Dia Faliq Rayyan || 7

12.1K 740 5
                                    

" Faliq Rayyan..turun.....BREAKFAST !!! " suara Puan Hazmah dari bawah terdengar di Bilik Faliq

 " baik Puan Hazmah "

Faliq turun pergi ke meja makan . Kelihatan Dee yang sedang makan dengan seleranya.

" Woi banyak kau makan ! " jerit Faliq lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah Dee . 

Dee memandang Faliq tajam . 

" Tak luak pun lauk tu , jangan risau kau takkan mati kelaparan pun " smirk Dee .  

"dah la makan tak ingat dunia " marah Faliq lalu mencedok nasi ke dalam pinggan . 

Encik Farid dan Puan Hazmah hanya melihat karenah anak-anak mereka.

" dah dah jangan bergaduh depan rezeki , tak baik " kata Puan Hazmah lalu mencedok lauk ke dalam pinggan . 

Faliq dan Dee pun diam seribu bahasa . Kalau tak diam , boleh jadi Puan Hazmah bertukar menjadi singa . Gerun . Keadaan sunyi sepi. Semua kusyuk menikmati hidangan lazat yang di masak oleh Puan Hazmah . 

"Mama , papa ... " ucap Faliq memecah kesunyian lalu memandang mama dan papanya . Semua memandang Faliq . " mama dengan papa kan suruh Faliq kahwin .. so siapa bakal isteri Faliq ? " tanya Faliq dengan muka yang hairan . 

Dee yang tahu siapa yang akan jadi kakak iparnya membisu . Malas dia nak pecahkan rahsia . Biarlah abang dia yang tahu sendiri . Mamanya tersenyum . 

" nanti tiba masanya Faliq tahulah siapa yang akan jadi isteri Faliq .. tak suprise nanti " balas Puan Hazmah lalu bangun pergi ke singki membasuh tangan dan pinggan . 

Faliq berkerut dahi . " lah pulak , suprise apanya , bakal isteri pun nak suprise? " gumam faliq lalu meneguk segelas air tembikai di hadapannya . 

Encik Farid hanya tergelak kecik melihat perangai anak sulungnya itu .

xxxx

Perasaan bersalah terhadap apa yang dia lakukan pada Aaron masih tersemai di dalam hati . Mia berjalan berulang- alik di hadapan katil memikirkan hal tersebut . Lalu dia mendapat satu idea . Mia mencapai telefon bimbitnya di atas katil lalu membukanya . Mia mencari nama Aaron Shah dan terus menelefonnya . Hatinya berdebar kuat menunggu Aaron menjawab panggilan telefon daripadanya. Setelah menunggu , akhirnya Aaron menjawab juga panggilan telefon daripada Mia

" Assalamualaikum Aaron " ucapnya . Tiada respon yang diberikan oleh Aaron . Mereka dua diam sahaja.

 Tiba tiba , Aaron membalas salam Mia . " Waalaikumussalam, ada apa mia ? " balas Aaron pendek . 

" Saya nak minta maaf Aaron", kata Mia dengan ikhlasnya .

 " It's okay Mia Qalisha , saya faham " balas Aaron dengan pantas . 

"Betul kah ? " ucap Mia yang tidak percaya kata- kata Aaron . 

" Betullah , kita kan Best Friend Forever " balas Aaron . 

Suara Aaron ketika itu sangat sayu bagi Mia Qalisha . Empangan yang ditahan tidak berjaya . Air mata membasahi pipi Mia yang mulus itu . Terukir senyuman di bibirnya . 

" That's why you're my best friend forever and ever " balas Mia

Selepas beberapa minit berbual , mereka menamatkan panggilan telefon. Hati Mia tenang selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Aaron Shah

Mia turun ke bawah melihat yang sibuk ibu dan neneknya yang sibuk mengemas rumah.

" ibu ..nenek.. ada apa-apa yang Mia boleh tolong ?" tanya Mia sambil matanya berlari-lari melihat apa yang boleh dibantunya.

" tak ada apa dah Mia , dah nak siap ni " balas nenek Saleha.

Mata Mia berlari-lari melihat perabot rumahnya ditukar , padahal perabot tu baru sahaja beli .

" kenapa ibu tukar perabot kat rumah kita , kan semua tu baru lagi , boleh guna lagi " soal Mia hairan

" Nanti kan kita nak sambut orang baru dalam family kita , mestilah kena cantik sikit rumah ni " balas Puan Khadijah sambil senyum kepada anaknya. Nenek Saleha turut tersenyum selepas Puan Khadijah berkata begitu.

Tersedak air liur Mia dibuatnya. terbatuk - batuk Mia ketika itu.

" lagi pun diorang nak datang malam ni , nak bincang pasal pernikahan "

Melopong mulut Mia ketika itu . Diorang nak datang ? pernikahan ? maksudnya bakal suami aku mesti datang jugak , ARGHHHHHHH

 Malam sudah pun menjelma , Mia teramat berdebar menanti tetamu datang . Tiba - tiba Encik Malik berdiri di sebelah Mia lalu menepuk bahu anaknya itu.

" Mia ... jangan lah nervous sangat , sampai berpeluh dahi tu " kata Encik Malik lalu ketawa kecil melihat keadaan anak perempuannya itu

" Ayah dulu tak nervous ke ? mesti nervous jugak kan "

" Ayah dulu berani , pergi jumpa atok dengan nenek sorang - sorang jaa tau " balas Encik Malik sambil menayang wajah bangga dihadapan anaknya .

" Eleh " 

Bunyi loceng rumah kedengaran . Ketakutan Mia ketika itu makin menjadi-jadi , jantungnya pula berdebar dengan laju.

" diorang dah sampai , jom Mia "

" Mia naik atas dulu lah ayah , nak bincang pasal nikah ja kan , Mia tak duduk kat situ dengar sekali tak apa kan ? "

" lahh Mia , diorang datang nak jumpa kamu jugak . Dah dah jom "

Encik Malik terus pergi membuka pintu hadapan . Encik Malik terus menyalam Encik Farid dan bakal menantunya .

" handsome kamu ni " kata Encik Malik sambil menepuk bahu bakal menantunya , siapa lagi kalau bukan Faliq Rayyan bin Farid Ridzwan.

Faliq hanya senyum malu-malu 

" jom masuk " Encik Malik mengajak Encik Farid sekeluarga masuk kedalam rumah. 

Puan Khadijah dan Mia berjalan pergi ke arah Puan Hazmah dan Dee untuk bersalam-salaman.

" Dee ? " kata Mia sambil memandang Dee

" Hai Kak Mia " balas Dee dengan ragu -ragu

kenapa Dee datang ? tak kan la Dee family bakal suami aku . entah - entah Dee bakal adik ipar aku ? Jangan - jangan bakal suami aku... ABANG DEE ! sebab aku tahu dee ada sorang abang .

" mana dia ? " tanya Puan Khadijah kepada Puan Hazmah

" Dia pergi kat kereta , tertinggal phone katanya "

Puan Khadijah mengangguk . " Jemput duduk  " pelawa Puan Khadijah 

Mereka semua duduk bersama dan menunggu Faliq masuk ke dalam rumah . Jantung Mia seperti mahu tercabut , sungguh berdebar di dada untuk melihat bakal suaminya itu.

" Assalamualaikum " kata Faliq lalu melangkah masuk ke dalam rumah Mia

" Waalaikumsalam "

Sekejap...macam pernah aku dengar suara ni . Suara ni aku pernah dengar kat cafe dengan sekolah ... What !? DIA !!

" FALIQ !! "

" MIA !! " 

To be continued

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now