Harini telah masuk hari ketiga Faliq discharge dari hospital . Keadaannya makin baik tetapi luka tikaman itu sahaja yang masih belum kering . Punca Faliq masuk hospital sudah Mia ketahui tetapi tidak keseluruhan . Faliq merahsiakan beberapa perkara daripada diketahuinya .
Sejak keluar dari hospital , perangai Faliq berubah hampir 180 darjah . Tiba - tiba jadi rajin , Mia kemas rumah dia pun nak kemas jugak . Mia suruh dia berehat sahaja tapi Faliq bantah . Biasalah Faliq Rayyan , larangan adalah arahan baginya . Panggilannya kepada Mia pun ditukar , dulu ' Aku kau ' sekarang ' Saya awak ' . Mia pun terkejut bila Faliq panggilnya begitu .
Bukan itu sahaja , 24jam kerja nak berkepit je dengan Mia . Mia nak pergi sekolah pun dia tak benarkan. Tapi Mia tetap pergi ke sekolah seperti biasa . Biar Faliq kena tinggal dekat rumah sorang - sorang .
" Mia ! Mia ! "
" YA ! " jawab Mia kuat lalu menapak pergi ke arah Faliq yang sedang duduk di sofa sambil tengok tv . Sudah kali ke berapa Faliq memanggilnya pun sudah tidak tahu . Mungkin hampir 100 kali ?
" Nak apa lagi ? Dah dah la tu panggil saya . Tadi mintak nak air , panggil lagi kata nak biskut . macam - macam lah awak ni . Bangun jalan sendiri lah . yang sakit perut bukan kaki . Penat saya tau " bebel Mia panjang lebar .
Faliq hanya tersenyum
" Alololo syian dia ... meh sini dekat abang " Faliq menepuk ruang kosong di sebelahnya .
Abang !? . Tersedak liur Mia dibuatnya sampai terbatuk - batuk .
" Duduk lah situ diam - diam ! "
" Haip ! Ingat syurga awak kat mana " Faliq silang tangan di dada sambil memandang Mia
" Syurga tak syurga , saya nak pergi masak . Kang awak mati kebulur macam mana ? " Mia tayang muka menyampah .
" Ya laa " suara seakan - akan merajuk lalu matanya memandang tv semula .
Lama Mia berperang di dapur , menyediakan bubur untuk Faliq . Mangkuk bubur dan segelas air kosong di letakkan di atas dulang kecil . Dulang itu di angkat lalu di bawa ke arah Faliq . Mia melabuhkan punggungnya sebelah Faliq , dulang diletak di atas meja . Faliq tidak memandang Mia , matanya masih fokus menonton tv .
" Awak " panggil Mia .
Tiada sahutan
" awak " panggilnya lagi
masih tiada sahutan
Mia merapatkan kedudukannya dengan Faliq , bahu mereka bersentuhan. Faliq mengesakkan badannya jauh dari Mia sehingga hujung sofa . Mata masih tidak memandang Mia .
" Merajuk ke ? "
" Haah merajuk " Faliq menarik muka merajuk . Mia ketawa kecil
Tak sangka yang awak ni comel jugak Faliq . Sejak keluar hospital , jadi manja semacam .
" Tak nak pujuk ke ? tak nampak ke saya merajuk ni " kata Faliq . Kalah perempuan kalau merajuk . Haishh.
" Saya mana pandai pujuk orang . Hmmm macam mana cara nak pujuk awak ? "
" Kiss sini " jari menunjuk ke arah pipi kanannya .
Tanpa berfikir panjang Mia terus mendekati Faliq . Ciuman lembut di pipi Faliq , Mia berikan . Nak pujuk punya pasal !
" Sebab ni lah sayang " Faliq senyum . Mode merajuk sudah hilang , mode cerianya kembali .
" Dah habis merajuk . Jom makan . Nah " mangkuk bubur dihulurkan kepada Faliq . Dia hanya melihat mangkuk itu sahaja .
