Episode 16🌼

16.6K 899 216
                                    

"Awak letak je saya dekat depan tu. Saya tak nak orang nampak kita"

Suruh Puan Raisya, bersiap sedia untuk turun dari kereta limousine Arsalan itu. Dia tidak mahu menarik perhatian orang kampung. Dah nanti tak pasal pasal orang cakap dia ada anak ikan pulak.

Pemandu peribadi Arsalan berhenti selepas melihat isyarat mata Arsalan dari cermin pandang belakang.

"Tak apa saya hantar sayang dekat dep-"

"Saya tak nak Abell nampak awak. Dah saya pergi dulu"

Pedas Puan Raisya berkata.

Baru sahaja dia mahu keluar dari kereta itu tiba-tiba Arsalan bersuara.

"Nur Raisya, awak masih isteri saya yang sah. Saya tak pernah ceraikan awak. Saya suami awak jadi tolong hormat. Ingat tu"

Keluar dah suara penuh authority nya. Penuh KARISMATIK HAAK TUIH!.

Puan Raisya menjeling dari ekor mata sebelum dia keluar dari kereta mewah itu. Lantak kau lah jamil malas aku nak layan tak habis-habis.

_____

"Asyik! Asyik! Asyik!. Asyik asyiknya bercintahhhh!"

Amboi riang lagi kuat Abell bernyanyi sambil menjemur kain. Suga sang itik yang berada dibawah kakinya seperti faham, dia menganguk-angguk kepalanya ikut menari.

"Aih lagi dua bulan zaman masa bujang ku sudah tamat. Tak tahu nak happy ke sedih"

Bebel Abell sendirian.

Tuan Syafwan dan keluarga sudah balik ke Kuala Lumpur semalam. Tapi jangan risau mereka akan sering-sering ke Johor untuk mempersiapkan majlis perkahwinan Abell dan Tuan Syafwan.

Iyep majlis Abell akan dilangsungkan di kampung halamannya, Johor bukit kepung itu lah nama kampung halaman tercinta nya. Orang johor ni beb!.

"Abell..."

Terjatuh kain yang dipegang Abell bila tiba-tiba namanya dipanggil. Iskandar A.K.A Gucci ciplak sedang berdiri tegak dihadapan.

"Abang Is, abang buat apa kat sini?"

Abell membetulkan towel yang meliliti kepalanya. Yelah sidai kain je, dia pakai jelah towel jelah tak kan nak bershawl bling bling pula kan?.
Jangan risau lelaki belum pernah dapat lihat rambutnya kecuali hari tu si pakcik dan abang jnt sahaja, peace yow ✌🏻. Aku tahu ramai yang macam ni baik mengaku.

"Abang nak minta maaf"

Berkerut dahi Abell. Aik insaf dah mamat Gucci ciplak ni? Dah sholat taubat belum bang?.

"Untuk?"

"Abang tahu Anis serang Abell hari tu"

Ternaik bibir atas Abell gaya anoying.

"Di tengah hari yang cerah lagi helok cuaca ni asal lah dia ungkit nama si katak tu?"

Bisik Abell perlahan.

"Apa dia Abell?"

"Ehhh tak ada apa"

Iskandar bermain jari seperti mahu menguturkan sesuatu. Ehhh ehhh dia ingat ni apa?, Confess depan pagar sekolah?.

"Abell dah terima lamaran Abang?"

"Lamaran?. Abang ada lamar Abell jadi pekerja abang ke?"

Bengap bin bodoh juga otak si Abell ni kadang-kadang. Worry sometimes sometimes.

Abell cuba berfikir sejenak. Ahhh lamaran tu.

"Ya Rasul,abang, kan semua orang kampung dah tahu yang Abell nak kahwin, lagi 2 bulan tahu?"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now