Episode 51🌼

12.8K 767 191
                                    

Hasni yang duduk dihadapan Tuan Syafwan itu hanya diam tidak bersuara. Sekejap-kejap dia pandang lelaki yang bergelar suaminya itu. Tuan Syafwan datang ke rumah Mak Uda kerana ada benda yang Mak Uda nak cakapkan. Tanpa membantah Tuan Syafwan datang bersama Ariz yang dari tadi tidak habis-habis menyumbat mulut dengan kuih bahulu. Mamat ni kang tersedak tak jadi kahwin padan muka.

"Syafwan, kenapa kamu tak datang malam pertama kamu dan Hasni?"

Tuan Syafwan yang sedang menghirup kopi itu mengangkat matanya sejenak sebelum cawan kopi itu diletak ke meja. Kakinya disilang penuh gaya,tubuh tegapnya disandarkan ke sofa bujang itu. Mata Mak Uda dipandang tajam.

"Kan saya dah cakap dengan Mak yang saya tak akan sentuh Hasni. Mak lupa ke?"

Ujar Tuan Syafwan, kepalanya disengetkan ketepi sedikit dengan kening sebelah dinaikkan. Mak Uda menarik nafas panjang lalu menghembusnya.

"Iyelah Mak tahu tapi kan kamu tu dah sah kamu kena bagi dia nafkah b-"

"Nafkah batin?, Mak saya tak pernah nak kahwin dengan anak Mak ni. Dan Mak pun kena tahu yang saya memang tak akan sentuh mana-mana wanita selain daripada isteri saya, tak kira lah dia isteri kedua ketiga atau keempat sekali pun saya tak akan benarkan mana-mana wanita menyentuh tubuh saya kecuali isteri saya iaitu Nur Rossabell Arsyad"

Tersenyum bangga Fitri mendengar adik iparnya itu. Hasna yang melihat reaksi suaminya itu menyiku perlahan perut sang suami. Ish boleh pula senyum-senyum orang tengah tegang ni.

"Kamu ni apa yang kamu pandang dari budak kampung tu?!. Dia tu pernah kena buang dari keluarga, habis belajar pun belum!, kamu sedarkan semua tu Syafwan?!"

Dihina Abell tanpa rasa bersalah. Terhenti mulut kembung Ariz mendengar perkataan kasar wanita tua itu. Tak sayang nyawa ke apa makcik ni?.

Mendengar isterinya dihina Tuan Syafwan mengetap rahangnya kuat. Pandangan tajam lelaki itu tidak lepas dari Mak mertuanya.

"Saya mencintai dia bukan disebabkan posisi dia di dunia sementara ni. Walaupun dia tidak ada kelulusan spm sekalipun saya akan tetap terima dia"

Terdiam Hasni. Tuan Syafwan yang bermuka tegang itu dipandang. Sungguh dia kagum dengan cinta suaminya kepada wanita bernama Nur Rossabell Arsyad itu.

"Tapi kamu dan dia jauh beza Syafwan!, Dia tu hanya anak Dato biasa. Kamu tu salah satu usahawan terkaya di asia. Posisi kamu dan dia sekarang ni macam korang kat tangga. Dia di anak tangga paling bawah kamu pula di anak tangga yang paling atas!"

"Kalau saya di anak tangga yang paling atas dan dia di anak tangga yang paling bawah then i will go to her, saya akan berusaha untuk menyamakan kedudukan kami. Saya akan pergi kepada dia dan angkat dia ke anak tangga saya. All i need is her no one else"

Terkebil-kebil Ariz, senyuman mereng terukir dibibirnya. Lelaki yang dulunya keras dan dingin kini sudah cair seperti coklat di microwave. Jampi apa lah kau bagi kat dia Abell sampai dia jatuh teruk dengan kau.

"Dah lah Mak saya ada meeting saya balik dulu"

Tuan Syafwan bangun dari duduknya. Abang iparnya disalam lembut memberi hormat. Fitri tersenyum memeluk bahu adik iparnya. Sempat badan Tuan Syafwan ditepuk-tepuk bangga.

"You doing a great job"

Tersenyum Tuan Syafwan dengan pujian Fitri.

"Thanks"

Dengan itu Tuan Syafwan dan Ariz berlalu keluar dari rumah itu tanpa menyalam Mak uda. Hasni yang duduk tersipu itu tidak langsung Tuan Syafwan pandang. Jujur hati Hasni terguris tapi apa yang boleh dia buat?, Dah memang hati lelaki itu bukan untuknya.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now