Dia Faliq Rayyan || 42

15.6K 795 161
                                    

Sejadah dihampar menghadap arah kiblat .  Faliq mahu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim . 

 Hari ini merupakan hari dia bakal keluar dari rumah sakit jiwa ini dan hari ini juga dia akan bertemu dengan bidadarinya .

" Allahuakbar " selepas niat , Faliq mengangkat takbir .

Sedang kyusuk menunaikan solat subuh , hati berasa tidak tenteram. Terasa seperti dia sedang diperhatikan . Faliq cuba mengabaikannya dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam solat .

Masuk rakaat kedua , dia masih berasa seperti benda yang sama . Bagaikan gerak gerinya sedang diperhatikan. Faliq masih cuba untuk mengabaikannya.

Habis sahaja membaca tahiyat akhir, terangak - agak dia mahu memberi salam .

" Assalamualaikum Warahmatullah" Faliq memberi salam sambil
sambil memalingkan muka ke kanan lalu ke kiri.

Usai sahaja memberi salam , tiba - tiba perutnya ditusuk dengan satu objek tajam. Mata terus terbuka luas . Mulutnya terkunci seketika .

Jantungnya bagaikan terhenti seketika tatkala tikaman kedua pada perutnya . Sekali lagi mata Faliq membulat luas. Cecair pekat merah mula mengalir keluar tanpa henti.

Faliq mengangkat kepala memandang manusia yang sedang bercangkung dihadapannya . Wajahnya manusia itu tidak kelihatan , cuma sepasang anak mata birunya itu membuatkan Faliq kenal siapa dirinya .

Lelaki itu merapatkan bibirnya pada telinga Faliq.

" Kesian kau Faliq....tak sempat nak jumpa Mia , kan ? tapi kau jangan lah risau , nanti kalau kau dah mampus...aku akan jaga Mia baik-baik . Bagi kasih sayang cukup dekat dia dengan anak kau . Bahagiakan dia . " bisik lelaki itu . Kedengaran suaranya seperti berdendam .

Faliq mengetap rahang . Dia marah tapi dalam masa yang sama dia sedang menahan kesakitan .

" k-kau memang tak guna " bergetar suara Faliq . Kalau diberikan kudrat , mahu sahaja dia bagi buku lima kepada lelaki itu.

" Lantak kau lah gila. Yang penting ... Mia milik aku . Dari first day Mia pindah datang sekolah kita lagi , aku dah mula suka dekat dia. Tiba - tiba kau pula kahwin dengan dia . Terpaksa lah aku hadap minah sorang lagi tu . Lepastu aku dapat tahu yang kau nak kahwin dengan sepupu aku , Elfira . Masa tu aku rasa macam aku ada harapan nak dapatkan Mia semula tetapi kau dah rosakkan semua plan aku ! Sekarang kau derita lah dengan nasib kau gila ! " pisau yang tersusuk pada perut Faliq ditarik keluar .

" ARGHHHH " Faliq meraung kesakitan . Merah mukanya ketika itu .

Ditolak tubuh Faliq ke belakang , membuatkannya terbaring lalu lelaki itu menapak keluar dari bilik wad Faliq .

Faliq cuba mencapai besi katil . Dia cuba untuk bangun tapi gagal. Dia cuba sekali lagi , namun tetap gagal .

Telapak tangannya mula penuh dengan darah yang keluar dari bekas tikaman pada perutnya itu . Berkerut dahinya menahan kesakitan.

Matanya mula berat ketika itu. Faliq menahan matanya daripada tertutup . Tatkala pandangannya juga mula kabur .

" Ya Allah , sakitnya ! " rintahan Faliq lagi .

Mata semakin lama , semakin berat . Dia tetap bertahan . Dia takut jikalau matanya tertutup , mungkin akan tertutup buat selamanya . Sebelum apa- apa terjadi , Faliq mahu bertemu dengan Mia . Tidak kira jika itu kali terakhir buatnya .

Aku kuat , aku kuat , aku kuat untuk Mia dengan anak aku.

Faliq hanya terbaring disitu selama 30 minit . Tangannya menekup tikaman pada perutnya . Bajunya juga sudah lencun dengan darah.

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now