Episode 60🌼final🌼

19.4K 878 495
                                    

PAP!

Inspector Ridzwan meletakkan file kes Abell dimeja dihadapan Tuan Syafwan. Tuan Syafwan yang bersandar dikerusi kerjanya dengan kaki yang disilang itu bangun sedikit mengambil file itu sebelum dia kembali bersandar dikerusi kerjanya.

Kertas file diselak satu persatu dengan perlahan-lahan. Dibaca dengan teliti isi kandungan file itu. Ridzwan duduk dikerusi berhadapan Tuan Syafwan. Frame gambar kahwin Tuan Syafwan sedang memeluk Abell dipandang. Senyuman mereng terukir dibibirnya. Tidak sangka Tuan Syafwan yang dulunya playboy jatuh cinta seteruk-teruknya dengan seorang wanita bertudung. Yelah dulu taste Tuan Syafwan free hair,baju seksi ketat-ketat. Dia pun terkejut bila tahu Abell adalah isteri kepada sahabatnya.

"Kau pasti bukan Hasni atau Hasna?"

Tuan Syafwan mendongak kepalanya memandang Ridzwan dengan wajah tajam dan dingin.

"Iyep sebabnya adalah Hasna tak ada dekat majlis tu dia pergi keluar dengan suami dia. Dia pun dah bagi bahan bukti like resit dia keluar beli barang semua. Dan Hasni pula sakit dalam bilik, aku ada suruh kawan kerja perempuan aku siasat tentang schedule period dia dan dia cakap memang betul Hasni period sebab kakak Hasni, Hasna pun cakap yang Hasni masa tu period"

Dia sudah siasat satu persatu apa yang perlu. Hasni dan Hasna tidak langsung kelihatan seperti persalah.

"Tapi kau ada cakap yang Hasni tak ada sebarang expresi?. Bukan ke kalau persalah biasanya diorang dah train gaya muka diorang?"

Ridzwan menganguk dengan pertanyaan bernas Tuan Syafwan itu. Dia bangun dari duduknya, dia berjalan ke tingkap kaca besar bilik pejabat Tuan Syafwan. Kota Kuala Lumpur itu dipandang lama.

"Hasni ada cakap dengan aku yang dia tak terkejut kalau Mak Uda buat semua ini. Sebab Mak dia memang obses nak kahwinkan korang berdua. Dia anggap Abell adalah satu halangan untuk Hasni jadi Mrs Hamilton yang seutuhnya"

Semalam sebelum dia menetapkan siapa yang paling mencurigakan dia menyiasat kembali Hasni. Dia bertanya kepada gadis itu kenapa expresinya sangat santai. Jawapan yang Hasni berikan hanya satu. Mak Uda sangat membenci Abell. Dikeranakan Abell plannya semua hancur retak.

"Dan kau nak tahu tak?, Hasni cakap yang Mak Uda pernah racun anak dia yang tengah mengandung"

Terkejut beruk Tuan Syafwan mendengarnya.

"Hasna dulu pernah mengandung tapi doktor kata anak dia kemungkinan cacat kerana ada sedikit masalah. Mak Uda tak suka ketidak sempurnaan jadi dia racun Hasna supaya baby dia mati didalam kandungan"

Tergamam Tuan Syafwan dengan cerita Ridzwan. Rambutnya diraup kasar kebelakang. Tali lehernya ditarik kebawah.

"Tapi boleh jadi yang Hasna dendam dengan Mak Uda sebab tu?"

Ridzwan pantas menggeleng kepalanya.

"Aku dah soal siasat Hasna dia memang marah dengan Mak Uda pasal anak dia tu, tapi dia kata dia tak akan buat semua itu. Dia dan suami dia dah ikhlaskan kepergian anak dia. Lagipun bukti-bukti dia kukuh. Dan cctv memang dah tunjuk yang Mak Uda sorang yang usik bihun tu orang lain tak ada usik langsung bihun tu"

Panjang lebar Ridzwan cuba menjelaskan.

"Jadi suspect utama memang aku akan cakap Mak Uda. Tapi tulah bahan bukti seperti racun tu kami belum jumpa. Pihak siasatan yang memeriksa rumah Mak Uda tak jumpa bahan racun tu"

Mereka sudah menggeledah dan memeriksa rumah Mak Uda namun tiada jejak langsung di manakah racun itu berada.

Ay yay yay I'm your little butterfly~

Tersentak Tuan Syafwan dari lamunannya bila dia mendengar lagu kanak-kanak lama yang tidak asing baginya. Ni bukan ringtone telephone barbie zaman-zaman dulu ke?. Dia membangunkan badan tegapnya sedikit mahu melihat dari mana bunyi itu datang.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now