Memandangkan harini hari minggu , Mia telah mengajak Hawa dan junior di sekolahnya , Faradila atau dikenali sebagai Dee .Ada sebab dia mengajak mereka berdua datang ke rumah . Tentu lah untuk menceritakan tentang masalah yang dia hadapinya sekarang , pasal kahwin dan pindah sekolah. Mia masih tidak memberitahu keluarga akan persetujuan perkahwinan itu.
Mia pergi ke arah ibunya yang sedang duduk di sofa sambil menonton rancangan masakan di televisyen lalu duduk di sebelah ibunya.
" Ibu ..."
" ya kenapa Mia "
" jap gi Hawa dengan junior sekolah Mia datang sini , Mia ajak diorang. Ibu bagitahu diorang suruh pergi kat halaman belakang , boleh ibu ? " kata Mia sambil memegang tangan ibunya.
" boleh sayang . Hah ibu lupa nak tanya , pasal perkahwin kamu dah fikir ? "
Aduh ibu , kenapa laa tanya time-time macam ni. Masalahnya tak tahu nak setuju ke tak
" hmmm tapi ibu , lelaki tu umur berapa ? " tanya Mia
" Dia sebaya dengan Mia , 17 tahun "
" HAH 17 TAHUN , ingatkan dah kerja ke apa . Ibu serius nak kahwinkan anak dara ibu ni dengan dia . ntah ntah diri dia pun tak terjaga "
" Pandai cakap orang macam tu . ibu yakin dia boleh jaga Mia dengan baik " balas Puan Khadijah sambil mencuit hidung anaknya lalu tersenyum.
" kalau macam tu....Mia setuju " kata Mia dengan sekali lafaz
" Apa kau cakap ni Mia !! kau dah gila kaa . umur 17 tahun kot wehhh " bisik hati Mia.
" betul ni , Mia tak main-main kan"
" yaa ibu , Mia serius " kata Mia sambil memberi senyuman kepada ibunya.
hmm terima ja laa , ayah ibu nak sangat aku kahwin dengan anak kawan diorang . TAPI MACAM MANA AKU NAK BAGITAHU AARON
" okay nanti ibu bagitahu Ayah dengan nenek . Thank you sayang sebab setuju dengan pilihan ibu , ayah dengan nenek . tapi macam mana Mia nak bagitahu Aaron , ka Mia nak rahsiakan ja ? " tanya Puan Khadijah
" tu laa ibu , Mia tengah fikir macam mana nak bagitahu Aaron . Tak pa , masalah ni biar Mia selesaikan sendiri . Ibu tak payah risau , Okay "
" Mia cakap dengan dia elok - elok tau "
" Baik ibu. Ibu... , yang pasal pindah sekolah tu , Mia ikut ja la apa yang ibu ayah nak ."
" sebab ni laa Mia ajak diorang datang rumah kita ? . Kalau macam tu , Mia start gi sekolah tu lusa , Boleh ? "
" Haah sebab tu la... okay ibu "
Mia pergi ke dapur untuk membacuh air untuk kawan - kawannya datang kejap lagi. Siap membancuh air , Mia terus pergi ke halaman belakang rumahnya menunggu mereka sampai . Sambil menunggu mereka sampai , Mia memikirkan bagaimana cara untuk dia memberitahu Aaron.
" Dah turun , ni kan rumah dia " kata Faliq kepada Dee.
Dee meminta Faliq untuk menghantarnya pergi ke rumah senior sekolahnya , iaitu Mia Qalisha.
" Haah , Thanks . bawak tu slow laa sikit , macam nak terbang aku kat belakang kau tahu tak " marah Dee kepada Faliq
" Nak ja aku bawak laju lagi biar kau terbang terus " perli Faliq
" buat laa kalau berani ! nanti kau ambik a- " belum sempat Dee habis cakap , Faliq terus memecut laju motosikalnya tanpa menoleh ke belakang .
" Woi Faliq Rayyan ! dasar abang tak guna " geram jaa Dee dengan perangai abang sorangnya itu.
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...