Dia Faliq Rayyan || 8

12.1K 762 102
                                    

" Faliq , Mia ...kamu dua nikah minggu depan , boleh ? " tanya Encik Farid . Encik Malik , Puan Hazmah dan Puan Khadijah hanya memandang mereka berdua .

" boleh tak kitaorang nak bincang sekejap " tanya Faliq sambil memandang papanya. Dia tidak tahu nak setuju atau tidak nak menikah minggu depan. Faliq memandang mata Mia tajam. Mia melarikan matanya dari pandangan Faliq .Dari tadi hanya diam akhir Mia membuka mulut.

" haah kitaorang nak bincang dulu , jom Faliq . pergi taman belakang " lalu Mia dan Faliq bangun bergerak ke taman belakang rumah Mia

" cepat sikit " kata Encik Malik

Sampai di taman , Mia terus melabuhkan punggung di sebuah kerusi . Manakala Faliq kehulu kehilir di hadapan Mia .

" FALIQ BOLEH DUDUK TAK ! " kata Mia dengan nada yang tinggi. Serabut dia melihat Faliq tidak tenang ketika itu.

" Macam mana duduk , otak aku tengah berfikir ni " bantah Faliq

" AKU CAKAP DUDUK , DUDUK LAH ! " nada suara Mia semakin tinggi . Faliq menurut apa yang Mia katakan . Gerun dia melihat Mia marah . Otaknya masih berfikir tentang pernikahan mereka

" Faliq , awak setuju ke tak kita nikah minggu depan" tanya Mia sambil memandang Faliq

" aku tak tahu Mia , kalau kau setuju ,aku setuju "

kenapa lah dia bakal suami aku

" lahhh , awak tu bakal suami saya , saya la yang kena ikut awak " balas Mia

" kalau macam tu...kita setuju je lah " balas Faliq ringkas . Dia tidak yakin dengan dirinya sama ada dia boleh buat Mia bahagia atau tidak. Dia juga tidak yakin boleh jadi suami yang terbaik buat Mia atau tidak.

" Mia.... " panggil Faliq

" ya "

" kau serius nak terima aku jadi suami kau . Kau tahu kan aku macam mana . Kaki buli , gaduh , ponteng kelas. Aku takut ... aku takut aku tak dapat bahagia kan kau dan jadi suami yang terbaik . Aku tak yakin dengan diri aku Mia " kata Faliq sambil menundukkan kepala

Mia tidak tahu membalas apa yang dikatakan Faliq. Dia juga tidak yakin boleh jadi isteri yang terbaik buat Faliq. Mia mengeluh berat

" Faliq...jangan macam tu , saya tahu awak boleh " kata Mia sambil senyum dan memandang mata Faliq . Faliq hanya membalas dengan senyuman .

" Pasal kita kahwin ni , budak sekolah kita tak tahu kan "

" haah kecuali dua makhluk tu " balas Faliq . Dua sahabatnya sahaja yang tahu akan perkahwinan mereka iaitu Amsyar dan Amalina.

" jom lah masuk , mesti diorang dah tunggu lama " kata Mia lalu berdiri di hadapan Faliq. Faliq hanya menggangguk sahaja. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk bersebelahan . Faliq memberitahu Encik Malik yang mereka bersetuju untuk menikah minggu depan.

" Kitaorang setuju " kata Faliq. Mia mengganguk selepas Faliq berkata begitu.

SEMINGGU KEMUDIAN ~~

" sedia ? " tanya Encik Malik pada lelaki yang duduk berdepan dengannya.

Faliq angguk . Gugup barangkali dia ketika itu

Encik Malik hanya tersenyum

" Faliq Rayyan bin Farid Ridzwan , aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Mia Qalisha binti Malik Iskandar dengan mas kahwinnya sebanyak 20 ribu ringgit tunai "

" aku terima nikahnya Mia Qalisha binti Malik Iskandar dengan mas kahwinnya sebanyak 20 ribu ringgit tunai " lafaz Faliq dengan jelas dan yakin.

