Episode 55🌼

12.6K 717 194
                                    

"tak nak~ tak nak makan ikan rebus~"

Abell memberontak dengan menggoyang-goyangkan badannya kekanan dan kekiri tidak mahu makan makanan pantang. Dah selak muak dia asyik makan makanan pantang. Asyik-asyik ikan rebus asyik-asyik ikan rebus.

"Makan lah penat Ummi dengan Ibu masak"

Tuan Syafwan mengetuk kepala Abell kuat tidak kuat. Abell memegang kepalanya yang diketuk Suaminya.

"Apa ni main ketuk-ketuk?! Nanti saya jadi kurang bijak macam mana?"

"Kau tu ketuk tak ketuk memang kurang bijak"

Cebik bibir Abell mendengar suaminya yang sedang menggendong Laira dan Lailah itu dipandang dengan masam muka. Eih aku tarik puting pakcik ni kang tak berputing dia.

"Apa pandang-pandang?"

Tuan Syafwan memandang isterinya dengan kening terjungkit tinggi.

"Tak ada cuma rasa nak tarik puting Abang sampai tak ada puting"

Ujar Abell selamba sambil menyuap ikan dan nasi kedalam mulutnya. Puan Hana dan Puan Raisya sudah ketawa terbahak-bahak. Tuan Syafwan terpinga dengan keselambaan isterinya itu. Minah ni time beranak dia teran otak sekali ke apa? Makin sewel aku tengok.

"Kau ni mulut tu aku suruh Suga gigit kang!"

"Suruh lah, Suga pun sibuk main dekat baby crib tu tak ada masa dia nak jepit mulut saya"

Menjuih mulut Abell kearah baby crib Laira dan Lailah yang disediakan di ruang tamu itu. Suga berdiri di baby crib itu bermain dengan bantal di atas kepalanya.

 Suga berdiri di baby crib itu bermain dengan bantal di atas kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tuan Syafwan memejam mata erat menahan geram. Eih kakak adik ni sama je!.

"Ahhh ni aku nak tanya"

Abell mendongak kepala memandang Tuan Syafwan dengan sudu digigit erat didalam mulutnya. Apa pakcik ni nak? Haaaa!.

"Pakcik nak saya goreng Suga ke?!"

Abell cemas. Kenapa? Tuan Syafwan dah malas nak jaga Suga ke?!. Tidak jangan makan bebek aku mas!!!.

"Tak kuasa aku nak makan itik kau!"

"Jadi?"

Puan Raisya dan Puan Hana menunggu jawapan Tuan Syafwan. Mereka juga turut ingin tahu.

"Selain Suga kau ada tak itik kesayangan sebelum dia?"

Sudah lama sebenarnya Tuan Syafwan mahu bertanya tentang itik bernama gula itu. Siapa itik tu sebenarnya?.

"Ada"

Puan Raisya tiba-tiba menjawab. Pinggan basah yang dibasuh tadi dilap menggunakan kain bersih.

"Ahhh ahhh ada nama dia Gula, dia mak Suga"

Terkebil-kebil mata Tuan Syafwan. Walaupun dirinya kaku tapi tangannya tidak berhenti mendodoikan Laira dan Lailah yang tidur didalam pelukannya.

"Kenapa nama dia Gula?"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now