Pintu rumah Amsyar diketuk kuat. Entah manusia mana datang malam - malam ni .
" Sekejap ... " Laung Amsyar sambil kaki menapak ke arah pintu . Daun pintu dibuka . Kelihatan Faliq dihadapan pintu . Amsyar berkerut dahi .
Faliq merengpuh bahu Amsyar lalu melabuhkan punggung di sofa . Tangan disilang ke dada . Muka ketat + dingin .
" Aduhh " Amsyar mengosok bahunya yang direngpuh Faliq tadi . Pintu ditutup , kemudian menapak ke arah Faliq yang duduk di sofa . Dia berdiri di hadapan Faliq . Faliq tidak mengendahkannya .
" kenapa kau datang balik ? balik lah kat rumah kau . Kesian kat Mia duduk sorang - sorang " kata Amsyar lalu duduk bersila di lantai .
Faliq bangkit dari Sofa . Mata hitam pekat memandang wajah Amsyar . " Kau jangan sebut nama dia depan aku . Boleh tak ? " kata Faliq . Dingin. Amsyar teguk liur sekali . Seram .
Lantas Amsyar bangkit lalu melabuhkan punggung di sofa pula . Matanya memandang sebuah beg galas yang diletakkan di atas meja kopi . " Kau tidur sini ke malam ni ? "
Dengan muka tiada perasaan , Faliq angguk sekali .
" Kenapa....tak boleh ke ? "
" bukan tak boleh , tapi......"
" Tapi apa ? Kesian kat perempuan tu duduk rumah sorang - sorang ? Lantak dekat dia lah kesah pulak aku . Dia ada fikir pasal aku ? mesti takkan . Kalau dia fikir pasal aku , DIA TAKKAN KELUAR DENGAN JANTAN LAIN ! " tengking Faliq . Bergema suaranya di dalam rumah Amsyar
" shhh slow sikit boleh tak ? jiran dengar nanti " .
Jelingan maut Faliq hadiahkan kepada Amsyar .
" Yalah , kau tidur sini " Amsyar mengalah . Seram tengok Faliq macam bapak harimau nak makan orang . Ngeri
" Baba tidur mana malam ni ? sini atau rumah mak tiri kau ? " soal Faliq normal . Amarahnya mungkin sudah turun.
Tangan mengambil segelas air lalu diteguk sekali . " rumah mak tiri aku " balas Amsyar lalu meletakkan semula gelas itu di meja kopi .
" Faliq .... err kau percaya yang dalam gambar tu Mia ? " Amsyar bangkitkan semula isu itu .
Muka Faliq terus berubah . Ketat dan dingin
" Yalah , takkan pelanduk dua serupa ! memang terang lagikan bersuluh cahaya matahari yang orang dalam gambar tu Mia , Siap berpeluk lagi . Selama ni , dia kalau nak keluar pergi mana - mana mesti dia minta izin aku dulu . Tapi petang tadi tak . Aku syak mesti ada apa-apa antara diorang " ulas Faliq mendatar . Walaupun pun dalam hati ada lava panas yang mengalir.
Petang tadi selepas habis berjumpa dengan Cikgu Sabri , dia terus pulang ke rumah . Risau akan Mia yang pulang bersendirian . Sampai sahaja dihadapan pintu pagar rumah , pintu itu masih terkunci . Nasib dia membawa kunci lebihan .
Keadaan di dalam rumah mereka sunyi ketika itu .
" Mia .... saya dah balik " ucap Faliq sebaik sahaja menjatuh badan di atas sofa empuk di ruang tamu .
Tiada sahutan . Berkerut keningnya . Lantas dia bangun menaiki ke tingkat atas . Sunyi . Hampir satu rumah dipusing , luar dan dalam . Kerutan pada dahinya makin bertambah . Telefon pintar didalam poket diambil , nombor telefon Mia didail .
" Harap maaf , nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi . Sila cuba sebentar lagi " suara operator sahaja yang didengari .
Nombor telefon Amalina pula didail .
" Hello "
" Lina , Mia ada dengan kau ke ? " tiada salam , terus dia bertanya kepada Amalina .
" Hah ? Mia ? dia bukan ke balik dengan kau ? " Amalina pula bertanya .
" Tak...tadi dia balik dulu sebab aku pergi jumpa cikgu Sabri . "
" Habistu kenapa ? "
" Mia tak ada kat rumah sekarang ni . Aku call dia tak jawab "
" Dia balik rumah parents dia kut ? "
Telefon pintar milik Faliq bergetar , notification daripada Whatsapp
" Jap Lina ... ada orang mesej aku "
Aplikas Whatsapp itu ditekan . Terdapat 3 gambar yang dihantar dari nombor yang tidak dikenali itu .
Agak was - was Faliq hendak menekan mesej itu . Ikut kata hati dia menekan mesej dari nombor yang tidak dikenalinya itu .
Tidak berkelip mata Faliq melihat tiga gambar . Terkejut . Terkaku . Kata - kata hampir tidak dapat dikeluarkan dari mulutnya . Hatinya retak bagaikan kaca . Kecewa . Teramatlah kecewa .
" A-pa ... apa ni.... " suaranya bergetar
"Faliq .... Hello" Amalina bersuara . Hairan kenapa tiba - tiba Faliq berdiam .
Tut . Faliq terus menamatkan panggilan .
Gambar Mia bersama seorang lelaki dibawah satu pondok rehat . 2 gambar seperti lelaki itu dan Mia sedang berborak manakala lagi 1 gambar tangan lelaki itu sedang merangkul pada pinggang Mia .
Darah yang mengalir mula mendidih . Nafas naik turun laju . Marah . Telefon digenggam kuat .
" Kenapa kau buat aku macam ni , Mia . Kenapa kau menduakan aku ! " gumamnya kasar . Rambut dikusutkan .
" Kenapa.... kenapa Mia... " marahnya bertukar menjadi air mata. Air mata berjurai mengalir di pipi . Sungguh dia kecewa .
To be continued
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...