Dia Faliq Rayyan || 28

12.3K 666 146
                                    

" Faiq Hayyan . Cik boleh panggil saya Faiq " balas lelaki itu berserta senyuman . Faiq merupakan lelaki yang datang beberapa hari yang lalu ke butik Mia kerana ingin meminta kerja . Tetapi pada hari tersebut dia tidak dapat menunggu Mia datang ke butik , ada hal mustahak katanya .

" Kalau macam tu ...esok awak dah boleh datang kerja " kata Mia lalu meletakkan satu file disebelah kiri meja .

" Betul ke ni cik ? senangnya " soal Faiq seakan terkejut .

Mia mengangguk . " Ya . Lagi satu , jangan panggil saya cik . panggil Mia je " rasa tak berasa selesa dengan panggilan Cik . Lagipun mereka sebaya .

Melihat wajah Faiq membuatkan Mia teringat akan seseorang . Dia teringat akan Faliq . Wajah Faiq persis suaminya , Faliq . Tetapi perwatakan mereka berbeza . Faiq seorang yang kaya dengan senyuman , manakala Faliq seorang yang berwajah ketat dan dingin .

 Faiq tersenyum lalu dia bangkit dari kerusi . " Saya balik dulu ye cik eh Mia . Terima kasih sangat - sangat . "

" Sama - sama . lagipun memang saya cari pekerja lelaki " 

Faiq mengangguk paham . Senyuman masih tidak lekang di bibirnya . " Saya balik dulu ye . Assalamualaikum " lalu Faiq menapak keluar dari situ . Sempat lagi dia senyum kepada Aida yang duduk di kaunter .

Keluar sahaja Faiq dari situ , Aida terus memegang dadanya . Debaran pada jantungnya terasa. Laju macam baru habis marathon . 

" Ni baru kali kedua aku tengok dia . Lepas ni hari - hari . Mampus aku ! " desis hatinya . Boleh pengsan hari - hari kalau macam ni .

Mia mencuit lengan Aida . " Haihh Aida ..berangan ke tu ? Tak berkelip mata tengok si Faiq tu " usik Mia mencuit lengan Aida beberapa kali .

" Mana ada boss ! mana ada saya berangan ! " nafinya . Si Faiq tu pun ...kenapa handsome sangat !

" Ye la tu . Aida ...saya nak keluar jap . Awak ada nak pesan apa ? " tanya Mia . Handbag dan kunci kereta yang berada di kaunter itu diambil .

Aida menggeleng .

" Kalau macam tu saya keluar dulu . Jaga butik elok - elok " sempat lagi Mia berpesan kepada Aida . 

xxxx

Tangan memegang stereng kereta dengan kemas . Kaki menekan pedal minyak . Matanya masih fokus memandang jalan raya .

Mia mengeluh kepenatan . Tanpa dia sedar , air mata mula menitis mengalir di pipi . Hatinya sakit . Amatlah sakit ! Memang betul Faliq tidak mempunyai hati kepadanya lagi .

Mia terpaksa hentikan perjalanannya . Kereta di pergi di tepi jalan . Dia menarik nafas dalam - dalam . Cuba menenangkan diri . 

Suara Faliq masih terngiang - ngiang di dalam fikirannya .

" Mia ....kau pergi masuk meminang Elfira untuk aku ? boleh ? " 

Mia hanya akur dengan permintaan suaminya . Walaupun dia tidak sanggup berkongsi kasih sayang bersama wanita lain tapi apakan daya Faliq Rayyan tidak mencintainya . 

Keluar sahaja dari butik tengahari tadi , Mia terus menuju ke rumah Elfira . permintaan Faliq dia tunaikan , pergi meminang Elfira untuk suaminya . Keluarga Elfira menerima pinangan tersebut . Dari pandangannya , Elfira seorang lemah lembut , manis orangnya . Mungkin sebab itu Faliq memilih Elfira sebagai pemaisuri hatinya .

Telefon pintar di dalam handbag dikeluarkan . Aplikasi Whatsapp dibuka lalu nama Faliq yang berada di ruang chat ditekan .

