" Mia...Mia... nasib lah ada budak tu . Kalau tak memang kau duduk depan bilik air tu lah sampai Faliq balik. Lain kali hati- hati sikit masa keluar dari bilik air , kau tahukan licin.. sekarang...kaki kau dah patah . Siapa nak jaga kau , Faliq ? memang tak lah jantan tak guna tuu . Dia pergi mana ? Orang call tak angkat ...lebih baik pergi buang je phone tuu " bebel Amalina panjang berjela .
Dari dalam kereta ... dekat hospital sampailah balik ke rumah . Mulut Amalina tidak berhenti bercakap . Membebel . Amsyar , Mia dan Ayie terpaksa menadah telinga mendengar bebelan itu . Makin di suruh berhenti , lagi banyak Amalina bercakap.
" Lina ! Boleh stop cakap tak ? Sakit telinga kitaorang . " marah Amsyar yang duduk di sofa . Tangan macam nak letak gam dekat mulut Amalina ...bagi diam .. bising sangat !
Mia yang duduk di sofa hanya diam. Dengar sahaja bebelan sahabatnya itu . Dia sedar ...dia yang cuai sampai tergelincir jatuh depan bilik air . Tapi nasib ada Ayie bersamanya ketika itu ...kalau tidak memang duduk dekat situ je lah . Nak bangun tak boleh .. kaki patah . Redho ja lah.
" Ya ya aku diam ...tapi Faliq dah melampau sangat ! " Amalina mendengus geram .
" Aku nak masuk bilik ...nak rehat " mia mencelah . Dia cuba untuk bangun sambil tongkat diselitkan pada ketiak . Amalina menaut lengannyanya lalu membuatkan Mia duduk semula.
" Kau pun...bagi dia rehat ...dah lah sakit .. pastu dengar kau bebel pulak tu . Lagi tambah sakit member kita ni "
" Am kau diam " Amalina memberi amaran . Amsyar pula hanya menjuling mata ke atas .
" Kenapa Lina ? " Mia bertanya .
" Semalam kau ada nak bagitahu sesuatu kan ? "
" Tak ada lah "
" Ada ...tapi kau tak sempat bagitahu sebab doktor panggil "
" Ouhh yang tuuu " Mia mula berfikir panjang .
" haa ceritalah "
Tiba - tiba Mia diam . Mungkin tak patut dia ceritakan hal itu kepada amalina dan amsyar .
" Lah...kenapa diam ? ceritalah cepat " desak Amalina . Amsyar hanya menggeleng kepala .
" Er...tak apa lah . Tak penting pun " Mia ketawa hambar dihujung ayat .
" Cerita je lah Mia ... " kata Amsyar .
Mia menarik nafas dalam . Cuba kuatkan diri untuk menceritakan hal itu kepada sahabatnya itu . Amsyar dan Amalina menantikan apa yang bakal keluar dari mulut Mia . Entah kenapa rasa seperti perkara serius .
" Sebenarnya ........
Faliq ... dia ...nak kahwin dengan Tengku Elfira "
Mata mereka berdua membulat . Amsyar yang sedang duduk terus bangun . " APA ?! " kata Amalina dan Amsyar serentak .
" Kau biar betul Mia ? " tanya Amsyar seakan - akan tidak percaya apa yang telah Mia katakan.
" hmm " ringkas Mia membalas .
Amalina tidak berkata apa - apa tapi di dalam hati sedang menyumpah seranah . Geram dengan Faliq !
" Kau biar je ? bagi dia kahwin dengan perempuan tu ? " tanya Amalina . Mia mengangkat bahunya , dia tidak tahu mahu berkata apa . Setuju atau tidak setuju ?
Kedengaran bunyi enjin kereta . Sudah pasti itu buyi enjin kereta Faliq . Amsyar berjalan ke arah tingkap , kain langsir diselak sedikit .
" Dia dah balik " kata Amsyar lalu melabuhkan punggung ke sofa semula .

YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...