Special Part 2🌼

15K 789 137
                                    

"Iye Hasni sehat dekat sini akak dengan Haikal macam mana sehat?"

Gembira Hasni bertanya kabar kepada Kakak dan anak buahnya di Malaysia. Telephone bimbit yang ditekup ke telinga itu digenggam erat. Dia sedang berjalan mahu menuju ke tempat kerjanya yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Hasni berhenti ditepi jalan menunggu untuk lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.

"Alhamdulillah kami semua ok kat sini. Kau bila nak balik?"

Hasna bertanya dari dalam talian. Hasni tersenyum halus. Dia pun tidak tahu bilakah lagi dia akan menjejakkan kaki ke tanah airnya itu.

"Uhmmm nanti Hasni balik"

"Kau ni bukan boleh percaya sangat. Kang 2 tahun kau tak balik"

Tergelak kecil Hasni. Mulutnya ditekup sedikit. Cover lah malu gelak depan orang ramai ni.

Sedang rancak dia berborak dengan kakaknya tiba-tiba matanya terpandang satu sosok lelaki yang sangat tidak asing baginya. Lelaki itu berdiri diseberang jalan sebelah sana, tersenyum memandangnya.

"Irfan..."

Tanpa berfikir panjang Hasni terus mematikan panggilan kakaknya. Dia terkaku ditempatnya. Sempat kedengaran suara Hasna teriak kecil memanggilnya kuat dari dalam talian.

Lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Semua orang beramai-ramai melintas jalan setelah melihat lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Hasni masih teguh berdiri ditempatnya kaku tidak bergerak. Sesekali ada orang melanggarnya kerana Hasni menghalang laluan mereka. Namun Hasni tidak kesah dia tetap berdiri disitu memandang kearah Irfan yang berdiri diseberang sana.

Setitis air mata Hasni jatuh bila melihat Irfan menghulurkan tangannya seperti mahu Hasni datang kepadanya. Hasni mengukir senyuman lembut dibibirnya. Perlahan-lahan dia berjalan ke sebarang tanpa sedar yang lampu isyarat pejalan kaki sudah bertukar merah.

"Irfan... Tunggu saya"

Hasni berjalan laju menyeberangi jalan itu berharap yang dia akan segera tiba dihadapan Irfan kekasih hatinya. Sedang dia leka merenung wajah tersenyum Irfan tiba-tiba ada bunyi hon kereta yang bertalu-talu menerpa gegendang telinganya. Hasni menoleh lalu...

PIM PIM!!!!

*CRASH!*

Hasni dilanggar. Dia terangkat ke udara lalu tercampak jatuh kuat kejalan raya itu.

Hasni terkulai lemah berlumuran darah dijalan raya itu. Dari samar-samarnya matanya dapat dia lihat ramai orang datang menghampirinya. Mata yang sangat berat dan denyutan yang hebat dibahagian kepalanya itu membuatkan dia mahu melelapkan mata.

"Ummi!"

Terbuka luas mata Hasni. Berkerut dahinya bila dia lihat dia ditempat yang berbeza dari tadi.

"Ummi!"

Seorang anak gadis kecil berlari kearah Hasni sambil tangannya memegang sebuah bunga-bungaan. Kelihatan juga seorang lelaki berjalan perlahan mengikuti anak gadis itu dari belakang. Air mata Hasni jatuh bila dia mengecam paras wajah lelaki itu.

"Irfan"

Irfan menghadiahkan Hasni sebuah senyuman yang sangat hangat dan lembut. Irfan kelihatan kacak memakai pakaian serba putih, sama seperti anak gadis itu.

"Ummi!, Haura rindu Ummi!"

Anak gadis yang mengaku dirinya sebagai Haura itu memeluk erat kaki Hasni yang bersalut kain panjang itu. Mata Hasni terbuntang besar bila mendengar nama yang keluar dari anak gadis itu. Tubuh direndahkan lalu dia melutut supaya sama tinggi dengan anak gadis itu.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now