Dee menaut tangannya pada lengan Puan Hazmah , ibu tercinta . Serentak kaki melangkah ke eskalator . Dee toleh ke kiri memandang mamanya yang kusyuk membaca mesej di whatsapp .
" mama ...."
" hmm " sahut Puan Hazmah . Mata masih fokus memandang kaca telefonnya .
" Kenapa kita tiba - tiba pergi mall ? tadi bukan ke kata nak pergi melawat Kak Mia ? " tanya Dee hairan . Tadi bukan main mamanya kalut nak pergi melawat Mia , tub - tub ada dalam mall pulak sekarang ni .
" Ye la , memang nak pergi melawat Kak Mia kamu tu ... takkan lah pergi dengan tangan kosong je ? kena lah bawak buah tangan . " jawab Puan Hazmah setelah memasukkan telefon ke dalam beg tangannya .
" Kalau nak beli buah tangan pun ....takkan sampai beli dekat mall kot mama " Dee masih hairan .
" Ish , ikut suka mama lah " kaki mereka melangkah dari eskalator setelah sampai di aras seterusnya . Dee hanya pasrah dengan lontaran jawapan dari mamanya .
" Mama nak beli apa untuk Kak Mia ? " kakinya hanya mengikut langkah Puan Hazmah .
" Mama nak belikan gelang emas untuk Mia " jawab Puan Hazmah spontan .
Kaki Dee serta merta berhenti begitu juga dengan Puan Hazmah .
" Ni kenapa berhenti ? " Puan Hazmah memandang wajah anak bongsunya itu . Riak wajah Dee ketika itu seakan - akan terkejut.
" Wow mama . Tak pernah dibuat orang pergi melawat orang sakit bagi gelang emas . " limited sungguh buah tangan yang mahu diberikan kepada Mia . Mereka menyambung langkah ke kedai emas semula .
" Bukan selalu nak beli hadiah untuk menantu kesayangan mama . Kamu tu ...bila nak bagi mama menantu ? " soalan cepumas dilontarkan kepada Dee .
" Mama .... Dee ni baru je habis SPM . Sambung belajar pun tak lagi ...ini kan kahwin . Memang lambat lagi lah "
" Daripada mama suruh Dee kahwin , lebih baik mama suruh anak mama yang seorang lagi tu kahwin . Boleh mama dapat menantu lagi seorang " Dee memberi cadangan . Mahu terlepas dari bermacam - macam soalan tentang dirinya.
" Hmmm yang seorang tu ... nak balik rumah bila pun tak tahu . Call , mesej pun tak ada . Rindu mama dekat dia . 4 tahun tak jumpa dia " nada suara Puan Hazmah tiba - tiba mendayu . Sungguh dia rindu kepada anaknya itu .
" Dah dah lah mama . Nanti dia balik lah tu . Maybe dia sibuk dekat kampung . "
Rasa serba-salah pula dia berkata begitu kepada mamanya . Sebut sahaja tentang abangnya itu , terus Puan Hazmah berubah riak wajah . Rindu kepada anaknya itu tidak mampu dia ungkapkan .
" Hmmm " itu sahaja yang ibunya balas .
Dari jauh kedai emas itu sudah terlihat di mata mereka .
" Kedai tu ke mama ? "
" Haah "
" Jom lah cepat sikit mama " tangan mamanya ditarik membuatkan langkah mereka semakin cepat .
" Sabarlah Dee ! " marah Puan Hazmah .nada suaranya masih lembut
Kedai emas tu sudah berada berdekatan mereka . Barangan aksesori wanita yang berada di ruang kaca itu sudah menarik perhatian Puan Hazmah .
Tangan Puan Hazmah direntap perlahan oleh Dee . Langkah mereka langsung terhenti di situ.
" Apa lagi Dee ? " Puan Hazmah memandang wajah Dee . Tapi pandangan Dee tepat memandang ke arah kedai itu .
" Dee tengok apa ? " soal Puan Hazmah lagi .
" Mama ... mama tengok tu " bibirnya dimuncungkan ke arah kedai itu lagi .
" Kenapa Dee ? " Puan Hazmah memandang ke arah yang Dee tunjukkan.