Mia terkejut ! 20 ribu !? banyak gilaa

" sah ? " Encik Malik menoleh ke arah jurunikah

" sah ! " laung jurunikah

" Alhamdulilah "

dengan sekali lafaz , Faliq Rayyan dan Mia Qalisha sah sebagai pasangan suami isteri.

Berlinang air mata di wajah Puan Khadijah , bersyukur kerana anak tunggalnya itu sudah bergelar seorang isteri.

Majlis akad nikah selesai pada petang hari tu . Para tetamu dan jurunikah telah berangkat pulang dari kediaman Encik Malik . Amalina terus pergi bertemu Mia.

" Tahniah Mia , dah jadi bini orang dah sekarang ni " kata Amalina sambil menepuk tangan .

" thanks " ucap Mia ringkas. tiba - tiba seorang menyentuh bahu Mia .

" Hawa , lama tak jumpa kau " Sudah sekian lama tidak berjumpa dengan kawan baiknya itu .

" Kau kot la nak chat aku " Hawa membuat muka merajuk

" Hawa ... ni kawan aku , Amalina "

" hi , amalina "

" hawa " mereka bersalaman

" jom kita duduk sana " ajak Mia

Faliq pula ketika itu sedang berbual dengan Amsyar . Tiba-tiba sahaja Amsyar memberi soalan cepumas kepada Faliq

" malam ni macam mana " tanya Amsyar sambil senyuman sinis . Faliq meyepak Amsyar " sakit bodo " Amsyar menahan kesakitan

" hah tu makan dia . Otak tu lain kali biar cantik , tak handsome tak pa Am janji otak cantik "

Amsyar masih menahan kesakitan akibat disepak oleh Faliq

" korang tinggal sini ke ada rumah lain "

" harini duduk sini , esok kitaorang balik rumah sendiri " balas Faliq

______________________________________

Mia sedang study pada malam itu . Semua buku telah dia susun di dalam beg untuk ke sekolah esok dan esok juga dia akan berpindah ke rumah dia dan Faliq. Sedang dia study , nama Aaron terlintas di fikirannya.Perasaan sedih datang tiba-tiba dalam dirinya . Baru sahaja dia hendak menelefon Aaron , pintu biliknya di buka.

" kau tengah buat apa " tanya Faliq lalu menutup pintu bilik .

" study . Nak join ? "

" hmm boleh jugak " Faliq terus menarik kerusi lalu duduk di sebelah Mia

Mereka belajar bersama - sama sehingga lewat malam . Mia terlihat Faliq tertidur sambil meletakkan kepalanya di atas meja dilapikkan dengan buku . Mia juga meletakkan kepala di atas meja lalu di memandang Faliq yang sedang tidur . tersenyum Mia melihat Faliq tidur . Sudah beberapa minit dia memerhatikan Faliq , dia juga turut terlelap di buai mimpi indah.

Faliq terjaga akibat lenguh tidur begitu . Terkejut dia melihat Mia turut tidur di situ .

" nak angkat dia ka tak , tak payah lah kot . Kesian kat dia pulak ,hmm angkat ja lah " bisik hati Faliq. Dengan perlahan - perlahan , Faliq mengangkat Mia dan membawanya ke katil . Perlahan - lahan Faliq meletakkan Mia lalu menarik selimut hingga ke paras dada . Lama Faliq merenung wajah Mia , dia membetulkan rambut Mia sedikit . Dia menghela nafas berat .

Bolehkah aku jaga dia ? , bolehkah aku bahagiakan dia ? , bolehkah aku jadi suami terbaik untuk dia ?

Faliq berbisik sesuatu di telinga Mia
" thank you Mia sebab sudi terima aku , aku akan cuba jadi suami yang terbaik untuk kau . Goodnight  " lantas dia mengucup dahi Mia yang sedang nyenyak tidur.

To be continued

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now