" Nah ambil lah " mangkuk dihulur depan Faliq . Dia hanya membuka mulut , nganga .
" Awak dah kenapa ? ambil lah bubur ni . Nanti sejuk tak sedap "
" Suap " mulutnya dinganga luas.
Amboi Faliq Rayyan ! yang sakit perut bukan tangan . Mengada betul.
" Suap lah sendiri . Tangan ada kan . Jangan mengada sangat "
" Alaaaa " Faliq menghentakkan kaki seperti kanak - kanak lalu memuncungkan bibir . Perangai dia sejak - sejak ni pelik betul.
Sudu berisi bubur di bawa ke mulut Faliq . " Haa cepat lah "
Reaksi Faliq terus bertukar ceria . Mulut dibuka , lalu makan bubur yang Mia sedia .
" Sedap ? "
" Wife saya masak . Mestilah sedap "
Mereka berdua senyum sambil memandang antara satu sama lain .
xxxx
Baju sekolah di kemaskan , tudung dirapi ,beg sekolah dicapai lalu menapak turun ke bawah meninggalkan Faliq yang masih tidur di dalam bilik . Mia melekatkan sticky notes pada peti ais .
Bubur saya dah masak , nanti cuma panaskan je . Jangan lupa makan ubat !
Mia terpaksa pergi sekolah jalan kaki , sebelum ni dia pergi bersama Faliq . Dia memulakan langkah menuju ke sekolah .
Kaki melangkah masuk ke dalam kelas 5sains , lalu melabuhkan punggung di tempat duduknya . Amalina di sebelahnya sibuk membuat kerja sekolah .
" Faliq macam mana ? sihat ? " Amalina berenti membuat kerja sekolah lalu menoleh memandang Mia .
" Okey lah sikit . Tapi sejak keluar hospital haritu , perangai dia lain macam "
Amalina berkerut kening.
" Lain macam ? maksud kau ? "
" Asyik berkepit dengan aku . Kuat merajuk . Manja terlebih . Aku pun naik pening dengan dia "
" Dia sakit kena tikam ke sakit otak ? pelik betul . Faliq merajuk ? impossible ! " Amalina pun seakan - akan tidak percaya apa yang dikatakan Mia . Merajuk ? mustahil . Seorang yang dingin macam dia merajuk ? Wow .
Cikgu Amin masuk ke dalam kelas memulakan pembelajaran .
Semasa di dalam kelas , Mia asyik menoleh belakang memandang meja Faliq . Namanya terukir di atas meja Faliq . Dia hanya tersenyum.
Waktu rehat telah tiba . Semua pelajar berpusu - pusu bergerak ke kantin termasuklah Mia , Amalina dan Amsyar . Sedang mereka menuju ke kantin , Mia teringat sesuatu .
" Weh , aku lupa ambil duit . Aku balik kelas jap "
" Kitaorang tunggu kau dekat kantin . Cepat sikit "
Mia patah balik ke kelasnya semula . Dari jauh dia ternampak Sofea . Dulu kalau terserempak dengan sofea ada lah senyum jugak . Tapi sekarang cuma jelingan tajam yang dihadiahkan . Mungkin sofea masih tidak berpuas hati dengan apa yang Mia beritahunya di hospital haritu .
Sedang dia mencari duitnya di dalam beg , pintu kelas tiba - tiba ditendang kuat . Mia kaku lalu menoleh memandang pintu . 3 orang lelaki melangkah masuk ke dalam kelas 5sains . Yang pasti mereka bukan pelajar kelas 5sains.
3 lelaki itu menapak ke arahnya . Mia undur ke belakang satu langkah . Salah seorang daripada mereka bertiga memandang Mia lalu senyum sinis .
Mia memandang ke arah nametag salah seorang daripada mereka.
Aryan ?
Dia lah Aryan yang Faliq cerita tu . Jadi dia boyfriend sofea ?
" Suami kau macam mana ? sihat ? ke dah mampus "
To be continued
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...