Ramai orang sedang duduk bersila di dalam ruang masjid itu . Dulang - dulang hantaran tersusun kemas . Elfira senyum lebar ketika itu . Lagi beberapa minit sahaja lagi dia akan bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya . Susuk tubuh Faliq dari belakang dipandang . Lelaki itu segak berbaju melayu berwarna putih .
Elfira memusing ke belakang sekilas , mahu memandang tetamu - tetamu yang menghadiri majlisnya itu . Tiada seorang pun kenalan atau ahli keluarga Faliq yang datang ke masjid itu . Tiba - tiba matanya terarah ke satu figura yang dikenalinya . Dia mengetap rahang .
" Perempuan tu datang ? " gumamnya sambil memandang Mia yang duduk bersila di baris paling belakang .Dia tersenyum sinis " padanlah muka kau ! kejap je lagi Faliq akan jadi milik aku dan aku akan pastikan kau menjanda Mia " lalu dia pandang ke hadapan semua . Hatinya gembira tidak terkata .
Mia yang duduk di belakang hanya berlagak tenang . Dia perasaan yang Elfira memandangnya sebentar tadi . Cincin pernikahan yang tersarung di jari ditatap . Mia tersenyum nipis .
" Tak sangka awak dah nak jadi milik orang Faliq "cincin itu diusap dengan menggunakan ibu jari . Air mata ditahan agar tidak mengalir . Kepala diangkat memandang hadapan semula .
" Aku dengar cerita , si pengantin lelaki tu kahwin dengan Elfira sebab isteri pertama dia mandul " cerita perempuan dihadapan Mia kepada orang yang duduk disebelahnya .
" Kau biar betul ? " soal seorang lagi wanita seakan terkejut .
" iya , Elfira yang beritahu aku " balas wanita yang mencerita itu . Mesti mereka merupakan kenalan Elfira .
Mia mengeluh kecil . Telinganya hanya mendengar perbualan dua manusia itu . Hatinya sedikit terguris dengan kata - kata itu . Dia tidak mandul ! cuma dia merahsiakan perkara sebenar daripada pengetahuan sesiapa.
" Kita mula sekarang ya " kata tok kadi yang duduk dihadapan Faliq . Mereka semua mengangguk . Semua mata kini fokus ke hadapan melihat Faliq .
Faliq pusing ke belakang sekilas , mencari satu susuk tubuh seorang gadis . Tepat matanya memandang wajah Mia . Pandangan mereka bertembung . Mia hanya senyum nipis , begitu juga dengan Faliq lalu dia pandang ke hadapan semula . Elfira tersenyum , dia menganggap Faliq memandangnya .
Tok kadi menghulurkan tangan . Faliq menyambutnya . Dia menarik nafas dalam , kemudian dihembuskan . Cuba untuk tenangkan diri .
" Faliq Rayyan bin Farid Ridzwan "
" Ya saya " sahut Faliq .
" Aku nikahkan dikau dengan Tengku Elfira Medina binti Tengku Riezman , dengan mas kahwin sebanyak seribu ringgit tunai "
" Aku - " Faliq berhenti lalu dia toleh ke belakang lagi . Mencari Mia . Namun gadis itu sudah tiada situ .
" Faliq " panggil Encik Riezman . Dahinya berkerut . Tiba - tiba sahaja Faliq diam
" ya . er...kita ulang sekali lagi " pinta Faliq . Tangannya mula bergetar ketika itu .
Tok kadi mengangguk . Mesti anak muda dihadapannya itu sedang gementar .
" Faliq Rayyan bin Farid Ridzwan , aku nikahkan dikau dengan Tengku Elfira Medina binti Tengku Riezman , dengan mas kahwin sebanyak seribu ringgit tunai " ulang Tok kadi lagi.
Faliq hanya diam . Bisikan - bisikan suara kenalannya kedengaran di telinga .
selagi Mia masih ada hati dekat kau , kau cuba sayangkan dia balik
Faliq tak sayang Mia ke ?
mama tak musnahkan kebahagiaan kamu tapi kamu yang musnahkan kebahagiaan kamu sendiri
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...