Dia Faliq Rayyan || 29

12.7K 674 101
                                    

Tangan Mia diusap lembut oleh ibu mertuanya . Puan Hazmah menatap wajah gadis itu lama . Dia sebak memandang wajah menantunya itu . Mia terlalu kuat untuk menghadapi semua ini . Si suami menduakannya dan tatkala si ayah pula terlantar di hospital . Walaupun semua ini diharungi dengan sukar , wajah gadis itu tidak lekang dek senyuman . Namun di dalam hatinya siapa yang tahu ?

" Mama ? " panggil Mia . Melihat wanita itu menatap wajahnya dan berdiam membuatkan Mia berkerut sedikit dahinya .

" Mama ? " panggil Mia lagi tetapi tiada sahutan . Puan Hazmah masih memandang wajahnya . Tangan Puan Hazmah yang menggenggam tangan Mia ditepuk perlahan supaya wanita itu sedar .

" Ya " Puan Hazmah kembali ke dunia nyata . Tanpa diseru , setitis air mata jatuh mengalir di pipi .

Lantas Mia mengangkat tangannya menyekat air mata wanita itu . Mia menatap wajah Puan Hazmah dengan penuh kerisauan di dalam hatinya . Apa yang difikirkan Puan Hazmah sehingga menitiskan air mata ?

" Mama , kenapa mama nangis ? " soal Mia berbaur kerisauan .

" Mama tak nangis sayang " senyum diukir pada bibir . Dia tidak mahu Mia risau tentangnya

" Mia .... kenapa Mia tak halang Faliq untuk kahwin lagi . Mia sayangkan Faliq kan ? "

Tangan ibu mertuanya digenggam erat . Erat penuh kasih sayang . Bibir mengukir senyuman . Senyum paksa .

" Mama ... Mia sayangkan Faliq lah Mia izinkan dia kahwin lagi . Sebab Mia tahu , Faliq takkan bahagia dengan Mia . Lagipun Mia ni banyak menyusahkan dia Mama . Biarlah dia nak cari kebahagian dia sendiri , asalkan dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami . Kita doakan yang terbaik untuk Faliq , ya mama ? " ulas Mia sambil menatap wajah Puan Hazmah .

Puan Hazmah tidak memberi sebarang respon . Angguk tidak , geleng pun tidak . Dia hanya diam . Ibu mana yang tidak mahu melihat kebahagian anaknya kan ? Sama juga seperti Puan Hazmah , dia mahu melihat kebahagian anak sulungnya itu selagi dia masih bernafas di dunia ini . Tetapi kebahagian bersama Mia bukan bersama Elfira .

" Mia ...Mia sangat kuat , hati Mia tabah mengharungi segala dugaan . Kalau mama ditempat Mia , mama tak tahu nak buat apa sayang . Apa yang membuatkan Mia kuat sampai tahap ini " Puan Hazmah mengutarakan soalan . Ingin tahu penyebab Mia mampu bertahan hingga ke tahap ini .

" Apa yang buat Mia kuat ? hmmm .... arwah nenek pernah kata dekat Mia , hidup kita memang bukan indah setiap hari . Bukan setiap masa kita happy . Kita semua pasti diuji dengan kesedihan , kekecewaan . Tetapi di sebalik yang kita harungi ni , kita dapat melakar sesuatu yang istimewa dalam hidup kita . Perlahan - lahan , kita akan menjadi lebih kuat dan sabar . Lagi satu arwah nenek pernah kata , pelangi akan muncul tatkala hujan berhenti , sama juga dengan kebahagiaan . " kata - kata itu dia pegang sehingga kini . Derita itu akan berhenti tatkala bahagia menghampiri . 

Puan Hazmah mengangguk . Paham akan penjelasan Mia . 

" Er.... mia . Mia tahu tak yang mama ni ada anak lagi seorang ? " Puan Hazmah mengubah topik berbualan mereka . Dia tidak mahu gadis itu sedih .

Kening Mia berkerut . Anak lagi seorang ? mama pregnant lagi ke ?

" Mama pregnant ke ? "

Tersedak Puan Hazmah setelah mendengar itu . 

Peha gadis itu ditampar perlahan . Mia ketawa kecil ketika itu .

" Mia gurau je lah ma " masih tersisa ketawa di bibir Mia

" Siapa lagi seorang mama ? Mia tahu Faliq dengan Dee je anak mama dengan papa . Tak tahu pulak ada lagi seorang . "  setahunya Faliq hanya mempunyai seorang adik iaitu Dee .

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now