Mia : Faliq , saya dah pergi rumah Elfira .

Tidak lama kemudian , Faliq membalas . Laju betul ! Sebelum ini tidak pernah dibalas mesej daripada Mia secepat itu 

Faliq : habis tu macam mana ? diorang terima tak ?

Mia memejamkan mata sekejap . Nafas ditarik dalam - dalam . Cuba untuk kuatkan diri . Mia membuka mata semula .

Mia : Diorang terima 

Faliq : Alhamdulillah . Tq Mia 

Mia membiarkan sahaja mesej itu lalu telefon diletakkan di tempat duduk penumpang. Tangan meraup wajah , kepala disandarkan pada kusyen kereta .

" kalau awak nak pergi Faliq , jangan pergi sekarang , tapi pergi di saat saya akan menghadap ilahi . pergi di saat saya menghembuskan nafas terakhir , bacaan yasin yang terakhir untuk saya dan saat terakhir awak menatap wajah saya . dan saat itu juga saya rela melepaskan awak . Ampunkan segala dosa saya dan cari lah kebahagiaan awak yang sebenar . "

xxxx

Elfira menatap cincin yang berada di jarinya . Badan dijatuhkan  di atas katil . Hatinya gembira tidak terkata . Tidak lama lagi Faliq akan menjadi suaminya . Walaupun sebelum ini lelaki itu menipunya , tapi Elfira menerimanya juga kerana dia yakin Faliq ikhlas mencintainya .

Tok ! Tok ! 

Elfira bangun dari baringnya selepas pintu bilik diketuk . Daun pintu ditolak perlahan - lahan . Wajah si ibu muncul disebalik pintu .

" El " panggil Puan Siti sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tidur anak tunggalnya itu  .

" Yes mommy " sahut Elfira lalu Puan Siti melabuhkan punggung disebelah anaknya . Tangan diangkat mengusap rambut anaknya . 

Dahi Elfira berkerut . Hairan dengan tindakan spontan ibunya .

" El ... El okey ? " soal Puan Siti berbaur kerisauan terhadap Elfira . 

" El okey je la mommy . Mommy tak nampak ke yang El happy sangat harini " wajah si ibu dipandang .

Tiba - tiba Puan Siti mengeluh. Hatinya mula tidak tenang bila Mia datang meminang Elfira . Entah kenapa .

" El sanggup ke jadi isteri kedua Faliq ? " Puan Siti mengutarakan soalan . Lama soalan itu bermain difikirannya.

Elfira mengangguk sekali . " El sanggup mommy . El tahu Faliq ikhlas cintakan El , sayangkan El dan El yakin Faliq akan berlaku adil antara kami " jelas jawapan dijawab . Dia sanggup lakukan apa - apa sahaja , asalkan dia dapat bergelar isteri kepada Faliq Rayyan .

" Kalau macam itu , mommy doakan El bahagia dengan Faliq " senyuman terukir dibibirnya . Tangan anaknya diusap lembut . Puan Siti berharap berlaku adil antara isteri - isterinya nanti . 

Elfira tersenyum selepas ibunya berkata begitu . Mahu menyedapkan hati si ibu . Tetapi di dalam buah fikirannya bermacam - macam sudah dirancang . Cuma tinggal untuk dilaksanakan sahaja .

Tidak lama kemudian , Puan Siti melangkah keluar dari bilik itu . Lantas Elfira baring berbantalkan lengannya . Mata menatap cincin di jari lalu dia senyum sinis .

" Mia , mia .... bodohnya kau . Tak sangka kau sanggup masuk meminang perempuan lain untuk suami kau . Kau ingat aku akan berkongsi Faliq dengan kau ? Jangan mimpi ! Aku akan pastikan Faliq Rayyan jadi hak milik aku seorang . hahaha " dia ketawa besar . Yakin akan rancangannya . Dia sudah dapat Faliq . Kini dia perlu menjadikan Faliq sebagai hak miliknya seorang . 

To be continued

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now