Dia Faliq Rayyan || 21

11.7K 659 94
                                    

Mia meletakkan kereta di hadapan butik miliknya atau lebih tepat butik arwah ibunya . Mia's butik , nama butik ini diberi sempena  nama satu - satunya anak Encik Malik dan Puan Khadijah . Dulu , butik ini seratus peratus diuruskan oleh Puan Khadijah . Namun kini Mia pula menggalas tugas sebagai pemilik butik ini . Kalau bukan dia , siapa lagi . 

Pintu masuk butik ditarik . Mia memberi laluan kepada dua orang pelanggannya keluar dahulu . Sempat Mia senyum kepada mereka . Dia melangkah masuk lalu menuju ke arah sofa yang tersedia di butik . Mia melabuhkan punggung lalu bersandar pada sofa . Badan direnggangkan . Jelas kepenatan pada wajahnya .

" Haih penat nampak " kata Kak Sue yang baru sahaja keluar dari bilik rehat pekerja . Kemudian , dia melabuhkan punggung pada sofa berhadapan dengan Mia .

" Mana ada penat Kak Sue . Mia okay je la " nafinya lalu Mia mengeluh .

" Ha tengok tu mengeluh . Kan Kak Sue dah cakap , Kalau Mia penat ... Mia balik rumah . Rehat . Kak Sue boleh tengokkan butik ni . "

" Susahkan Kak Sue je . Kak Sue dah la nak kena jahit hiasan dekat baju pengantin , nak jaga kedai lagi . Nanti Kak Sue penat macam mana ? Tak pasal - pasal saya kena penumpuk dengan Abang Haiqal " Mia terus terbayang wajah Haiqal , suami Kak Sue . Muka ketat , tak pernah senyum . Sekali pandang ... jeling . Perghh seram .

Ketawa Kak Sue terus pecah . Entah kenapa orang takut dengan suaminya . 

" Abang Haiqal takkan buat macam tu lah . Memanglah muka dia bengis , sekali pandang macam nak telan orang  . Tapi sebenarnya dia baik . Depan orang lain dia macam tu . " dihujung ayat masih tersisa gelak tawa .

" Untunglah akak dapat suami macam abang Haiqal " . Mia sedar akan nasibnya . Derita yang menimpa dirinya .

" Mia pun untung jugak ... dapat suami macam Faliq . Handsome . Baik pulak tu " 

Mia senyum paksa . Handsome tu memang lah , tapi perangai ...hmm hancur ! Depan orang memang nampak baik , tapi dekat belakang ?

" Mia ? Mia.. "

"  ya " sahut Mia yang tersedar dari mengelamun . Tiba - tiba fikirannya melayang ke tempat lain .

" Tadi delivery boy ada hantar bunga ... jap akak ambil " Lantas Kak Sue bangun menuju ke arah meja kaunter . Sejambak bunga yang tersusun cantik itu dibawa kepada Mia . Sungguh Mia tidak perasan yang terdapat bunga di atas meja kaunter ketika dia masuk ke dalam butik tadi .

" Nah " sejambak bunga itu diberikan kepada Mia . 

" Siapa bagi akak ? " Bunga itu dicium , sungguh wangi baunya .

Kak Sue menjungkit bahu . " Akak masuk dalam dulu . Nak sambung menjahit . " sambung Kak Sue lalu meninggalkan  Mia disitu .

Tangan Mia masih menilik bunga itu . Satu kad kecil yang terdapat atas jambakkan bunga itu diambil . Ayat yang tertulis dibaca .

be happy .

not because everything is good but because you can see good side in everything.

From,
Your second hero

Mia berkerut dahi . " Second hero ? " . 

xxxx

Kerusi kafeteria ditarik kasar lalu Amalina menghempas duduk . Dia mendengus geram . Amsyar yang sedang menjamu selera terus tersentak . Wajah Amalina yang kelihatan seperti tidak puas hati akan sesuatu dipandang .

" Kenapa dengan kau ni ? " tanya Amsyar lalu menyuap satu sudu nasi goreng ke dalam mulutnya .

" Faliq dengan perempuan gedik tu lah . Sakit hati aku tengok " genggaman penumbuk dihentakkan pada meja . Habis bergegar pinggan dan gelas .

" Siapa ? Tengku Elfira ke ? "

" Siapa lagi kalau bukan dia . "

Faliq , Amalina dan Amsyar menyambung pelajaran mereka di kolej yang sama . Mia juga begitu tetapi selepas kemalangan menimpa keluarga , dia terus berhenti kerana mahu menjaga ayahnya dan menguruskan butik peninggalan arwah ibunya .

" Faliq tu buta ke apa ? Emas dibuang , sampah jugak dia kutip . Kesian Mia . Kena jaga Uncle Malik , urus butik , nak kena hadap perangai gila Faliq lagi . Yang Faliq tu , sibuk keluar dengan perempuan tu . "

" Habis tu kita nak buat apa ? Biarlah rumah tangga diorang "

" kalau tangan ni sampai dekat muka kau ..kau jangan tanya kenapa " Amalina mengangkatkan tangannya . Sakit hati dengan apa yang Amsyar katakan .

" Kita ni kawan Mia . Takkan kita nak tengok Mia macam tu je . Kita kena lah tolong dia "

" Nak buat macam mana ? " 

Amalina diam sebentar . Memikirkan apa yang patut mereka lakukan demi kawan baik mereka itu . Ting ! bagaikan ada mentol yang menyala di dalam buah fikirannya . 

" Kita suruh dia balik selangor " saran Amalina . Tangan disilangkan pada dada lalu dia tersenyum.

" Hah ? suruh Mia balik selangor ? Mia kan memang dah ada dekat sini . Apa kau merepek ni Lina ? "

 Amalina mengeluh . " Bukan Mia " balas Amalina ringkas 

" Habistu ? " Kening Amsyar berkerut . Sungguh tidak paham .

" Faiq Hayyan "

to be continued

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now