Hari yang dinantikan sudah pun tiba . Dimana hari ini merupakan hari berlangsungnya majlis pernikahan Faliq dan Elfira . Tetapi kenapa Faliq seperti tidak gembira pada hari ini ? Bukankah ini yang diharapkannya sebelum ini .
Faliq berdiri di hadapan cermin . Ditubuhkannya sudah tersarung baju melayu berwarna putih serta samping bercorak songket .
Dia hanya terkaku di hadapan cermin . Fikirannya mula melayang .
" Betul ke apa yang aku buat ni ? " soalnya kepada dirinya sendiri .
Faliq menundukkan wajahnya memandang satu frame yang diletakkan pada meja solek itu . Perlahan - lahan tangan mencapai frame yang terdapat gambar perkahwinannya dengan Mia .
Frame itu dibawa ke katil lalu dia melabuhkan punggung . Frame yang berada di tangannya ditatap lama .
Wajah Mia pada gambar itu diusap dengan ibu jarinya . Entah kenapa tiba-tiba perasaan sebak mula menghurung dadanya.
" Aku minta maaf , Mia " ucapnya perlahan .
Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu bilik sedang ditolak . Bingkas Faliq bangun meletakkan frame itu di atas meja solek semula . Wajahnya bertukar ketat dan dingin seperti biasa.
" Faliq " panggil Mia seperti meminta kebenaran untuk masuk ke dalam bilik itu .
" Hmm " sahutnya ringkas . Mia melangkah masuk ke dalam bilik itu . Kaki mengatur langkah ke arah suaminya yang sedang berdiri dihadapan cermin .
Mia berdiri di sisi Faliq . Dia memandang wajah Faliq yang terpantul pada kaca cermin itu . Dahinya sedikit berkerut melihat wajah suaminya . Kenapa Faliq tidak nampak seperti gembira ?
" Faliq , kenapa awak macam tak happy je harini ? "
Faliq menoleh ke kiri memandang wajah si isteri . Dia mengangkat kedua-dua bahunya . Tanda tidak tahu .
" Kenapa tak tahu pulak ? Harini kan hari nikah awak . Pengantin baru kenalah happy " Mia senyum nipis . Di hadapan Faliq dia tersenyum tetapi dalam hatinya dia menangis .
" Entahlah Mia . Aku pun tak tahu kenapa " Faliq menundukkan kepalanya . Sebak mahu memandang wajah si isteri yang berdiri dihadapannya . Mesti hatinya sakit melihat si suami mahu berkahwin lagi .
" Dah dah lah tu . Cepat siap ! Dah pukul berapa ni . Nanti lambat pulak " jam ditangan dilirik . Pukul 9.30 pagi . Majlis akan berlangsung pada jam 10.30 pagi . Masih berbaki 1 jam lagi .
Mia membetulkan sedikit samping yang terikat pada pinggang . Rambut si suami di kemaskan . Songkok yang berada di atas katil diambil lalu diletakkan di atas kepala Faliq .
Faliq hanya memandang tingkah laku Mia . Secara spontan , tangan diangkat mengusap rambut Mia . Dia menatap wajah Mia lama .
Mia tiba - tiba terkaku dengan tindakan Faliq . Sudah lama Faliq tidak membuat begitu kepadanya . Membelainya . Dia rindu sentuhan penuh kasih sayang itu .
Pandangan mereka bertembung . Mia melarikan anak matanya . Dia tidak mahu pandangannya bersatu dengan lelaki itu kerana kurang lagi sejam lagi lelaki itu akan menjadi hak milik orang lain .
Faliq memegang kedua - dua belah pipi Mia membuatkan gadis memandang tepat ke arah anak matanya . Mia cuba melarikan pandangannya lagi .
" Mia , pandang aku " ujarnya lembut . Mia mengendahkan sahaja . Walaupun di dalam hati dia mahu memandang lelaki itu .
Mia akur . Matanya tepat memandang anak mata Faliq . Pandangan mereka bertaut . Wajah Faliq berubah , tidak seperti tadi . Air mukanya tenang , tidak ketat atau dingin .
Tangan pada pipi Mia diturunkan lalu dia menggengam kedua - dua belah tangan Mia .
" I'm sorry , Mia " pinta Faliq berbaur kesedihan . Faliq sudah sedar akan kesilapannya ?
Mia mengeleng walhal dia agak terkejut . " Tak perlu minta maaf . Saya dah lama maafkan awak , Faliq . "
Faliq hanya tertunduk diam .
" Faliq " panggil Mia lembut .
" Ya " kepala diangkat memandang wajah si isteri .
" Boleh tak saya nak minta sesuatu ? "
" Apa dia ? " jantung Faliq berdebar . Entah kenapa . Dia harap Mia tidak minta diceraikan kerana dia tidak mahu melepaskan gadis itu .
" Boleh tak kalau saya nak peluk awak ? Mungkin ini kali terakhir . Lepas ni awak dah jadi milik orang lain " pinta Mia . Bergetar suara merungkap perasaan .
Perlahan - lahan Faliq mengangguk . Tangan didepakan sedikit . Lantas Mia terus memeluk erat tubuh Faliq . Faliq pula hanya mengusap belakang tubuh Mia . Tidak lama kemudian , pelukan dileraikan . Mia memegang sisi kedua - dua belah kepala Faliq lalu ditarik agar sama dengan ketinggiannya . Faliq membongkok sedikit tubuhnya . Mia terus mengucup dahi licin Faliq . Agak terkejut Faliq ketika itu . Lama Mia mencium pada dahi Faliq . Air mata mula mengalir di pipi . Air mata kerinduan .
Mereka kembali ke posisi asal . Faliq menegakkan tubuhnya semula . Nampak sahaja air mata Mia menitis , cepat -cepat tangan diangkat menyekat air mata itu .
Mia mengesat kasar air matanya . Jam tangan ditangan dilihat .
" Faliq , awak pergi lah masjid sekarang . Mesti semua orang tengah tunggu awak sekarang ni "
Faliq mengangguk . Mulutnya ibarat terkunci ketika itu
" Senyum lah sikit " kata Mia sambil senyum lebar . Seperti mengajar Faliq untuk senyum .
Faliq hanya senyum nipis .
" Baru lah handsome . pergi sekarang . Lambat dah ni "
" Kau tak pergi ? "
" Saya akan pergi . Harini kan hari bahagia awak , mestilah saya pergi "
Faliq mengangguk . Wajah dilihat pada cermin sebelum memulakan langkah keluar dari bilik .
Belum sempat kaki melangkah keluar , Mia memanggil Faliq lalu membuatkan langkahnya terhenti . Dia pandang ke belakang . Kening diangkat .
" Selamat pengantin baru , sayang " Mia senyum nipis . Walaupun hanya 3 patah perkataan , amatlah sukar untuk dikeluar dari mulutnya .
" hmm thanks " ucap Faliq lalu meneruskan langkahnya . Pintu bilik ditutup setelah keluar dari situ .
" Selamat pengantin baru , Faliq . Saya doakan awak bahagia dengan Elfira . Sorry saya tak dapat nak bahagiakan awak ... "
To be continued
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romantik[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...