" Ada apa Dee ? " tanya Puan Hazmah lagi. Matanya masih memandang ke situ .
" Mama tengok betul-betul " matanya di kecilkan untuk menjelaskan dia melihat dari jauh .
Satu susuk tubuh yang amat dikenalinya itu membuatkan mata Puan Hazmah membulat . Apatah lagi ada seorang wanita yang sedang menaut tangannya pada lengan pemuda itu .
" F-faliq " nama itu terus meluncur keluar dari mulutnya.
" Ha itu la ! . Tapi mama.... siapa perempuan sebelah Faliq tu "
Mata mereka tidak terlepas memandang pasangan itu . Tiba - tiba sahaja Elfira melentokkan kepalanya pada bahu Faliq .
" Amboi , siap letak kepala atas bahu bagai ! " marah Dee tiba - tiba . Darah mula mendidih . Ingat ni drama cinta ke ?!
" Mama ...takkan tengok je kut "
" Jom Dee kita balik " tangan Dee terus ditarik .
" Eh jap " telefon di dalam poket seluarnya dikeluarkan .
Beberapa keping gambar diambil . Skrin telefon ditunjukkan kepada Puan Hazmah . " Benda ni kena simpan mama . ....sebagai bukti "
Hasrat mahu membeli gelang emas terus terbatal.
xxxx
Nafas ditarik dalam lalu dihembuskan . Tenang berada di luar halaman rumahnya . Warna - warni pokok bunga yang tumbuh mekar dipandang lama. Senyuman kecil terukir di bibirnya . Hati mula rindu kepada arwah ibu dan neneknya .
Dia mengeluh . Langit biru yang terbentang luas ditatap indah . Ditambahkan pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiupan.
be happy . Not because everything is good but because you can see good side in everything.
Kata - kata yang tertulis pada kad kecil itu membuatkan Mia senyum nipis .
Kenapa lelaki itu hadir untuk aku ? Dia kenal aku ? Macam mana dia tahu yang aku tengah dalam masalah ? Siapa dia ? Lelaki bermata biru .
" I'm here for you , Princess . Tapi mana dia sekarang ? Kenapa dia tak munculkan diri. "
Terasa kerongkongnya kering . Bingkas Mia bangun masuk ke dalam rumah menuju ke dapur . Walaupun kaki masih belum sembuh , dia tetap kuat . Berusaha untuk melakukan semuanya dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa .
Mia mengambil gelas yang tersusun di rak . Kemudian , air kosong dituang ke dalam gelas sehingga penuh . Selepas membaca bismillah , Mia meneguk air itu sehingga tiada setitis pun air di dalam gelas itu . Hilang sudah dahaga . Air di isikan semula di dalam gelas sehingga penuh . Tangan memegang gelas tersebut , kaki mengatur langkah ke bangku batu semula . Duduk dalam rumah je bosan juga . Lagi pun bukan ada sesiapa , Ayie pun dah balik rumah keluarganya .
Dahi Mia berkerut . Dipandang kiri kanan kawasan itu . Tiada sesiapa . Gelas pada tangannya diletakkan di atas meja lalu dia melabuhkan punggung.
Beg kertas yang terletak di hadapan itu membuatkan Mia hairan . Tiba - tiba sahaja ada dekat meja batu ini .
" Apa ni ? " Mia memanjangkan lehernya untuk melihat isi beg kertas itu .
" Mangkuk tingkat ? " mangkuk tingkat itu di bawa keluar dari beg kertas . Penutup yang teratas dibuka . Kecur liur Mia melihat isi mangkuk tingkat itu . Secara tiba-tiba dia tersenyum.
" Ayam masak merah " senyuman mula kendur . Dahi mula mengerut.
" Tapi siapa yang bagi ? " Tangannya mencapai beg kertas itu semula . Dia pasti mesti ada benda lagi di dalam beg itu . Sangkaannya benar . Terdapat satu kad kecil di dalam beg kertas itu . Dengan pantasnya , Mia membukanya .
Get well soon Princess ❤️
Your second hero
Selepas membaca kad itu , senyuman kembali lebar . Entah kenapa tiba-tiba hatinya gembira .
To be continued
![](https://img.wattpad.com/cover/282773551-288-k767081.jpg)
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...