Faliq melangkah masuk ke dalam rumah mereka , diikuti Mia dari belakang Faliq . Hampir seminggu Mia berada di rumah keluarganya . Tinggal di sana membuatkan hatinya tenang , lega dari segala nasib yang menimpanya .
Faliq datang ke rumah keluarga Mia setiap hari selama Mia berada di sana . Merayu dan meminta maaf atas kesilapannya . Pada mulanya , Encik Malik seperti tidak mahu membenar Faliq membawa anak perempuannya pulang . Malangnya , Encik Malik termakan dengan segala taburan janji dan tangisan serta rayuan Faliq yang bersungguh - sungguh itu . Encik Malik berasa yang menantunya ini seperti menyesalkan atas apa yang dilakukan . Sebab itulah dia menyuruh Mia pulang bersama Faliq , walaupun Mia tidak mahu.
" Berani eh kau sekarang . Dah pandai mengadu . Kau tahu tak... membazir je air mata aku ni , nangis depan bapak kau dengan melutut bagai sebab nak kau balik . Apa masalah kau ni ? Takkan benda macam tu pun nak cerita dekat orang . asal tak bagitahu satu dunia yang aku pukul kau ? "
Mia hanya diam membisu . Kalau menjawab , makan padah jawabnya . lebih baik diam .
" hmm kau tunggu lah nanti masa mak bapak dengan nenek kau tu dah mampus . Baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah . Sekarang kau boleh lagi mengadu , minta kasih sayang lagi . Nanti kalau masa tu dah sampai ... kau dah tak ada apa - apa Mia . Dekat siapa kau nak merayu , minta kasih sayang , minta tolong ? dekat aku ? hmm memang takkan lah . " .
Sungguh biadap ayat yang Faliq katakan . Tidak langsung menjaga hati isterinya . Mata Mia mula berkaca . Dia menarik nafas kasar . Hati memang tidak dapat mengawal kemarahan lagi .
" Shut up ! Awak cakap baik sikit Faliq ! sampai hati awak cakap macam tu ! Semua ni takkan terjadi kalau awak tak panas baran . Semua benda nak kena ikut kepala otak awak sahaja . Awak ingat awak siapa ! "
" Semua takkan terjadi juga kalau kau tak pergi jumpa lelaki tu ! "
" Benda tu dah lepas . Kenapa nak ungkit balik ?! "
" Bukan nak ungkit ! Memang benda dah jadi . Kau yang mulakan dulu ! ".
Perang mulut antara mereka semakin menjadi- jadi. Faliq agak terkejut melihat Mia yang berani menjawab apa yang dikatakannya. Saling bertalu - talu kata - kata keluar dari mulut masing - masing .
Faliq dan Mia saling berpandangan . Raut wajah serius ketika itu . Mendengus geram. Faliq mengangkat tangannya ... mahu menampar Mia . Tetapi tidak sempat kerana Mia berkata ...
" Sanggup awakkan ? sanggup awak naikkan tangan dekat saya . Tangan yang awak selalu belai saya . Yang awak selalu cakap awak sayangkan saya . Tapi mana kata - kata tu sekarang ? Mana janji awak ?! Jangan ingat awak pukul saya , kata dekat family saya , awak dah anggap diri awak tu hebat ! "
Faliq terus terkutik diam . Digigit bibir bawahnya , menahan geram . Bingkas dia bangun keluar dari bilik . Pintu dihempas kuat .
Mia mengurut dadanya supaya dia bertenang . Lantas dia masuk ke dalam bilik air . Air pancut yang dibuka mengalir deras di seluruh tubuhnya berserta air mata .
jalan ini sakit , berkali kali cuba untuk kuat , beribu kali cuba pujuk hati untuk redha , tapi aku kalah , sekali lagi . air mata ini tumpah semula .
Mia terus menangis di situ .
xxxx
Hawa menerjah masuk ke dalam bilik ward , yang merupakan tempat Aaron berada. Aaron yang sedang terbaring di katil terus tersentak terkejut . Dia bangun menyandar pada katil bilik ward itu .
" Lain kali bagi salam dulu , main terjah je "
" Assalamualaikum "
" Waalaikumsalam . ada apa datang sini " kata Aaron selamba .

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...