Episode 44🌼

12.7K 768 159
                                    

Tuan Syafwan mencuri pandang isterinya yang sedang bersandar dikepala katil sambil tersengih-sengih melihat telephone. Dari tadi lagi senyum-senyum macam ikan pari. Katanya tengah Whatsapp dengan Ibu.

"Hani kenapa tak datang majlis semalam?"

Tanya Tuan Syafwan aneh kenapa Hani tidak datang ke majlis tahlil Puan Afia semalam. Sudah tiga hari Puan Afia meninggalkan mereka dan berturut-turut tiga hari tu mereka membuat majlis tahlil untuk Puan Afia.

"Ahhh dia kat johor tak boleh balik sebab yelah berita ni pun tiba-tiba je kan?"

Hani mahu datang tapi dikeranakan sebelum Puan Afia meninggal lagi dia sudah berada di johor jadi dia tidak dapat untuk datang.

"Ariz kan ada?"

"Yelah Abang Ariz ada tapi kan Abang Ariz pun kan sibuk uruskan majlis ni juga"

Iya tak iya juga. Ariz selalu berada disamping Tuan Syafwan sebagai seorang sahabat dan P.A jadi masa lelaki itu selalu padat.

Tuan Syafwan mengangguk lalu kembali melakukan kerjanya yang sedang bertumpuk didalam komputer riba. Jari-jari lelaki itu berlari di keypad tanpa. Sempat dia mencuri pandang isterinya dari ekor mata. Tersenyum Tuan Syafwan bila pandangannya jatuh ke perut Abell yang sedang besar itu. Pejam celik kandungan Abell sudah mahu menginjak 5 bulan.

Bila teringat akan kandungan Abell yang sudah hampir 5 bulan wajah Tuan Syafwan berubah serius. Lagi sebulan setengah dia akan mengahwini Hasni, sepupunya yang dia langsung tidak cintai.

Rambut yang terjuntai di dahi diraup kebelakang. Lama lelaki itu termenung memikirkan sesuatu.

'macam mana aku nak buat supaya majlis ni batal?, Tapi kalau aku tak kahwin then budi tu?, AGHHHH BUDI BUDI BUDI'

Marah Tuan Syafwan dalam hati. Dia memang tidak mahu berkahwin dengan Hasni, baginya hanya Abell yang berhak menjadi isterinya. Isteri satu-satunya.

"Abang!"

Sedang leka didalam lamunan Tuan Syafwan dikejutkan dengan Abell yang tiba-tiba menonyoh telephone bimbit berjenama Vivonya ke muka Tuan Syafwan.

"Amboi kalau boleh lekat lagi sayang biar melekat terus. Apa ni?"

Diambil telephone bimbit itu dari tangan isterinya. Komputer riba yang terletak di ribanya ditutup lalu diletakkan ke meja kecil sebelah katil. Abell mengesot perlahan mendekati suaminya. Kepala dilentokkan ke bahu tegap sang suami. Uhmm wangi laki aku.

Tuan Syafwan hanya memakai seluar sweatpants tanpa baju. Lelaki itu sekarang memang tidur tidak memakai baju kerana Abell selalu mengidam mahu memeluk badannya tanpa sehelai baju pun. Dan dapat lah kehendak mak buyung tu, kalau tak nanti anak meleleh air liur pula.

"Ni gambar saya waktu kecil comel tak?, Ibu bagi tadi"

Tersenyum Tuan Syafwan melihat gambar-gambar masa kecil isterinya. Tidak nampak jauh beza sangat cuma tulah mini Abell pendek big Abell tinggi tu je yang beza.

"Kau rasa anak kita pun akan macam ni ke?"

Abell terdiam sejenak bila dia menangkap satu reaksi di wajah suaminya. Riak wajah yang sangat lembut seperti lelaki itu betul-betul mahu anak mereka mempunyai paras rupa seperti dirinya.

"Kenapa?"

"Aku nak anak kita macam kau. Sejuk mata memandang. Comel, manis"

Ujar Tuan Syafwan, matanya tidak lepas meneliti setiap gambar sewaktu kecil Abell. Abell pula terdiam sedikit matanya berkaca.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now