Dia Faliq Rayyan || 11

12K 734 42
                                    

Mia melihat Faliq yang sedang berbaring di atas katil hospital . Perlahan - lahan dia menapak pergi ke arah Faliq lalu melabuh punggung di sebuah kerusi. Mia melihat tangan kiri faliq memegang perut sebelah kiri . Muka Faliq seperti sedang menahan kesakitan . Punca kemasukan Faliq ke hospital masih tidak diketahui Mia . Dia hanya menatap Faliq lama. Lalu tangannya terus menggenggam tangan Faliq erat . Amsyar mula bersuara.

" Mia , aku balik dulu . Kalau kau nak apa - apa . call je aku "

Mia angguk

" Kau jangan sedih sangat . Faliq okay . He's Faliq Rayyan , Mia " sambung Amsyar lagi .

Mia hanya senyum segaris . tiba - tiba satu ayat terlintas di fikirannya "  kalau apa-apa jadi kat aku ,kau jangan sedih tau " .

" Aku balik dulu " . Amsyar menapak pergi ke pintu . Pintu dibuka lalu Amsyar hilang di sebalik pintu itu . 

Mata Mia tidak lepas memandang suaminya . Lupa pulak nak tanya Amsyar kepada Faliq masuk hospital . Tangan Faliq masih dia genggam . Gatal tangannya nak menyelak baju Faliq melihat apa yang Faliq sembunyikan . Tetapi dia tidak berani .

Tiba - tiba sahaja Mia berasa genggaman tangannya semakin erat . Faliq membuka mata . Matanya terus memandang Mia yang duduk di sebelah katilnya. Dia cuba untuk bangun dari berbaring , tetapi tidak berdaya . Rasa kesakitan di perutnya semakin menusuk - nusuk.

" Er... " kesakitan kesan tikaman masih terasa . Mia memandang Faliq . Pandangan mereka bertembung .

" Awak okay Faliq " soal Mia risau

" aku okay , er.." Faliq cuba untuk bangun sekali lagi tetapi masih tidak berdaya.

" baring je . awak nak air ? jap saya ambik " baru sahaja Mia bangun , Faliq menarik tangannya suruh duduk di kerusi itu . Mia duduk semula 

" Stay with me " kata Faliq dengan suara menahan kesakitan . Mia turut sahaja. Muka Faliq masih sama , menahan kesakitan .

" Nak panggil doktor ke Faliq ? awak macam tak okay je ? "

" Aku okay , kau jangan risau " Faliq senyum . Sakit memang sangat sakit , tetapi dia tidak  mahu membuatkan Mia risau .

Jam tepat menunjukkan pukul 1.30 pagi . Mata Mia separuh terbuka , biasalah mengantuk .

" Mia "

Mia panggung kepala " Ya "

Faliq mengesakkan badan ke kiri , kini ada ruang kosong atas katil  di sebelah kanan . 

" Meh tidur sini " Faliq menepuk ruang kosong di sebelah kanannya.

Mia geleng . " Tak pa , awak tidur lah . Saya boleh tidur dekat sofa tu " Kata Mia sambil jari menunjuk ke arah sebuah sofa panjang.

" Tidur sini . Nanti badan kau sakit siapa yang susah , aku juga . Meh sini " arah Faliq

Mia turut sahaja

Bangun dari kerusi menapak pergi ke katil lalu berbaring bersebelahan Faliq. Matanya hanya memandang syiling putih di atas . Mereka berdua selesa berdiam . Hanya bunyi kipas kedengaran . Tadi bukan main mengantuk , sekarang ni tak mengantuk pulak.

Mia memusingkan  badan ke sebelah kiri . Mungkin Faliq dah tidur  . Pusing sahaja sebelah kanan , mata terus memandang anak mata Faliq . Pandangan mereka bertembung . Cepat - cepat Mia mahu berubah ke posisi asal tetapi tidak sempat . Pinggangnya telah dipeluk erat oleh tangan Faliq. 

Mia terkaku

Mereka masih berdiam tetapi Mia cuba untuk mengubah suasana .

" Faliq " Mia pandang wajah Faliq

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now