Episode 14🌼

15.5K 897 118
                                    


Termenung. Ye Abell sedang termenung jauh di pangkin kayu depan rumahnya. Berteman dengan teriknya panas matahari. Fikiran Abell sekarang ini hanya ke satu arah. Ayah kandungnya.

Selepas mendengar segalanya dari ibunya Abell mula sedar. Dia adalah anak yang tidak di ingini.

"Apa salahnya kalau aku perempuan pun"

Rintih suara Abell. Kaki yang dihayun-hayunkan itu dipandang. Didalam benak fikirannya sekarang terasa kosong.

Pagi tadi pun dia tak nak makan. Puan Raisya agak risau melihat kondisi anak gadisnya, namun Puan Raisya tahu mesti susah untuk Abell menerima semua ini.

Abell yang sedang tertunduk kepala memandang kakinya itu tiba-tiba berkerut dahi bila melihat sepasang kasut berjenama berdiri dihadapanya. Jenama apa ni?, Ori ke tak?.

Dengan perlahan-lahan gadis itu mendongak kepalanya. Uhm seluar slack hitam. Perlahan lagi mendongak. Uhm kemeja putih. Air liur yang bertakung ditekak itu diteguk kuat. Macam aku tahu je sape ni.

Dengan bismillah Abell mendongak memandang muka orang itu.

Tuan Syafwan Hamilton a.k.a tunangnya berdiri tegak sambil bercekak pinggang dihadapannya. Sempat Abell terpandang satu plastik yang tertulis sushi king di tangan tunangnya itu.

"P-pakcik. Pakcik buat apa kat sini"

Gagap Abell bertanya.

Tanpa membalas pertanyaan tunangnya, Tuan Syafwan selamba mengambil tempat disebelah Abell. Abell mengesot menjauh. Sempat dia nampak Tuan Syafwan menjeling nya tajam dari ekor mata. Halamak aku dah bangunkan puma ke?.

"Kau dah makan?"

Ahhh sudah. Pakcik ni bela saka ke?. Tahu-tahu je dia belum makan ni.

"D-dah"

Baru satu patah dia berkata. Tuan Syafwan sudah menjelingnya tajam. Ahhhh ibu takut!.

"Sape ajar menipu ni?"

Abell cemberut bibir. Alah si tua ni tahu nak marah je kerja. Cepat tua nanti baru tahu.

"Yelah saya belum makan"

Abell melambai bendera putih. Dia menyerah. Nak bertekang lama pun dia tahu dia tak akan menang.

"Dah makan ni"

Tuan Syafwan mengeluarkan dua kotak Sushi dari plastik Beg Sushi king itu. Sejenak mata Abell bersinar. Mak ai Sushi!.

"Pakcik beli mana?"

Pelik juga mana si tua ni dapat sushi. Yelah perumahan Abell kampung. Mana nak dapat sushi king ni.

"Aku ada kerja sikit dekat Johor bahru tadi. Aku nampak sushi aku teringat kan kau"

Terbeliak mata Abell. Ya Allah dia U turn dari johor bahru sampai kesini?!. Tahu lah kaya duit minyak tapi jangan lah bazir woi!.

"Dah kau makan je"

Tuan Syafwan mematah chopsticks di sepit sushi telur itu lalu di sumbat kemulut Abell.

"Bismillahirrahmanirrahim"

Sempat dia uturkan bismillah sebelum memasukkan sushi berwarna kuning itu.

Abell yang tadi sedih kini riang selepas dapat makan makanan kegemaran barunya. Sedap uolls!.

Tuan Syafwan hanya memerhati setiap tingkah laku Abell. Bagaiman gadis itu bersusah payah menyepit sushi menggunakan chopsticks. Dan paling kelakar masa Abell menggelupor sebab wasabi. Serius lawak habis merah hidung gadis itu.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now