Dia Faliq Rayyan || 5

12.8K 765 55
                                    

me 

Aaron , boleh kita jumpa kejap ?

Aaron Shah 

Boleh , kenapa Mia ?

Saya nak bagitahu something dekat awak :)

Ouh okay . Kita nak jumpa kat mana ?

Jumpa kat taman yang awak selalu pergi jogging tu , Boleh ?

Okay 

Esok merupakan hari pertama Mia bersekolah di SMK SRI JAYA. Jadi dia mengajak Aaron berjumpa di taman kerana ingin memberitahunya tentang hal sekolah dan juga hal perkahwinannya itu. Dia tidak sanggup untuk memberitahu Aaron tentang perkahwinan itu.

Mia duduk sebentar  di sebuah bangku yang terdapat di taman itu sambil menunggu Aaron sampai. Dia juga memikirkan bagaimana reaksi Aaron sekiranya dia memberitahu pasal hal itu. Mia melepaskan nafas berat. Kelibat Aaron dari jauh sudah kelihatan.

" Assalamualaikum Mia , sorry saya lambat " kata Aaron sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu tersenyum melihat Mia.

" Waalaikumsalam , saya pun baru sampai je ni " balas Mia dengan senyuman .

Lalu Aaron duduk bersebelahan Mia. Aaron perasaan akan wajah Mia yang kelihatan risaukan sesuatu.

" Mia , are you okay ? asal nampak macam risau sangat ni ? " kata Aaron sambil memandang wajah Mia .

" Mana ada saya risau apa-apa hehe "

" Kenapa awak nak jumpa saya ni ? ada hal penting ke ? " tanya Aaron sambil berkerut dahinya. Aaron pelik tiba-tiba sahaja Mia ajak di keluar pada hari minggu , selalunya Mia duduk rumah sahaja .

" Sebenarnya......." Mia tidak sanggup memberitahu Aaron tentang hal itu . Lebih bagus kalau Aaron tidak tahu akan perkahwinannya nanti.

" sebenarnya....esok saya sekolah dekat SMK SRI JAYA , saya pindah sekolah"

" Lahh kenapa tak bagitahu awal-awal , kalau tak boleh kita buat majlis ka apa "

" susah - susah je lah " kata Mia sambil ketawa kecil.

" Yang tu je yang awak nak bagitahu saya ? " tanya Aaron.

" ada satu lagi yang saya nak bagitahu awak "

" Ya Allah , bantulah hambamu ini " bisik hati Mia

Aaron dari  hanya memandang Mia tanpa mengalihkan pandangannya.

" Saya nak kita putus "

Air muka Aaron ketika itu terus berubah . Putus ? tiada angin tiada ribut tiba-tiba mintak putus.

" aku ada buat salah dengan Mia ka,gaduh pun tak pernah, ni tiba-tiba mintak putus. Aku terima ja lah , lagipun memang ni yang aku nak dari dulu tapi aku tak sanggup nak bagitahu Mia" bisik hati Aaron

Perasaan Mia ketika itu bercampur - campur . Dia tidak mahu memberitahu Aaron bahawa dia akan berkahwin , jadi dia mengambil keputusan untuk putuskan hubungannya dengan Aaron. 

" Kalau macam tu yang awak nak , saya terima " kata Aaron sambil senyum kepada Mia. Aaron hanya tersenyum tetapi di dalam hatinya kita tidak tahu bagaimana perasaannya. Kecewa ? Sedih ? Patah hati? semestinya meninggalkan kesan di hati Aaron.

" Kalau macam tu Mia , saya balik dulu . Assamualaikum " Aaron terus beredar dari situ meninggalkan Mia bersendirian.

Empangan yang ditahan akhirnya pecah juga , air mata Mia mula mengalir di pipinya. Dia tidak lagi mampu berkata apa-apa. Teresak-esak Mia menangis tanpa mengesahkan orang yang lalu lalang di situ .

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now