Episode 20🌼

18.8K 795 124
                                    

"wow cantiknya Abang!"

Teruja sungguh Abell melihat pantai biru jernih itu. Sekarang mereka berada di boracay white beach. Pantai disitu sangat lah indah dipandang. Biru jernih dan bersih uhm sungguh sejuk mata memandang.

"Suka tak?"

Tanya Tuan Syafwan sambil memeluk pinggang isterinya dari belakang. Dagu diletak rapi dibahu sang isteri. Yang single tu peluk bantal je ye?.

"Suka sangat!"

Lama mereka menikmati pemandangan di pantai itu. Kalau yang single datang sini kenalah bersabar kerana memang couple bersepah macam cengkerang disini.

"Lain kali Abell nak bawak Ibu, Atuk dengan Suga datang sini"

Dipandang wajah Isterinya dengan dahi yang berkerut. Aik itik tu pun kau nak bawak?.

"Suga pun kau nak bawak?"

"Ehhh mesti lah dia tu kan adik saya, adik ipar abang"

Wow adik ipar lain spisis lain macam kan?.

"Yelah apa-apa lah Baby"

Lama mereka memandang pantai tiba-tiba Abell meleraikan pelukan suaminya.

"Saya nak pergi mandi pantai, jom Abang?"

Tuan Syafwan menggeleng kepalanya tidak mahu.

"Alah Abang ni tak best lah"

Muncung kedepan bibir Abell, geram dengan suaminya ini. Kata honeymoon tapi mandi pantai pun tak nak.

"Aku tak nak basah"

"Tch Abang ni. Dah lah saya mandi sendiri"

Dengan cepat Abell berlari menuju kepantai yang indah itu.

"Hati hati!"

Dari jauh Tuan Syafwan nampak Abell membuat isyarat tangan OK. Lelaki itu merebahkan dirinya dikursi sandar pantai. Matanya yang terletak cermin mata hitam itu tidak lepas memantau isterinya dari jauh.

Sempat Tuan Syafwan mengorder dua air kelapa untuk membasahi tekak ditengah-tengah cahaya matahari ini.

Setelah air kelapa sampai Tuan Syafwan meminum air tersebut untuk membasahi tekaknya yang kering. Uhmmm lega lepas ni kalau nak menjerit pun dah boleh.

Tersenyum lelaki itu melihat isterinya gembira sakan bermain dipantai itu bersama dengan kanak-kanak disitu, mungkin orang lokal disini.

Entah kenapa matanya tiba-tiba terasa memberat, Tuan Syafwan pun melelapkan matanya sebentar untuk berehat.

_____

"Ehhh Hasni"

Hampir nak terpeleset pisau yang dipegang Hasni itu. Eih kakak aku ni kang ada scenes pendarahan kat sini mahu naya.

"Ish akak ni lain kali bagi salam boleh tak?"

Hasna memutarkan matanya.

"Yelah ustazah, ni aku nak tanya"

"Tanya lah kak"

Ujar Hasni sambil tangannya lincah memotong bahan-bahan untuk memasak nanti. Masak apa ehhh? Uhmmm ah asam pedas kebaboom hawau macam mana?.

"Kau nak kahwin dengan Afwan?"

Terhenti kerja yang dilakukan Hasni. Dengan pantas gadis itu menoleh memandang kakaknya.

"Kak, Afwan tu dah kahwin lah, akak nak Hasni jadi perosak masjid orang ke?. Tak guna Hasni dulu sekolah kat pondok kalau akhirnya Hasni merosakkan masjid orang"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now