Episode 17🌼

18.8K 958 346
                                    

Tangan Abell menggeletar gemuruh. Hari ini adalah majlis perkahwinannya bersama Tuan Syafwan, sungguh lagi berapa minit dia akan bergelar isteri orang. Kalau nak lari pergi macdonald sempatkan?. Manatahu majlis batal lepas habis satu spicy mcCHIKEN deluxe bersama set coca-cola dan fries?. Ehhh asal tiber makanan ni?.

"Yow my makcik slash bestie!"

Terkejut Abell bila tiba-tiba Hani menerjah masuk biliknya. Aih minah ni ada kena penumbuk berinai kang.

"Kau kenapa menggeletar semacam?"

"Ehhh aku nak kahwin mesti lah nervous nyah!"

"Alah kahwin je, bukan kau terjun bangunan p- AGHHH SAKIT!"

Ah sedap tak kena ketuk dengan kasut pengantin?. Kalau nak sila tempah lagi.

"Iya iya sorry. Alah kau ni, aku kenal pakcik lah, aku pasti dia akan jaga kau dengan baik, sayang dan cinta kau dengan baik"

Pancang tak lebar Hani menyemangati sahabatnya itu. Yelah nak panjang lebar sangat nanti menangis habis lah make up aku.

"Aku takut aku tak boleh jadi isteri yang baik"

Luluh suara Abell. Matanya memandang pangkuan yang terletak bunga bouquet yang bewarna babi pink itu.

"Ibu yakin Abell akan dapat menjadi Isteri yang baik. Ibu percaya anak ibu"

Puan Raisya tiba-tiba muncul berdiri didepan pintu. Dia mendekati anak gadisnya itu. Dahi Abell dikucup lama. Turun juga lah air mata setitis dua.

"Ibu percaya Abell boleh. Belajar lah menjadi isteri yang setia dan taat kepada suami. Kalau Syafwan ada buat yang bukan-bukan Abell boleh datang kedalam dakapan ibu. Ibu selalu ada untuk Abell"

Jatuh Air mata memandang mata lembutnya. Ibunya tidak pernah tidak menyayanginya. Dia tidak pernah merasa kehilangan kasih sayang seorang ayah kerana ibunya selalu ada sebagai seorang ibu dan ayah baginya.

Hani yang melihat sahabatnya itu menangis dengan cepat dia mengambil tisu untuk mengdap air mata Abell. Takut woi make up rosak.

"Dah jangan nangis-nangis ok?"

Abell mengangguk kepalanya laju. Dengan erat dia memeluk ibu dan Hani.

"Assalamualaikum bidadari atuk. Pengantin lelaki dah sampai"

Atuk memberi salam manis. Dipandang cucunya yang cantik memakai baju pengantin putih lace yang simple lagi padan dibadan Abell.

Naik segala seri yang ada di diwajah dan aura Abell

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Naik segala seri yang ada di diwajah dan aura Abell. Nampak sungguh Aura permaisuri seharinya.

"Dah besar dah cucu atuk ni"

Atuk mencium kepala Abell yang ditutupi tudung putih itu.

"Abell sayang Atuk"

Dengan erat Abell memeluk Atuknya. Atuk mengangguk juga memeluk cucunya erat.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now