Dia Faliq Rayyan || 17

10.9K 674 44
                                    

Buk ! Buk !

Dua das tumbukan dilayangkan pada muka Aaron . 

" Ni makan dia kalau keluar dengan isteri orang ! "

Faliq menendang perut Aaron . Tersandar Aaron pada dinding gudang kosong itu . Leher Aaron dicekik kuat oleh Faliq . Dia tidak mampu bernafas .

" Kau dengar sini . Ni first and last warning aku . Jangan jumpa Mia lagi lepas . Kalau tak lebih teruk kau kena , silap haribulan masuk kubur terus  " Tangannya pada leher Aaron dilepaskan . Tersesak - sesak dan batuk Aaron menarik nafas . Faliq merenung tajam wajah Aaron yang sudah mempucat itu .

" Bro dengar sini . Aku dengan Mia dah tak ada apa apa . Kami hanya kawan "

" Kawan apanya . Kalau kawan .... korang takkan sampai berpeluk ! Dia isteri aku ! " bergema suara Faliq di dalam gudang kosong itu . Hati masih sakit memikirkan kejadian itu .

" okey aku minta maaf atas apa yang aku dah buat . Tapi masa tu aku cuma tolong Mia , takkan aku nak biar dia jatuh dekat situ " kata Aaron yang masih menerangkan apa yang telah terjadi . Lantas dia bangun walaupun dalam keadaan kesakitan .

" Banyak pulak alasan kau ! " perut Aaron disepak lagi . Meraung kesakitan Aaron ketika itu , merah mukanya . 

" bro ... tolong jangan sakiti Mia ... aku yang salah , dia tak bersalah " rayu Aaron yang sedang bersandar pada dinding . Dahinya berkerut menahan kesakitan .

" Itu hak aku . Ikut aku lah nak sakiti atau nak bahagiakan dia . Jangan kacau rumah tangga orang lain . " 

" Kau apa apa kan Mia ...pecah muka kau nanti ! " Aaron merenung tajam wajah Faliq . Kedua - dua belah tangan mengumpal penumbuk . Tunggu masa sahaja nak dilayang sedas dua pada muka faliq .

" Nak pecahkan muka aku ? macam mana kau nak pecahkan muka aku , sedangkan sekarang pun kau dah tumbang . Tak payah sembang kencang lahh " kata Faliq dengan lagaknya .

Sepantas kilat Aaron menghadiahkan satu tumbukan tepat pada muka Faliq . Faliq mengesat hujung bibirnya , terdapat sedikit luka di situ . Aaron berpuas hati dengan apa yang dia lakukan , walaupun dia tahu nasib yang akan menimpanya lepas ini .

Faliq mendengus geram . Satu lagi penumpuk dilayangkan pada Aaron lalu dia bergerak keluar dari gudang itu .  

xxxx

Faliq mengatur langkah ke dapur . Lapar punya pasal , kalau tidak tak ingin dia makan apa yang Mia masakan . Tangan membuka tudung saji , terhidang beberapa ketul ayam goreng , sup sayur dan separuh telur dadar .

" ouhh dia dah makan " mata meliar - liar mencari susuk tubuh Mia . Tiada . Sudah pasti Mia berada di dalam bilik . Sejak kejadian itu , Mia sering melarikan diri daripada bertemu dengan Faliq di dalam rumah . Tetapi tanggungjawab sebagai seorang isteri masih dilakukan kerana tidak mahu digelar isteri derhaka .

Pinggan yang sudah berisi nasi diletakkan di atas meja makan lalu Faliq melabuhkan punggung .Kuah sup sayur dihirup sekali . Tidak sempat menelan , Faliq menyembur keluar sisa kuah itu dari mulutnya .

" Asal masin ni !? " kata Faliq lalu mengambil tisu , kemudian mengelap bibirnya .

Kaki berjalan ke arah tangga . " MIA ! MIA ! KAU TURUN SEKARANG ! " laung Faliq kuat . Mia yang berada di dalam bilik terus keluar turun ke bawah .

" Ke-kenapa ? " soal Mia perlahan tanpa memandang wajah suaminya . Sungguh dia takut .

Tangan Mia terus direntap kasar dibawa ke dapur . 

" Kau yang masak ni kan ? " 

Mia mengangguk . 

" Kenapa masin ? kau ni pandai masak ke tak ? " soal Faliq mendatar

" Ta-tadi terlebih letak garam " takut Mia mahu menjawab . Mata masih memandang lantai dapur . 

Faliq mencengkam rahang Mia dengan kuat sehinggakan mendongak kepalanya memandang Faliq . Tajam matanya merenung wajah Mia .

" Apa ... terlebih ? Kau nak aku mati cepat ke macam mana ? kenapa tak letak satu lori garam aje  terus ? Kau tahu tak aku lapar . Aku balik rumah nak makan . Tapi kau pula buat macam mana ni . Semua orang harini memang buat aku naik angin lah ! "

" Siapa nak habiskan semua ni ? " sambung Faliq lagi . 

Cengkaman pada rahang Mia dilepaskan . Mia mengusap rahang pipinya yang sakit itu . Air mata ditahan daripada mengalir .

" Aku tanya ... siapa nak habiskan semua ini ! kau nak habiskan semua ni ? "

Mia menggeleng . Dia tahu masakannya itu sedikit masin . Tetapi takkan sebab itu sudah membuatkan Faliq naik angin seperti ini sekali ?

" Apa geleng - geleng . Kau makan ni ! " sup sayur itu disumbat masuk ke dalam mulut Mia .

" Ha makan ! makan lagi ! " jerkah Faliq . Tangannya masih lagi memasukkan beberapa sudu sayur itu ke dalam mulut itu .

Mulut Mia sudah penuh berisi sup sayur itu . Tidak mampu ditelan lagi . Mia menolak tubuh Faliq ketepi lalu berlari ke arah singki . Perit sakit tekaknya sehingga terbatuk . Kepala ditoleh ke arah Faliq .

" Benda simple macam ni pun kau tak boleh buat ?! apa masalah kau sekarang ni Mia . Kau memang saja nak menyusahkan aku . Kau pergi balik rumah parents kau kalau kerja nak susahkan aku . Aku pun dah naik menyampah . Aku penat Mia . Penat ! " suara itu memang lain dari dulu . Faliq dah berubah .

Dia mahu menjawab apa yang Faliq katakan tetapi dia takut . Takut akan habuan yang bakal diterimanya lagi . Hati Mia bagaikan diremuk , tapi dia cuba untuk memujuk sendiri . Dia tidak sanggup menghadap semua ini lagi . Dia seksa . Terseksa .

 Air mata yang ditahan tumpah juga . Sungguh dia tidak mampu untuk menahan kesakitan ini . Teresak - resak Mia menangis tanpa menghiraukan Faliq di situ .

" HAh nangis , nangis . Nangis aje kerja kau ! ha nangis lah sampai mampus . Kau ingat aku peduli "

Mia terus berlari naik ke bilik sambil mengesat air mata . 

" bagus ! lari ! lari selagi boleh ! "

Pintu bilik dihempas kuat . Mia jatuh terduduk dan tersandar pada pintu itu .Kepala disembamkan di celah antara kedua - dua lututnya . Segala tangisan dan kesakitan dilepaskan .

" Kenapa... kenapa aku , Ya Allah . Aku tak sanggup menanggung ujian ini . Aku inginkan kebahagian yang dulu . Dan...aku mahukan Faliq Rayyan yang dulu . "

Itu yang Mia Qalisha inginkan .

To be continued

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now