Episode 6🌼

17.9K 1K 150
                                    

Pagi hari yang indah dan cerah itu diserikan lagi dengan nyanyian Nur Rossabell yang.... Indah?,

"Hari ni rancak!, Disini rancak!, Disana rancak BERDOSAHHHH!"

nyanyi Abell dengan penuh karismatiknya sambil menggaul sambal nasi lemak di kuali,

Pagi lagi gadis itu sudah bangun untuk memasakkan semua orang nasi lemak,
Melihat sambalnya sudah siap dia mematikan gas,

"Astaghfirullahalazim Abell dah lah cantik, pandai masak, bijak pulak tu UISHHHH!, Bertuah bakal husben kau"

Puji Abell kepada dirinya sendiri sambil menepuk-nepuk bahunya bangga,

Meja dihidangkan dengan makanan, ada kuih lapis, kuih lepat pisang, dan semestinya main dish kita, nasi lemak Abell,

Abell yang sibuk menyiapkan meja tidak sedar ada orang yang sudah lama memerhatinya sambil bersandar bersilang tangan di dinding,

Diperhati Abell lama sejak gadis itu berceloteh HARI NI RANCAK! HARI NI RANCAK BERDOSAHHHH!,

Abell yang tiba-tiba terasa dia diperhatikan menoleh memandang sebuah mata yang tidak lepas memerhatikannya,

"Ahhh pakcik good morning!"

Sapa Abell dengan senyuman,

Tuan Syafwan mengangguk lalu menorak langkahnya ke meja makan yang sudah penuh dengan makanan itu,

"Pakcik mimpikan saya tak malam tadi?, Mesti sweetdreams kan kan kan"

Pagi lagi Abell sudah menyakat Tuan Syafwan, lelaki itu memandang Abell dengan bibir atas ternaik sedikit,

"Kalau mimpi kan kau bukan sweetdream, tu nightmare tahu tak?"

Decik Tuan Syafwan,

Abell mencebik bibir, ish nak gurau pun tak boleh,

"Wahhh banyak nya makanan"

Terkejut Puan Hana melihat makanan penuh dimeja, dipandang Abell dan Tuan Syafwan,

"Sape masak ni?"

Soal Puan Hana dengan matanya terkebil-kebil melihat meja makan itu,

"SAYA CIKGU!"

Laung Abell membalas teruja dengan tangan kanannya tinggi diangkat,

"Ya Allah tak payah lah masak nanti mak Tom kan ada"

Rintih Puan Hana bersalah pula melihat Abell memasak pagi-pagi ni,

"Tak pe lah Ummi Abell memang selalu bangun pagi, kalau tak bangun uhmmm memang dah banjir dah katil Abell Ibu simbah air"

Ujar Abell sambil menggaru kepalanya yang disarung tudung bawal itu,

"Terima kasih Abell, ish kamu ni Afwan kahwin jelah dengan Abell, wife material betul mama suka"

Ujar Puan Hana memandang Tuan Syafwan dengan muka teruja sambil melabuh punggung di kursi meja makan itu,

Tuan Syafwan yang sedang mahu menghirup kopinya terhenti, matanya melirik kearah Abell yang sedang menghidangkan nasi lemak kepada Puan Hana,

"Boleh juga"

Bisik nya perlahan,

"Apa dia pakcik?!"

Terhinjut badan Tuan Syafwan bila tiba-tiba Hani yang baru bangun tidur itu datang duduk disebelahnya,

"Ya Allah budak ni nak buat pakcik awak ni mati cepat ke?!"

Marah Tuan Syafwan, Hani ketawa janggal sambil menuang teh kecawan,

"Awal kau bangun?"

Tanya Abell melihat sahabatnya lahap memakan nasi lemak buatannya,

ONLY YOUWhere stories live. Discover now