus mencintai dia. Saya tak pernah lelah berdoa supaya terbuka hati dia untuk saya walaupun sedikit"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now