Episode 29🌼

14.6K 767 220
                                    

"makan sayang"

Dari tadi lagi Dato Arsalan melihat Puan Raisya tidak langsung menyentuh makanannya. Yang dia buat tengok dinding lah siling lah, dah macam jatuh cinta dengan dinding dan siling itu pun ada nampaknya.

"Cantik rumah awak"

Ujar Puan Raisya. Baru pagi tadi dia tahu yang sekarang ini dia berada di Villa peribadi Dato Arsalan. Villa itu besar dan luas dengan dekorasi modern sejuk mata memandang. Sesuai dengan cita rasa Puan Raisya.

"Saya bina Villa ni 15 tahun lepas. Saya ingat nak surprise kan awak but takdir kata lain"

Kelihatan wajah sedih Dato Arsalan terpanar. Sejenak Puan Raisya merasa bersalah. Tapi itulah dia ego dua-dua.

Dato Arsalan yang sedang makan itu Puan Raisya mencuri-curi pandang. Wahhh 15 tahun dia tinggalkan lelaki ini tapi langsung tiada yang berubah. Muda,tegap,bertenaga, ehhh lain macam yang last tu.

"Please don't stare at me like that Sayang. I don't want us to end up in bed again"

Dato Arsalan mendongak kepala senyum sinis. Puan Raisya besar mata sejibik macam Abell.

"Awak ni pakai susuk ke?"

Terhembur tawa Dato Arsalan. Aih lah isteri ku kenapa comel sangat?.

"Kenapa?"

Sikunya ditongkatkan ke meja lalu kedua tangannya dicantumkan. Puan Raisya dipandang dengan penuh makna, bibir lelaki itu tidak lepas dengan senyuman mereng. Ehhh nakal.

"Tak ada lah dari dulu sama je mana tahu awak pakai susuk"

Antara pakai susuk atau mamat ni vampire!.

"Tak Sayang, but saya pun impressed yang awak pun tak jauh beza"

Puan Raisya dulu dan sekarang memang tidak jauh beza. Masih nampak muda dan fresh. Well kalau tak nampak muda tak ada nya lelaki-lelaki di kampung itu mahu menjadi ayah tiri Abell. Banyak betul dulu rombongan meminang yang masuk tapi itulah perempuan mana boleh kawin 2.

"Saya tak pernah cintakan Afia"

Terhenti pergerakan sudu ditangan Puan Raisya bila tiba-tiba Dato Arsalan menukar topik. Dato Arsalan dipandang.

"Well sorry saya pernah sentuh dia but sebab nak dapat anak lelaki tu je. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya waktu tu. Jujur masa saya bersetubuh badan dengan dia, saya bayangkan awak"

Berkaca mata Puan Raisya tinggal tunggu bila pecah je.

"Maafkan saya, dulu kenapa saya macam tak kisahkan awak dengan Abell sebab Babah yang paksa saya, kalau dia tahu saya lebihkan awak, dia akan suruh saya ceraikan awak which benda tu saya tak kan mampu nak buat"

"Saya cintakan awak sangat. Masa lahirnya Abell saya rasa macam Allah terlampau baik dengan saya sebab dia beri saya Abell dan awak. Saya buat Villa ni untuk awak dengan Abell, saya nak kita berempat tinggal kat sini supaya saya boleh bagi kasih dan sayang saya. Tapi masa saya nak cakap awak dah bawak beg lari dengan Abell"

Hati Puan Raisya sekarang ini macam dihempuk batu yang besar. Memang ada dulu Dato Arsalan datang berlari kepadanya dengan senyuman sambil memegang kertas. Dia ingat kertas itu tentang Afia mengandung lagi tapi rupanya dia salah. Semuanya salah dia.

"K-kenapa awak tak cakap?"

Jatuh air mata jernih dari mata Puan Raisya. Dato Arsalan senyum, dia bangun dari kursinya lalu dia berjalan menuju kearah Puan Raisya. Dengan perlahan dia duduk melutut didepan Puan Raisya. Tangan wanita itu diambil, pipi yang basah dengan air mata itu dihapus lembut.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now