Evil King ? Dia sekolah dekat sini ?! Gangster sekolah ? Asal kat luar nampak baik ja . Kat sekolah garang nak mampus. So dia la Faliq Rayyan yang Dee bagitahu tu !!
" Mia..cepat laa beli " kata Amalina
" Okay Jap "
Sambil mencari tempat duduk di kantin Mia bertanya kepada Amalina.
" Lelaki tadi tu Faliq Rayyan ka ? "
" Haah , aikk dia kenal kau tapi kau tak kenal dia " Kata Amalina dengan hairan.
" Aku tak tahu nama sebenar dia "
" Ouhh "
Tempat duduk di kantin semua penuh , hampir beberapa kali mereka mengelilingi kantin tapi masih tiada tempat kosong. Amsyar tiba - tiba melambai ke arah mereka berdua untuk mengajak duduk di tempat dia makan.
" Sini - sini " arah Amsyar sambil melambai ke arah Mia dan Amalina
" Jom pergi sana " Mia hanya menurut apa yang di katakan oleh Amalina
" Korang duduk lah sini " kata Amsyar kepada Mia dan Amalina . Perangai Amsyar dan Faliq amat lah jauh bezanya. Seperti Faliq suka membuli , cepat marah , ponteng kelas tapi Amsyar tidak begitu.
" Mia ...kita duduk sini ja lah , thanks Am "
" Welcome . Budak baru eh ? " tanya Amsyar kepada Mia
" Haah budak baru " balas Mia
" Eh jap , aku pernah nampak dia sebelum ni , tapi kat mana ? Hah dekat lorong nak pergi cafe "
" Mia ... Ni Amsyar Mukriz . Am ni Mia Qalisha " Amalina memperkenalkan Mia kepada Amsyar.
" Ouhh Mia , just call me Am " kata Amsyar dengan senyuman.
Mia hanya membalas dengan senyuman yang manis.
" Mana sekor lagi ? " tanya Amalina kenapa Amsyar lalu menyuapkan makanan ke dalam mulut.
" Pergi beli air "
" Ouh "
Mereka diam tidak berbual apa-apa ,masing - masing tengah fokus makan memandang waktu rehat tinggal lagi beberapa belas minit.
" Wehh , masa rehat dah nak habis ka ? " Kata Faliq sambil tercungap - cungap seperti baru lepas berlari.
" Kau kata pergi beli air , tapi mana air kau and kenapa tangan kau luka" kata Amsyar sambil memerhati tangan Faliq , Mia dan Amalina turut memerhati.
" Kau pergi jumpa geng Aryan Kan ? " kata Amalina.
" Haah , gila kot si Aryan tu . Boleh pulak dia warning aku jangan dekat dengan girlfriend dia , Sofea . Bukan aku yang dekat dengan dia tapi perempuan tu yang tergedik - gedik " kata Faliq dengan muka tidak puas hati.
Aryan Daniel , badboy nombor 2 di SMK SRI JAYA . Musuh ketat Faliq Rayyan . Gaduh? Benda biasa bagi dia dan Faliq Rayyan. Kalau jumpa gaduh , cikgu pun naik pening dengan mereka berdua . Satu kelas dengan Amsyar , tapi dia tidak mengacau Amsyar walaupun Amsyar ialah kawan baik Faliq.
" Bak sini air kau " Belum sempat Faliq meminum air sirap Amsyar , Mia menghulurkan Faliq sebotol air mineral yang dia beli tadi.
" Nah Faliq , ambik ni " kata Mia sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Faliq .
" Thanks Mia " balas Faliq dengan senyuman lalu mengambil air mineral itu.
" Welcome "
" Jom lah aku dengan Mia nak masuk kelas dulu. Faliq kau jangan ponteng pulak " pesan Amalina kepada Faliq
Faliq tidak memberi sebarang respon kepada Amalina . Amalina antara pelajar perempuan yang berani menegur Faliq kerana dia kenal Faliq dah lama dari sekolah rendah lagi sama dengan Amsyar.
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...