Episode 39🌼

12.2K 742 160
                                    

"aku tak tahu lah kau ni terlebih pandai ke, terlebih bodoh. Ah ah ke time honeymoon dulu ada obor-obor sengat otak kau sebab tu terencat macam ni?, Macam mana kau boleh setuju bagi Si Hasni tu kahwin dengan laki kau aku tak faham!"

Bebel Hani kepada sahabat baiknya. Abell hanya mendengar selamba sambil melahap tam tam yang dibeli di kafeteria tadi. Dap.

"Kau dengar tak ni?!"

Abell mengangguk selamba, tangan rajin memasukkan tam tam kemulut. Bising jelah perempuan ni.

"Hi!"

Terhinjut bahu Hani. Abell sahaja yang tidak terkejut kerana sudah terbiasa dengan jerkahan lelaki bernama Luth itu. Mamat ni mana pernah bertaubat.

"Ah datang dah Mahal murah kau ni"

Tergelak Luth. Kerusi disebelah Hani menjadi sasaran punggungnya. Wah lain macam.

"Cerita pasal apa ni?"

"Ni lah minah ni, kau tahu kan yang laki dia nak kahwin lain, dia selamba kura-kura suruh laki dia kahwin masa dia tengah sarat mengandung, geram aku tengok mak buyung ni!"

Hampir sahaja tangan Hani naik mahu memukul bahu Abell tapi Abell sudah terlebih dahulu mengesot ketepi mengelak dari tumbukan saitama Hani.

"Lah kenapa Mahal?"

Luth tahu perihal Abang iparnya mahu berkahwin lain. Dia marah bila Ibu Raisyanya memberitahunya yang Tuan Syafwan mahu berkahwin lain. Hampir dia mahu datang ketempat kerja Tuan Syafwan untuk membelasah lelaki itu tapi niatnya terbantut bila ditahan oleh sang ayah. Dato Arsalan tahu mesti anak perempuannya sedang memikirkan sesuatu. Dia tahu Abell bukan orang yang lemah.

"Korang ni ingat aku ni bodoh sangat ke?"

Ternaik kening Hani dan Luth. Mereka saling berpandangan.

"Maksud kau?"

Abell mengeluh nafas berat. Dengan malas dan selambanya gadis itu membetulkan duduknya memandang dua sahabatnya itu.

"Ok dengar baik-baik ye anak-anak"

Hani dan Luth mengangguk serentak seperti anak tadika yang akur dengan cikgunya.

"Kenapa aku nak diorang kahwin masa aku sarat mengandung?"

Luth dan Hani mengangguk serentak lagi.

"Ok. Kalau korang tengok perempuan tengah sarat mengandung lepastu suami dia kahwin lain apa perasaan korang?"

Tanya Abell, ternaik-naik kening gadis kecil itu.

Hani dan Luth memandang satu sama lain.

"Kesian lah"

"Of course kesian"

Serentak mereka memberi komen.

Abell tersenyum kambing yang luar biasa.

"So imagine, aku datang majlis kahwin tu-"

"KAU NAK DATANG MAJLIS KAHWIN TU?!"

Dengan cepat Abell dan Luth menekup telinga mereka. Aduh minah ni dulu Mak dia mengidam mic ke sampai besar sangat suara dia?.

"Kau boleh tak dengar aku habis cakap dulu?!"

Marah Abell.

"Ahhh ye ye teruskan-teruskan. Tapi kalau decision kau merepek aku tak segan-segan nak siku muka kau"

Abell hadiahkan muka toya soyanya. Gasak kau lah minah nanti laki aku juga yang tendanh muka kau bila tengok muka aku kena siku.

"Ok so bayangkan seorang wanita-"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now