Episode 46🌼

12.4K 741 166
                                    

Abell yang baru bangun itu turun perlahan menuruni anak tangga rumahnya. Hari ini Tuan Syafwan cuti dia pun tidak ada ke kelas jadi disebabkan bosan dia bangun awal mahu mengemas mana yang mampu. Alah perut baru 5 bulan steady lagi!.

"Assalamualaikum semua!, Hari ini kita akan mengemas rumah bersama Nur Rossabell atau nama Glamorrrrrr nya Abell Chihuahua!"

Dikeranakan bosan bersendirian Abell buat-buat seperti dia sedang membuat Vlog. Nak kejut suami jam baru pukul 8 pagi. Dia pun tak tahu lah mengidam pula nak bangun awal kemas rumah sebab kebelakangan ni Tuan Syafwan selalu melarangnya untuk terlampau bergerak, katanya takut jadi apa-apa padahal doktor sudah kata badannya sehat sahaja. Takut menjadi malas kerana jarang bergerak Abell pun membuat keputusan untuk mengemas sedikit sedikit sahaja lah rumah hari ini. jadi mari kita mengemas rumah!.

"Eh jap bukan Chihuahua tu nama anjing ke?"

Pening sejenak dia. Bukan cihuahua tu nama anjing kecil tu ke?. Astaghfirullahalazim aku tahu lah perangai aku tak elok tapi tak lah sampai macam anjing.

"Aih kena tukar nama lain ni nama apa eh?"

Dagunya diketuk-ketuk menggunakan jari telunjuk memikirkan nama glamour apa yang sesuai. Apa eh.

"Ahhh!. Abell gedebak boom! Macam hot lah like kalau orang tengok aku diorang macam kena bomb! Gedebak boom!"

Entah apa yang Tuan Syafwan bagi dia makan semalam sampai gadis ini segila ini. Tak ada salah minum air kan?, Takut nak bagi air green tea terbagi ketum pula.

"Baik lah pertama sekali kita akan pergi ke bilik laundry untuk membasuh baju yang menutupi aib kita! Mari!!!"

Setiba di bilik basuh baju Abell memasukkan baju-baju suaminya dan dia kedalam mesin basuh. Mesin basuh didalam bilik itu ada dua, satu untuk baju berwarna satu lagi untuk baju putih.

"Masukkan baju anda kedalam mesin basuh mencuci dosa ini. Lepastu kita masukkan sabun kedalam kedua mesin ni..."

Sabun harum semerbak itu dimasukkan secukupnya kedalam container sabun. Dihirup sedikit bau sabun yang wangi itu.

"Uhm bau sabun"

Yelah kalau bau makanan itu bukan sabun namanya.

"Dan masukkan Clorox kedalam mesin yang mempunyai baju berwarna putih. Masukkan lah sebanyak anda mahu memasukkan Clorox kedalam mulut-mulut orang yang tidak ramah itu!. Kalau saya saya tak suka mak uda jadi saya nak masukkan sebotol tapi kalau sebotol mahu tak berupa baju keluar kan? Transparent terus. Jadi kita letak dua tutup dia sahaja"

Setelah selesai meletakkan semua sabun dan Clorox Abell menutup mesin basuh itu lalu menekan butang-butang yang mana patut ditekan. Gelabah sikit Abell menekan butang itu sebab yelah biasanya Tuan Syafwan yang bertugas untuk membasuh baju. Bila terlebih rajin ini lah padahnya.

"Aduh mana pulak button aku nak tekan ni?, Ini? Kebenda ada masa-masa pula ni?. Ni kejadah apa pula ni washing hands ni? Kan guna mesin tak kan aku nak washing hands pulok, eih laki aku ni beli pun terlampau modern"

Dah pening kepala Abell membaca perbagai butang untuk ditekan. Biasanya di kampung dia guna mesin basuh manual tua tu. Sampai sini kena pula tekan-tekan macam remote control. Macam mana ni?.

"Ah gasak kau lah senah aku tekan jelah ikut hati aku"

Dengan itu Abell menekan perbagai butang yang dia pun tidak tahu. Washing hands,rins and spin semua dia pergi bedalnya.

"Orang kata berlebihan itu benda yang baik"

Dengan bangga Abell bercekak pinggang dihadapan mesin basuh itu. Setelah melihat mesin basuh itu sudah bergerak dia pun beredar dari bilik itu.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now