Episode 57🌼

12.9K 732 158
                                    

5 bulan kemudian

"Laira Lailah anak mama"

Abell dengan gembira bermain celup ba dengan Laira dan Lailah yang sudah berusia 3 bulan itu. Comel sahaja anak kembar itu bermain ketawa menampakkan gusi mereka.

 Comel sahaja anak kembar itu bermain ketawa menampakkan gusi mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Dah siap ke?"

Abell menoleh memandang Tuan Syafwan yang datang mendekatinya. Nak meleleh air liur Abell melihat pemandangan dihadapannya. Tuan Syafwan datang mendekatinya sambil menyising lengan baju kemeja ke siku. Aihhh laki aku ni meresahkan lah.

"Baby's Mama? Air liur tu hirup balik, kang Laira dan Lailah dapat adik jangan salahkan aku"

Pantas Abell mengesat air liurnya menggunakan tangannya. Bila ditengok tangannya tidak ada sebarang air mahu pun air liur dia mengangkat kepala mendongak memandang Tuan Syafwan yang berdiri tegak dihadapannya.

"Kata tak nak saya mengandung lagi lah apa lah. Ni apa ni? Gatalnya"

"Hello? Yang gatal siapa sebenarnya? Aku memang dah tak nak kau sakit lagi. Tapi kalau kau yang nak aku ok je"

Sinis nakal Tuan Syafwan berbicara. Hujung hidung isterinya dicuit kuat. Abell menjerit kecil menggosok-gosok hidungnya.

"Dah siap ke anak Ayah ni? Cuba cium sikit"

Tuan Syafwan mengangkat mudah Laira dan Lailah. Dicium perut buncit anak-anak gadisnya itu. Uhmmm bau syurga.

"Uhmmm wanginya anak Ayah ni. Shayang dia"

Terkekeh-kekeh Laira dan Lailah ketawa bila Tuan Syafwan mencium ketiak mereka.

Hari ini mereka ada family gathering bersama semua. Makcik-makcik, pakcik-pakcik sanak saudara akan datang kerumah buanglow Tuan Amyrul Hamilton hari ini, termasuk lah Mak Uda dan Hasni.

"Dah siap jom!"

Abell sudah siap memasukkan beg-beg untuk Laira dan Lailah. Tuan Syafwan mengangguk. babysit yang sudah disediakan dari tadi didekati, dengan berhati-hati Tuan Syafwan meletakkan Laira dan Lailah ke dalam babysit itu.

"Tali pinggang dah. Patung dah. Semua dah so JOM!"

Dengan bismillah Tuan Syafwan mengangkat Laira dan Lailah yang duduk gembira bertepuk-tepuk tangan di babysit itu.

"Kau boleh ke angkat beg? Kalau tak boleh aku angkatkan"

"Ehhh boleh-boleh saya kan hulk pink benda beg-beg ni biasa je"

Tergelak Tuan Syafwan dengan komen isterinya. Walaupun dah kahwin dan dah ada anak dua ni perangai Abell tetap sama tiada beza.

"Ok jom"

Mereka pun keluar meninggalkan rumah mereka. Abell membuka pintu kereta untuk suaminya yang bertangan penuh itu. Suga yang tidur di dalam sangkar dilambai.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now